MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Sep 2009

SELCAT : Dr Hasan Ali tidak layak kritik kerajaan Selangor ?



Oleh Kumbang, AIDCclub

Ramai sudah tahu yang Hassan Ali dikritik oleh pemimpin DAP di Pagi Hari Raya kerana Hassan Ali dikatakan menggesa untuk SELCAT dikaji semula berikutan cara pengendalian soal siasat kepada Pegawai Pentadbiran Kerajaan Negeri dikatakan mengaibkan dan bertarafkan "pertanyaan dan soal siasat kepada budak sekolah".


Malangnya niat baik Hassan Ali ini disambut dengan komen balas yang amat tidak patut dan "bertaraf budak sekolah" juga. Apabila isu gesaan untuk SELCAT dikaji semula ini disambut dengan mempertikaikan kenapa Hassan Ali berbuat demikian iaitu Hassan Ali dikatakan oleh Teng Chang Kim seolah-olah tidak menyokong kerajaan Negeri yang ada sekarang dan disusuli dengan Teng mempertikaikan kritikan Hassan Ali yang terdahulu melibatkan isu arak di Shah Alam serta Ronnie Liu yang tiada kena mengena dengan isu SELCAT.

Kumbang amat pelik dengan tindakan Teng ini seolah-olah ingin menutup mulut Hassan Ali untuk bersuara sedangkan isu SELCAT ini telah menjadi buah mulut di kalangan penjawat awam di Selangor. Hassan Ali bagi Kumbang hanya memperjuangkan isu kebajikan penjawat awam tetapi dibalas dengan bermacam-macam tuduhan.

Perkara ini menimbulkan persoalan adakah slogan negeri berkebajikan hanya retorik semata-mata atau sememangnya perkara yang ingin diambil-berat dan dilakukan oleh kerajaan Selangor?

Perkara ini turut disambut dengan kritikan daripada blogger-blogger pro Pakatan Rakyat yang menyifatkan gesaan yang dilakukan Hassan Ali untuk SELCAT dikaji semula adalah sebenarnya untuk menunjukkan sememangnya beliau adalah paling layak untuk menjadi Menteri Besar dan bukannya kerana prihatin terhadap rakyat serta benar-benar ikhlas.

Hal ini Kumbang rasa berlaku berikutan dengan para blogger dan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor telah dapat menghidu kewujudan Gabungan Hassan Ali-Khir Toyo yang bertujuan untuk mewujudkan kerajaan Selangor yang baru dengan Hassan Ali sebagai Menteri Besar. Ini dibuktikan mereka dengan memperlihatkan kenyataan yang dibuat Hassan Ali kelihatan senada dengan Khir Toyo walaupun berbeza kapasiti dan intipati.

Bagi Kumbang samada wujud Gabungan Hassan Ali-Khir Toyo untuk memerintah Selangor atau tidak. Kumbang melihat komen balas yang diucapkan Teng kepada Hassan Ali membuktikan PAS kini yang semakin dianaktirikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Hal ini dapat dibuktikan dengan kebanyakan projek hartanah dan perumahan kerajaan negeri yang dibawah pentadbiran Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad (adun PAS) dikatakan tidak diuruskan melalui beliau tetapi melalui Ronnie Liu dan Teresa Kok yang tiada kena mengena dengan projek hartanah dan perumahan.

Hal ini merupakan satu contoh menunjukkan bahawa PAS kini sedang bermasalah di Selangor dengan suara mereka seolah-olah dinafikan dan tanggungjawab Exco mereka pun dicantas oleh Exco-Exco DAP.

Adakah PAS sanggup menunggu lebih lama lagi untuk hidup dalam suasana penuh penganiayaan dan ketidakadilan?

Adakah ini masanya untuk PAS angkat kaki dan merealisasikan Gabungan Hassan Ali-Khir Toyo seperti yang dicanangkan oleh para blogger pro PAS?

Adakah ini masanya untuk angin perubahan bertiup di Selangor dan menggembirakan rakyat Selangor yang setelah sekian lama menderita?

Kumbang sarankan PAS "berubah atau rebah!!"

Anwar Ibrahim semakin kepanasan....
Selangor punca kekayaan semakin hilang dari tangan....

"Sama Rata, Sama Rasa, Depan Belakang Sama Saja"

sumber - analisisringan

Tiada ulasan: