MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Sep 2009

Kupasan surat Anwar Ibrahim kepada Presiden Barack Obama..



Dari egroup AIDC

Sekarang mari kita kaji surat yang dihantar oleh Anwar, Zainah dan CSID kepada Presiden Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat yang bertarikh pada 10 Mac 2009 yang menggesa Presiden Amerika itu menumpukan "demokrasi" di Timur Tengah.

Dalam surat itu, terdapat tiga penanda aras yang boleh mensabitkan Anwar termasuk dalam lingkungan kelompok Islam Liberal iaitu pertama siapa kawan-kawan Anwar; kedua apa badan yang diwakili Anwar dan ketiga; apa tema yang sedang diperjuangkan.

Siapa kawan-kawan Anwar ?


Terdapat 6 individu yang bertanggungjawab menyelaraskan surat tersebut, iaitu 1. Radwan A. Masmoudi, Center for the Study of Islam & Democracy (CSID); 2. Shadi Hamid, Project on Middle East Democracy (POMED); 3. Geneive Abdo, The Century Foundation; 4. Michele Dunne (Yahudi), Carnegie Endowment for Int. Peace; 5. Larry Diamond,(Kristian) Ctr. on Democracy, Dev. & Rule Stanford University dan 6. Jennifer Windsor, Freedom House.

Adakah mereka ini mengenali Anwar ? Jawabnya Ya. Mereka sangat kenal. Radwan Masmoudi, tokoh Islam Liberal yang pernah disebut sebelum ini [klik di sini] pernah memberi anugerah "Muslim Moderate" kepada Anwar pada 8 April 2005, di Washington DC. Klik di sini

Shadi Hamid dan Michele Dunne dari POMED pernah menjemput Anwar menjadi penceramah demokrasi pada 2005, dalam program anjuran pertubuhan mereka. Klik di sini

Larry Diamond adalah kawan Anwar. Pernah bersama-sama menyampaikan ceramah di Majlis anjuran NED (2007) berkenaan masa depan kebebasan dan demokrasi di Library of Congress, Amerika Syarikat. [ klik di sini ] Malah mereka sering dijemput berceramah atas topik demokrasi di Amerika Syarikat. klik di sini

Tiada nama lain dari Malaysia, kecuali Anwar Ibrahim dan Zainah Anwar. Siapa Zainah Anwar di Malaysia, hingga begitu hebat dimasukkan dalam senarai penandatangan surat kepada Presiden Obama ?

Zainah adalah pendokong Islam Liberal Malaysia yang diusulkan oleh PAS dalam muktamar baru-baru ini, agar badannya, SIS diharamkan. Jadi kalau Zainah membawa aliran pemikiran begitu, kawan-kawan lain yang turut tersenarai juga mempunyai aliran pemikiran yang sama, kerana mereka memilih orang-orang yang sealiran dengan mereka.

Apabila surat itu sampai di meja Presiden Obama, setiausahanya akan membaca dan menyemak satu persatu senarai individu-individu yang menandatangani surat itu, sama ada dikenali pro-Amerika atau tidak.

Anwar Ibrahim, Zainah Anwar sudah dikenali sebagai pro-Amerika, begitu juga dengan yang lain-lain.

Misalnya Saad Eddin Ibrahim dari Ibn Khaldoun Center (Mesir), telah dikenali sebagai pro Amerika. Dia juga turut tersenarai sebagai pendokong Islam Liberal Mesir.

Begitu juga dengan Amina Rasul-Bernardo, dari The Philippines Council on Islam & Democracy dan Dr Jamal Barzinji, International Institute of Islamic Thought. Kedua-duanya merupakan rakan rapat Anwar yang dikenalpasti sebagai berfikiran Islam Moderat atau Islam Liberal.

Dua orang kawan Anwar yang menjadi penggerak Islam Liberal di seluruh dunia adalah Imad-ad-Dean Ahmad dan Aly Abuzaakouk. Kedua-dua menggunakan flatform NGO bernama Minaret of Freedom Institute (MFI) yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan mempunyai cawangan hampir seluruh negara Islam.


Badan-badan penaja Islam dan Demokrasi


Dalam surat itu terdapat beberapa badan yang dikaitkan dengan penaja 'demokrasi' Timur Tengah, iaitu CSID, POMED, NED, Brookings Institution, CFR, Carnegie Endowment for Int. Peace dan Universiti Georgetown

Semua institusi ini mempunyai kaitan dengan penajaan Islam Liberal.

Wakil CSID adalah Radwan Mahmoudi dan Asma Asfaruddin. CSID ditaja oleh badan-badan Amerika yang dikuasai Yahudi iaitu USAID/CIA dan NED.

POMED adalah NGO demokrasi Amerika Syarikat di Timur Tengah. Pengarah POMED adalah berbangsa Yahudi bernama Andrew Albertson. Di belakang POMED adalah badan-badan NED yang dikontrol Yahudi iaitu IRI dan NDI. Ahli Lembaga Penasihat adalah Lorne Craner, Presiden IRI (International Republican Institute), Kenneth Wollack, Presiden NDI (National Democratic Institute), Michele Dunne, dari Carnegie Endowment for International Peace, Noah Feldman, dari CFR dan Saad Eddin Ibrahim, dari Ibn Khaldun Center.

Carnegie Endowment for International Peace [klik di sini], sebuah badan pemikir polisi luar Amerika Syarikat yang ditubuhkan oleh Andrew Carnegie (Yahudi) pada tahun 1910. Kawan baik Anwar, Douglas H Paal yang pernah membantu menaikkan imej Anwar di mata Amerika Syarikat, pada tahun 90-an melalui program kerjasama APPC-IKD adalah Naib Presiden untuk penyelidikan di Carnegie Endowment for International Peace. Ketika membantu Anwar, Doghlas merupakan bekas penyelidik kanan CIA di Jabatan Negara Amerika Syarikat. Klik di sini

Brookings Institution adalah badan pemikir polisi luar Amerika yang dikawal oleh CFR. Di asaskan oleh Robert S Brookings pada tahun 1916. Pada tahun 2002, satu cawangan khusus penyelidikan di Timur Tengah ditubuhkan yang dinamakan Saban Center fo Middle East Policy, yang ditaja oleh seorang korporat Yahudi Amerika bernama Haim Saban. Klik di sini

Universiti Georgetown, Amerika Syarikat merupakan salah satu universiti yang berminat mengkaji Islam, lalu ditubuhkan pusat pluralisme antara Islam dan Kristian di universiti itu yang dikenali sebagai Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU). Di tempat inilah, Anwar pernah menjadi pensyarah pelawat dengan bergurukan seorang Kristian bernama John Esposito. Klik di sini

Berdasarkan latar belakang badan-badan yang kononnya berusaha menaja demokrasi di Timur Tengah ini, kebanyakan di belakangnya adalah dana Yahudi. Jadi bagaimana bentuk Islam yang diimpikan oleh kaum Yahudi di Timur Tengah ?


Apakah agenda sebenar "Demokrasi"

Ini bukan 'demokrasi' yang biasa difahamkan Anwar kepada rakyat Malaysia. Anwar selalu sebut kepada rakyat Malaysia 'demokrasi' adalah berkaitan dengan pilihanraya yang telus dan adil. Tetapi semasa berucap di New York (2005) dalam program NED, Anwar lebih berterus terang tentang makna demokrasi.. Katanya, demokrasi bukan setakat kebebasan berpilihanraya, kerana di bawah Sadam Hussein (yang dilabelnya sebagai diktator) pun ada pilihanraya, bukan soal pilihanraya, tetapi lebih daripada itu.

Apa maksud 'demokrasi', sehinggakan Anwar mengatakan, agenda 'demokrasi' lebih besar dari pilihanraya.

Kenapakah pendokong Islam Liberal selalu melaungkan slogan demokrasi ?. Apa kaitan demokrasi dengan Islam Liberal ?

Kerajaan demokrasi berasaskan kekuasaan "RAKYAT" yang bertentangan dengan konsep teologi yang berasaskan slogan "NEGARA ISLAM"

Kemuncak pengertian DEMOKRASI dikenali sebagai "Vox populi Vox Dei" [ berasal dari bahasa latin] yang bermaksud "kedaultan rakyat sama dengan kedaulatan Tuhan"

Bermakna dalam melaksanakan demokrasi yang erti kata yang sebenarnya, tidak ada lagi kedaulatan Tuhan, kerana kedaulatan Tuhan telah diganti dengan kedaulatan Rakyat. Rakyat penentu segala-galanya dan Rakyat adalah Tuhan. Istilah ini telah menjurus kepada pengertian humanis.

Jika kita teliti surat yang ditandatangani Anwar kepada Obama yang menyeru agar ditumpukan 'demokrasi' di Timur Tengah, kita akan faham apa makna sebenar 'demokrasi'.


Kandungan surat itu;


...Untuk tempoh yang lama, dasar Amerika di Timur Tengah telah dilumpuhkan dengan ketakutan terhadap parti-parti Islam yang akan mengambil alih kuasa. Sesetengah ketakutan ini munasabah dan difahami ; ramai pejuang Islam menyokong dasar- dasar yang tidak liberal....

...Mereka (parti-parti Islam sepatutnya) perlu lebih berusaha untuk menunjukkan komitmen mereka kepada hak-hak wanita dan minoriti agama, serta kesanggupan mereka untuk bertoleransi terhadap perselisihan pendapat.....

..(Tetapi) Dalam kebanyakan negara, termasuk Turki, Indonesia dan Maghribi, hak untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya agak kredibel dan terbuka, juga mempunyai parti Islam yang moderat serta mempertingkatkan komitmen mereka kepada norma-norma demokratik.(Bila parti Islam dimoderatkan/liberalkan barulah menepati ciri demokrasi contohnya Indonesia dan Turki)...

....Mempromosikan demokrasi di rantau tersebut (Timur Tengah) akan memberikan peluang kepada parti liberal dan sekular untuk memantapkan diri mereka serta menghubungkan idea mereka kepada orang ramai, selepas penindasan selama berdekad-dekad yang menyebabkan mereka lemah dan dipinggirkan...

...(Perlunya Presiden Obama menumpukan demokrasi di Timur Tengah) untuk memberikan mesej kepada bangsa Arab dan dunia Muslim bahawa Amerika Syarikat akan menyokong semua pejuang kebebasan (beragama), demokrasi, dan hak asasi manusia...

...Sebagai penutup, kami menulis surat ini untuk meningkatkan kepercayaan kami yang mendalam bahawa sokongan terhadap demokrat dan demokrasi di Timur Tengah bukan untuk kepentingan di dalam rantau tersebut, tetapi juga kepada Amerika syarikat....

...Mungkin yang lebih penting, apa yang kami lakukan terhadap isu kritikal ini akan mendedahkan tentang betapa hebatnya kekuatan idea demokratik Amerika di dalam era ini kita akan menentukan untuk menghormati dan mengamalkannya (demokrasi) di Timur Tengah.....

Membaca keseluruhan kandungan surat kepada Presiden Obama itu, klik di sini

Apa yang anda faham apabila membaca surat seruan demokrasi di Timur Tengah kepada Presiden Obama itu ?

Secara ringkasnya difahami, demokrasi bukan setakat memantapkan sistem pilihanraya, tetapi berkaitan dengan sistem pendidikan untuk membentuk negara-negara Timur Tengah supaya mempraktikkan rukun-rukun demokrasi iaitu kebebasan beragama atau pluralisme, (boleh menukar agama/murtad mengikut kepercayaan masing2 tanpa sekatan); kebebasan bersuara atau media (boleh tulis apa saja, boleh berdakwah kepada sesiapa saja tanpa sekatan seperti kalimah Allah kepada Kristian) dan mempraktikkan hak asasi manusia atau kebebasan setiap individu (termasuk golongan homoseksual untuk melakukan aktiviti seks mereka secara bebas)

Kalau beginilah maksud sebenar 'demokrasi' maka kita mula faham kenapa dalam surat kepada Obama itu, sekurang-kurang 3 aktivis agama Kristian/Yahudi turut terlibat. Mereka adalah, Rabbi Michael Lerner, Network of Spiritual Progressives; Frank Kaufmann, Inter Religious Federation for World Peace dan Rabbi Arthur Waskow, The Shalom Center.

Juga kita mulai faham, selepas Anwar memberi ucapan bertajuk "The Future of Muslim Democracy' di New York (2005) kebanyakan soalan yang bertanyakan berkaitan dengan kebebasan beragama di dunia Islam dan kedudukan negara Israel apabila demokrasi diamalkan di dunia Islam.

Bermakna pihak Barat amat memahami tema "demokrasi" yang sedang diperjuangkan oleh Anwar..

sumber - egroup aidc


1 ulasan:

Unknown berkata...

setelah begitu lama anwar ibrahim menipu rakyat terutama umat islam semakin ramai pula umat islam di malaysia yg termakan dgn lakunan dan adegan palsu anwar. segala kesalahan ini adalah kerana PAS sebagai parti agama salah menyokong dan minta org melayu menyokong pendokong segala kehancuran. yg paling nyata adalah tgna . samapai bila umat islam di malaysia mau sedar akan penipuan anwar dan konspirasi yahudi dan nasrani utk menjatuhkan dan melenyapkan ugama islam di malaysia. persatuan SIS itu tak lebih dari persatuan perempuan jalang . yg menyokong isu ugama membabi buta sehingga org mau murtad pun di iya kan. dgn nama ALLAH mohon dibuka pintu hati dan mata umat islam di malaysia utk sedar dan faham akan kehancuran yg di pelopori oleh anwar DAP PAS PKR dan persatuan yahudi dan kristian .Amin.