MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Sep 2009

Kes Lina Joy : Membaca tersirat pemikiran Islam Anwar...



Oleh NTanwar, AIDCclub

Mungkin kita terkejut, apabila Anwar bersetuju dengan kehendak Lina Joy yang menolak keputusan mahkamah syariah dan merayu di mahkamah sivil untuk istihar dirinya murtad (keluar dari Islam, memeluk agama Kristian).

Mungkin kita tidak menyangka dengan pendirian Anwar yang berpihak kepada kehendak persatuan Kristian dan membelakangkan pandangan persatuan pembela Islam yang diketuai oleh ABIM, satu NGO Islam yang pernah diterajuinya satu ketika dahulu.

Ironiknya, Anwar berpihak kepada Lina Joy yang menyokong murtad, manakala bekas anak buah Anwar, Yusri Mohamad (Presiden ABIM) dan Anuar Tahir, bermati-matian mempertahankan maruah Lina Joy supaya tidak digelar murtad.

Rakan sekutu Anwar, Malik Imtiaz, walaupun satu ketika dahulu pernah dikecam hebat kerana membela Lina Joy (termasuk kononnya pernah diugut bunuh), sekarang dibersihkan imej oleh Anwar apabila menjadi penasihat undang-undang kerajaan Selangor.

Maklumlah Selangor di bawah telunjuk Anwar, dia boleh lantik sesiapa yang dia suka dan berpihak kepada pemikirannya. Dulunya Malik Imtiaz, umpama ranting kecil yang boleh diperkotakkatikkan oleh sesiapa sahaja, kini telah menjadi umpama pohon yang besar, di mana seluruh rakyat Selangor bernaung di bawah nasihat perundangannya. Semua ini sebagai balasan Malik Imtiaz membela Lina Joy.

Dr Siddiq Fadhil dan Dr Muhamad Nur Manuty (kedua-dua bekas Presiden ABIM), nampaknya berdiam diri dalam kes Lina Joy, sebab itu Anwar menarik kedua-dua tokoh ini menjadi panel pemikir kerajaan Selangor, sepertimana yang pernah dilakukan oleh Anwar ketika dalam UMNO, menubuhkan panel pemikir IKD (Institut Kajian Dasar) untuk kepentingan Anwar.

Inilah dilema yang dihadapi oleh Ahmad Azam (bekas Presiden ABIM) dan Yusri Mohamad (Presiden ABIM sekarang). Yusri telah memberi isyarat awal tidak mahu mempertahankan jawatan Presiden ABIM. Barangkali beliau sudah nampak arus perubahan makin kencang pada masa akan datang. Kalau terus menerus Yusri dan ABIM mempertahankan Islam seperti kes Lina Joy, maka risikonya, dia terpaksa berhadapan dengan bekas mentornya, Anwar Ibrahim!

Nampaknya sekali lagi ABIM/PKPIM diremote oleh Anwar melalui Dr Siddiq Fadhil dan Dr Muhamad Nur Manuty.

Dalam kes Lina Joy, Anwar secara terang memberi warning, itu hak asasi Lina Joy, bergantung kepada keputusan untuk murtad atau tidak.

Anwar pernah berkata kepada Australian Broadcasting Cannel (2007), bahawa keputusan memilih agama adalah hak peribadi, dan beliau menentang sama sekali jika hak beragama diputuskan oleh negara dan penguatkuasaan undang-undang. Ini sudah menyamai pandangan tokoh falsafah Barat, John Locke!



Itulah pegangan Muslim moderat yang bertuhankan kepada 'demokrasi'. Semua perkara termasuk agama, tidak boleh dikawal, semuanya bergantung kepada keputusan rakyat.Rakyat menentukan apa yang dia nak, pemerintah dan undang tiada hak ke atas kehendak peribadinya, termasuk dalam soal beragama.

Dalam kontek Pakatan Rakyat(PR), majoriti keputusan rakyat tidak memihak kepada Islam. Parti Islam (PAS) tidak mampu melawan kombinasi parti Amerika (PKR) dan parti Singapura (DAP), maka PAS perlu ikut keputusan rakyat. Keputusan penguatkuasa undang-undang arak di Selangor adalah buktinya. Itulah demokrasi!

Inilah bahaya muslim yang bermain dengan istilah 'demokrasi' dan memperjuangkan 'freedom' (kebebasan) kerana kedua-dua istilah ini amalan dari sistem sekular Barat. Aras utama 'demokrasi' dan 'freedom' di Barat adalah persoalan agama; bebas menukar agama (freedom of conscience) dan bebas bersuara (Freedom of expression), termasuk mengkritik Islam seperti yang dilakukan oleh Salman Rushdie.

Ketika diwawancara oleh Jim Middleton (2008) dari Australia New Network, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali membenarkan orang bukan Islam dibicarakan di mahkamah syariah! Klik di sini



Begitu tegas suara Anwar. Tetapi terfikirkah kita, sejak bila pula mahkamah syariah membicarakan kes bukan Islam di negara ini ? Bukankah mahkamah syariah hanya untuk orang Islam dan orang bukan Islam tiada kena mengena dengan mahkamah syariah ?

Itulah kehebatan Anwar, membuat kenyataan yang mempunyai dua makna supaya masyarakat Islam tidak dapat menghidu maksud sebenarnya. Kalau dikaitkan dengan kes Lina Joy, maksud Anwar di atas adalah beliau tidak menyokong sama sekali Lina Joy dibicarakan di mahkamah syariah (kerana dia sudah bukan Islam). Anwar menyokong Lina Joy dibicarakan di mahkamah sivil dan menyokong hak Lina Joy untuk memilih murtad.

Itulah bezanya pemikiran Islam Anwar dengan pemikiran fundamentalis Islam di Malaysia, termasuk yang berpegang kepada penguatkuasaan mahkamah syariah.

Bagi Anwar, Lina Joy, sudah bukan Islam dan dia tiada hak untuk dibicarakan di mahkamah syariah. Tetapi bagi fundamentalis Islam, Lina Joy masih termaktub di bawah undang-undang syariah Islam dan menjadi tanggungjawab mahkamah syariah untuk menyelamatkan maruah penganutnya daripada menjadi murtad!

sumber - NTanwar

Tiada ulasan: