MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Sep 2009

Di sebalik tabir Wan Azizah

Oleh x-pkr

1. Wan Azizah diketahui punyai emosi yang tidak stabil. Antara faktor yang mungkin mempengaruhi ialah kurang kasih sayang semenjak kecil. Dilahirkan di Singapura, Wan Azizah ditinggalkan bapanya yang ketika itu melanjutkan pelajaran di Singapura. Wan Azizah membesar di bawah jagaan dua orang bapa saudaranya secara bersilih ganti di Kedah dan Kelantan.

2. Ahli keluarga sedia maklum Wan Azizah lebih sayangkan bapa-bapa saudara yang membesarkannya serta hampir tiada apa-apa perasaan kepada ibunya. Hubungan dengan adik beradik yang lain juga kurang rapat (tiada permusuhan, mungkin tidak membesar bersama). Hubungan kekeluargaan kembali terjalin setelah AnWAR menyertai kerajaan/kabinet.

3. Hubungan dengan keluarga mertua juga tidak 'ngam'. Maklum saja ketika itu keluarga AnWAR bukan dari kalangan 'orang yang ada-ada'. W/pun Datuk Ibrahim (bapa AnWAR) pernah menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan, kehidupan mereka biasa-biasa saja. Dua orang abang AnWAR adalah guru maktab, seorang kerani sekolah manakala yang lain sedang membesar tika itu.

4. Perkahwinan beliau dengan AnWAR juga penuh berliku. Tertawan dengan pesona AnWAR sebagai penda'wah, perkahwinan beliau ditentang keras oleh bapanya Datuk Dr. Wan Ismail. Peringkat awal perkahwinannya juga diharungi penuh onak. Berkerjaya seorang doktor, AnWAR ketika itu tiada kerjaya tetap. Wan Azizah yang membiayai perbelanjaan keluarga, manakala AnWAR hanya 'lepas' untuk dirinya saja tika itu.

5. AnWAR tidak memberikan tumpuan kasih sayang kepada isteri yang baru dikahwininya. Beliau amat sibuk dengan tugas sebagai penda'wah dan sering meninggalkan Wan Azizah keseorangan di KL. x-pkr dimaklumkan, Wan Azizah (sarat mengandungkan Nurul Izzah tika itu) pernah disuruh AnWAR turun di pertengahan jalan dan pulang sendiri gara-gara mahu memenuhi jemputan ceramah menggantikan orang lain.

6. Wan Azizah mengakui beliau lali mengharungi keperitan berseorangan semasa melahirkan Nurul Izzah dan Nurul Nuha. Setelah itu beliau tahu bahawa AnWAR tidak pernah memberi tumpuan kepadanya biarpun mengandung empat kali lagi selepas itu. AnWAR mengambil seorang pembantu dari Bukit Mertajam membantu Wan Azizah menguruskan rumahtangga tetapi Wan Azizah yang membayar gajinya.

7. Kehidupan sebagai isteri menteri juga tidak memenuhi kehendak Wan Azizah. AnWAR mengajar Wan Azizah agar hipokrit di depan umum. Segala kemewahan tidak boleh ditayang. Semuanya harus dilakonkan agar 'nampak' ala kadar saja di mata umum. Ketika AnWAR Menteri Pendidikan, dimaklumkan secara sinis Wan Azizah berkata beliau ingin muntah melihat AnWAR memimpin tangan Nurul Izzah beratur untuk pendaftaran darjah satu (liputan media cukup hebat tika itu).

sumber - x-pkr


2 ulasan:

cockybru berkata...

"Segala kemewahan tidak boleh ditayang. Semuanya harus dilakonkan agar 'nampak' ala kadar saja di mata umum."

Alangkah baik kalau seluruh umat melayu begini? Jelak dengan Datin2 dan Datuk2 dari Bukit Damansara etc.

Unknown berkata...

Alangkah baik kalau seluruh umat melayu begini? Jelak dengan Datin2 dan Datuk2 dari Bukit Damansara etc >> Memanglah bagus kalau bersederhana, Islam sendiri mengajar umatnya supaya bersederhana dalam semua perkara. Sekurang-kurangnya mereka ini tidak hipokrit!! Azizah & Anwar manusia paling pandai berlakon & hipokrit!!!Manusia beginilah yang paling jelak & benci dipandang.