MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Sep 2009

Dendam lama Anwar kepada Musa Hassan

Oleh Gelagat Anwar

Suara Keadilan di dalam rencana muka hadapannya yang terbaru membawa gesaan Pak Sheikh untuk pihak Polis menyiasat keterlibatan IGP (KONONNYA) dengan kongsi gelap Cina. Kenyataan Pak Sheikh ini adalah berdasarkan (kononnya) beberapa ’statutory declaration’ yang membayangkan bahawa IGP telah menjalankan tugas dan amanah sebagai ‘payung’ kepada kegiatan kongsi gelap. Kesemua cerita fiksyen ini diperolehi oleh Anwar daripada banyak siri ‘mengutuk’ Tan Sri Musa Hassan di laman web – Malaysia Today.


Ironinya, si penulis ataupun individu yang seringkali mengeluarkan berita yang kononnya nampak macam ’scoop’ ini sendiri; tidak berani menonjolkan diri. Di mana RPK ketika ini? Ada yang kata di Australia. Tak kurang juga yang kata dia berada di Indonesia. Ada juga yang kata dia masih berada di dalam Negara. Tak kiralah di manapun RPK berada – dia sepatutnya lebih berani untuk tampil mengemukakan sendiri laporan kepada SPRM dan sebagainya. Ini tidak. Baling batu, sembunyi tangan memang mudah.

Ironinya juga – Anwar nampak sangat bersungguh dalam usaha ‘integrated’ Pakatan Rakyat untuk membenam Tan Sri Musa Hassan daripada terus dilantik sebagai IGP. Kenapa Anwar takut sangat? Apakah kerana Anwar tahu bahawa Tan Sri Musa Hassan sangat ‘knowledgable’ tentang – cerita dalamannya dahulu? Ataupun memang mengenai kegagalan prestasi. Anwar tidak jujur dalam hal ini. Nampak macam ada usaha memastikan Tan Sri Musa Hassan ‘hands-off’, seiring dengan sebutan kes Anwar di mahkamah.

Mind you, Tan Sri Musa Hassan bukan datang daripada calang-calang keluarga. Tan Sri Musa Hassan datang daripada keluarga yang mengamalkan Islam yang luhur. Beliau datang dari keluarga yang mengamalkan Islam in totality. Justeru, untuk berbohong mengenai perkara apa yang dilakukan oleh Pak Sheikh adalah sesuatu yang TIDAK AKAN dilakukan oleh seorang individu seperti Musa Hassan. Anwar boleh mengemukakan apa sahaja pandangan – INTEGRITI Tan Sri Musa Hassan jauh menjangkau daripada apa yang Anwar ada.

Apa keperluan serangan bersiri kepada Musa Hassan ini? Di mana sebenarnya letak garis nilaian puak pembangkang dengan apa yang mereka perkatakan? Kelemahan prestasi mengurangkan jenayah? Apakah role dan peranan Anwar dan rakan-rakan pembangkang di kawasan masing-masing dalam mencegah jenayah? Ada? Tidak ada. Semuanya mengharapkan pihak Polis menjaga dan memelihara suasana yang selamat, aman dan damai.

Permusuhan Anwar dengan pihak Polis ini bukannya baru. Ini ibarat luka lama berdarah kembali. Untuk mempunyai Musa Hassan meneruskan tugas sebagai IGP; mengundang petaka perundangan kepada Anwar. Disebabkan itu jugalah – Anwar memerlukan ‘concerted effort’ pihak pembangkang bagi memastikan Musa Hassan terkeluar daripada sistem yang ada. Bagi yang baru nanti, Anwar akan gunakan apa jua kaedah untuk merapatkan dirinya, sekaligus meraih simpati.

Bolehlah kita membuat anggapan, Musa Hassan hanyalah ‘decoy’ Anwar untuk memastikan perjalanan perundangan kesnya berada dalam keadaan yang ’serba baru’. Anwar tidak mahu ada ‘baggage’ yang boleh merosakkan peluangnya di dalam perbicaraan nanti. Sudahlah Sulaiman Abdullah menarik diri, digantikan oleh seorang peguam senior yang lain. Anwar tidak boleh melakukan barang sekecil zarah pun kesilapan kali ini. Kalau silap – Anwar hanya menempah ‘kegagalan total’nya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Musa Hassan perlu pergi – bagi memastikan Anwar mendapat jalan perundangan yang lebih selesa. Tak ke gitu Pak Sheikh? Yang bodohnya PAS dan DAP; sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai maksud dan tujuan itu. Bilalah PAS dan DAP ini mahu celik mata – dan memahami bahawa mereka selama ini dipermainkan secara ‘terang-terangan’!

sumber - gelagat anwar

Tiada ulasan: