MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Sep 2009

Percaturan politik disebalik kedegilan Khalid dan Rodziah

Oleh Selangordaily

Setelah perjumpaan dengan penduduk Seksyen 23 yang begitu vokal sekali, kerajaan Selangor masih berdegil mahukan kuil Hindu yang sering menimbulkan masaalah kepada penduduk Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 juga.

Semalam diumumkan tapak baru telah dikenalpasti di Seksyen 23. Kenapa mereka masih mahukan kuil di letakkan di Seksyen 23 walaupun telah didedahkan bahawa ada dua tapak yang telah disyorkan di Seksyen 18 dan Seksyen 22 dan ada juga di kawasan seperti Seksyen 16 adalah sesuai?


Melihat kesungguhan mereka menjadikan isu ini sebagai isu politik parti walaupun realitinya tidak langsung, tidak dapat tidak, mesti ada agenda politik parti dan peribadi yang cuba disembunyikan. Dipercayai ada percaturan politik dan perkiraan undi dalam tindak tanduk Khalid Samad dan Rodziah Salleh untuk mengkorbankan penduduk Seksyen 23.

Khalid dan Rodziah menyedari bahawa sebahagian besar penduduk Seksyen 23 tidak menyokong mereka, termasuk pemimpin PAS di kawasan tersebut sendiri. Kawasan Seksyen 23 boleh dikatakan sebagai kawasan peti undi UMNO. Ini yang buat Khalid perlu terus berdegil melabelkan penduduk disitu sebagai orang UMNO walaupun nama-nama yang terbabit adalah dari semua parti.

Dipercayai Khalid dan Rodziah memang merancang untuk menimbulkan kontroversi di kawasan itu. Beliau tahu amat susah untuk menembusi kawasan ini dan mengambil keputusan untuk tidak peduli jika kawasan tersebut tidak mengundi beliau.

Dengan menimbulkan kontroversi di kawasan dan berjaya mendapatkan reaksi sedemikian dari penduduk, beliau boleh mendapat undi kaum India di seluruh Shah Alam. Mungkin jika kuil terbina di Seksyen 23, demografi penduduk majoriti Melayu akan berkurangan dan meningkatkan pula penduduk India Hindu pada jangkamasa panjang.

Ini tentu menguntungkan Pakatan Rakyat yang lebih kuat dengan pengundi bukan Melayu. Tindak tanduk kerajaan Pakatan di Shah Alam untuk melonggarkan pelbagai undang-undang kecil berkenaan penjualan arak, lesen rumah urut dan lain-lain lagi menju ke arah mencairkan ciri-ciri Melayu dan Islam yang kuat di Shah Alam.

Trend pemikiran Khalid dapat dilihat dari tindakannya melawat sebuah gereja di Shah Alam sejurus memenangi kerusi Parlimen pada 2008. Dalam eksperimen berdialog di gereja, beliau telah berjaya memujuk hati penganut Kristian.

Padahal dahulu PAS Shah Alam yang membantah keras pembinaan Gereja di Shah Alam. Mereka melaungkan tuduhan kafir, taghut dan pengkhianat Islam kerana pembinaan gereja di Shah Alam. PAS tidak pernah ada slogan keadilan untuk semua penganut agama.

Jika Khalid sanggup masuk ke gereja yang PAS kawasan beliau sendiri dahulu tentang dan menyokong pula tuntutan menukar perkataan Tuhan kepada Allah dalam Bible di Malaysia, apalah sangat untuk memindahkan kuil dan sekali gus menguatkan sokongan undi beliau di Shah Alam di kalangan penganut Hindu.

Orang Islam di Shah Alam tidak menentang pembinaan mana-mana rumah Ibadat kerana mereka sedar kepentingan toleransi beragama. Sebab itu ketika PAS membantah pembinaan gereja dahulu ia tidak mendapat sambutan penduduk setempat. Yang dibantah bukan pembinaan kuil tapi lokasi yang tidak sesuai.

Khalid Samad hanya cuba bermain kata-kata dan mahu menunjukkan "air mata buaya" kepada rakyat. Sungguhkah apa yang dikatakan Khalid bahawa beliau tidak peduli kalah dalam pilihan raya akan datang? Kononnya dia sedia kalah tetapi menarik sekali sebab dia sedia kalah. Katanya dia sedia kalah asalkan "sejarah akan menjadi saksi bahawa ada ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua, termasuk orang Hindu.”

Khalid yang telah berjaya menarik hati penganut Kristian mahu disamakan dengan Raja Islam Abad ke 18 di Mysore, Banglore, India bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Raja tersebut diingati sejarah sebagai pemerintah yang adil kepada rakyatnya yang terdiri daripada Islam, Hindu, dan Sikh.

Bolehkah Khalid pastikan Tippu Sultan ada membina kuil Hindu di kawasan orang Islam? Boleh pastikan Tippu Sultan membuat keputusan yang adil kepada semua orang bukannya membuat keputusan untuk meraih sokongan politik.

Akhir-akhir ini, Pakatan begitu condong bermain reverse psychology dengan menuduh segera UMNO dan BN ke atas sesuatu kesalahan dan penyelewengan yang sebenarnya dilakukan mereka.

Itulah disebalik kedegilan Khalid enggan menerima realiti bahawa penentangan penduduk Seksyen 23 tidak didorong oleh sesebuah parti politik. Hujahnya pun lemah dan hanya berdasarkan rasa hati saja. Pelbagai hujah, fitnah dan tuduhan, dan akhirnya pujuk rayu Khalid dan Rodziah dikemukakan tetapi masih mudah dipintas oleh penduduk Seksyen 23. Mereka tidak dapat mengemukakan sesuatu yang meyakinkan penduduk Seksyen 23.

Kononnya sebab slogan kain rentang yang dipaparkan adalah berbau UMNO. Blog-blog pro-Pakatan pula membantu mengenalpasti orang ini dan itu yang dikatakan ahli UMNO.

Diulang sekali lagi, memang mereka orang UMNO. Tetapi kenapa pula diam saja terhadap mereka-mereka yang bukan orang UMNO tetapi orang PKR dan PAS yang mengetuai tindakan penduduk ini.

Jika benar tidak ada agenda politik, kenapa PKR dan PAS tidak menafikan dan belum umumkan tindakan disiplin akan diambil terhadap ahli-ahli mereka yang nama sudah disebut dan memegang pelbagai jawatan dalam Seksyen 23?

Boleh bayangkan helah politik Khalid dan Rodziah seterusnya pasti melibatkan kuil Buddha. Selepas ini, tidak menghairankan dibawa masuk pula synagogue Yahudi.

sumber - selangordaily


2 ulasan:

Dee berkata...

Kenapa lah khalid dan rodziah berkeras mahukan kuil dibina juga di sek23? ? Adakah yb2 ini mungkin telah menerimah imbuhan atau sogokan terlebih dahulu dari pihak2 tertentu ??

Unknown berkata...

ENAM PULUH ENAM JUTAT BEB..

GUA ULANGI SEKALI LAGI ENAM PULUH ENAM JUTA BEB MAU KENE CARIK.

Gaji Menteri baper jer?
Mati Hidup balik pun blom tentu tak dapat nak carik 66J melainkan kalau buat keje yg hengky pengky lah