KUALA LUMPUR 3 Sept. – Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwatnya merupakan satu pencabulan terang-terangan dalam proses mahkamah.
Dalam hujahnya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Peguam Kanan Persekutuan, See Mee Chun berkata, mahkamah sepatutnya menolak permohonan itu berasaskan yang Anwar memohon untuk melarang pasukan pendakwaan melaksanakan tugas berkanun mereka.
‘‘Permohonan ini tidak berasas. Hujah kami adalah permohonan ini digugurkan atau ditolak dengan kos,’’ kata Mee Chun.
Beliau berkata, pendakwaan berhubung kes liwat itu tidak boleh dikaji semula oleh Mahkamah Rayuan.
“Usaha itu adalah ‘‘benar-benar’’ serangan ke atas kuasa Peguam Negara mengikut Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Beliau juga berhujah bahawa permohonan Anwar adalah untuk melemahkan kejayaan pendakwaan dalam perbicaraan jenayah.
Anwar memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya pada 11 Ogos lalu, dengan menyebut alasannya sebagai ‘‘sama seperti mempersenda keadilan’’.
Beliau menamakan Peguam Cara I, Datuk Idrus Harun; Peguam Cara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, para Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin, Pendakwa Raya dan Kerajaan sebagai responden.
Anwar menyatakan tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dalam menandatangani sijil Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah, jelas menunjukkan yang beliau adalah orang yang bertanggungjawab bagi keadaan ‘‘main tarik tali dan manipulasi oleh pihak pendakwaan mengikut kehendaknya’’.
Antara lain, beliau memohon diisytiharkan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwatnya tidak layak untuk mewakili Pendakwa Raya atau menjalankan prosiding atau rayuan terhadapnya.
Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.
Mee Chun juga berhujah bahawa ‘‘kebimbangan munasabah bagi berat sebelah dan/atau wujud bahaya sebenar bagi berat sebelah’’ oleh para responden terhadapnya adalah tidak berasas.
Katanya, semua isu berkait dengan perbicaraan liwat pada 1998, telah diputuskan oleh mahkamah dan Inkuiri Suruhanjaya Diraja.
Sebelum itu, peguam bela Anwar, R. Sivarasa berhujah bahawa permohonan semakan kehakiman perlu diberikan untuk menahan responden daripada melaksanakan kuasa mereka terhadap anak guamnya.
sumber - utusan
1 ulasan:
"Dalam hujahnya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Peguam Kanan Persekutuan, See Mee Chun berkata, mahkamah sepatutnya menolak permohonan itu berasaskan yang Anwar memohon untuk melarang pasukan pendakwaan melaksanakan tugas berkanun mereka.
‘‘Permohonan ini tidak berasas. Hujah kami adalah permohonan ini digugurkan atau ditolak dengan kos,’’ kata Mee Chun.
Beliau berkata, pendakwaan berhubung kes liwat itu tidak boleh dikaji semula oleh Mahkamah Rayuan.
“Usaha itu adalah ‘‘benar-benar’’ serangan ke atas kuasa Peguam Negara mengikut Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
"
So, what say you anwar?
Catat Ulasan