MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Sep 2009

Saiful persoal Anwar dapat keistimewaan?

Oleh HERMAN HAMID
herman@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Mohd. Saiful Bukhari Azlan, mangsa dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tertuduh, mempersoalkan layanan yang diberikan terhadap bekas majikannya itu sehingga perbicaraan sebenar masih tidak dapat berlangsung sehingga kini.

Ini berikutan Anwar diberi terlalu banyak ruang mengemukakan permohonan demi permohonan termasuk yang tidak berasas hingga timbul persoalan sama ada layanan yang sama akan diberikan jika ia dilakukan oleh rakyat biasa.

Saiful berkata, permohonan terbaru Anwar untuk menggugurkan kelayakan barisan pendakwa dalam kes tersebut, jelas bukan sahaja tidak berasas malah mempersendakan keadilan.

''Benar kata Timbalan Pendakwa Raya, permohonan ini sememangnya tidak berasas dan seperti mempersendakan keadilan. Namun, bagi saya, pihak tertuduh tidak mempedulikan semua itu.

''Asalkan, beliau dapat menangguhkan perbicaraan utama selama mana yang mungkin. Selain itu, tertuduh juga mahu kes ini digugurkan sebelum ia dibicarakan.

''Barangkali, inilah keistimewaan tertuduh bertaraf VVIP (kenamaan). Jika rakyat biasa, mungkin sudah lama ia tidak akan dilayan,'' katanya menerusi laman blog beliau, http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Selepas tiga permohonan dikemukakan, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan satu lagi permohonan berkaitan kes liwat bekas pembantunya pada 11 Ogos lalu.

Permohonan demi permohonan yang difailkan oleh Anwar telah menyebabkan perbicaraan kes itu yang sepatutnya bermula pada 1 Julai lalu berkali-kali dijadualkan semula.

Terbaru pada 11 Ogos lalu Anwar mengemukakan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah perisytiharan agar pasukan pendakwa raya sedia ada mengecualikan diri daripada terlibat mengendalikan pendakwaan atau rayuan kes tersebut.

Anwar, 62, didakwa atas tuduhan meliwat Saiful yang juga bekas pembantunya di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Sementara itu, Saiful dalam entri itu turut menyifatkan permohonan tertuduh yang difailkan 11 Ogos lalu sebagai hipokrit kerana jika ada musuh yang disyaki terlibat, maka Anwar pastinya akan secepat mungkin mendesak Peguam Negara yang sama supaya segera menjalankan pendakwaan.

''Namun, apabila diri sendiri didakwa, Peguam Negara yang sama tidak dibenarkan mendakwa serta beribu alasan lain diberi. Sungguh hipokrit.

''Bayangkan jika semua tertuduh yang didakwa bertindak seperti tertuduh, maka huru-haralah sistem perundangan dan kehakiman kita. Mana tidaknya, tertuduh kali ini memohon agar semua barisan pendakwaan digugurkan atas alasan mereka dilantik oleh Peguam Negara.

''Jika dibenarkan, maka tiada siapa yang boleh mendakwa tertuduh kerana kuasa melantik barisan pendakwaan hanya pada Peguam Negara,'' katanya.

sumber - utusan


Tiada ulasan: