TEHRAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, berkata beliau bangga dengan kemarahan yang dibagkitkan beliau apabila menyatakan Holocaust satu "mitos" beberapa hari sebelum berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Kemarahan pembunuh profesional dunia adalah sumber kebanggaan bagi kami," agensi berita rasmi IRNA memetik Ahmadinejad sebagai berkata dan merujuk kepada musuh ketat Israel dan Amerika Syarikat.
Kerajaan Barat juga menyatakan kemarahan terhadap kenyataan Presiden Iran itu pada ucapan tama di perhimpunan memperingati rakyat Palestin Jumaat lalu.
“Alasan untuk mewujudkan rejim Zionis adalah satu penipuan...penipuan yang bergantung kepada dakwaan yang tidak berasas, yang berasaskan mitos, dan pendudukan Palestin tidak ada kaitan dengan Holocaust,” kata Ahmadinejad.
Washington menyifatkan kenyataan itu sebagai “tidak berasas, jahil dan terkutuk".
Kesatuan Eropah pula menyatakan ia "menggalakkan anti-Semitik dan kebencian". - AFP
sumber - berita harian
2 ulasan:
mereka sengaja cipta kisah holocaust semata-mata nak tubuhkan negara haram yahudi.
Saya tidak fikir Holocaust suatu ciptaan. Ia adalah hakikat sejarah, sepertimana hakikat genocide di Bosnia, di Armenia, di Congo, pembunuhan beramai-ramai oleh Tentera Salib ke atas penduduk asal Palestin, serta Spanish Inquisition selepas tertewasnya pemerintahan Islam di Andalusia.
Apa yang tidak wajar adalah menjadikan sejarah kesengsaraan dan penderitaan silam suatu bangsa itu sebagai alasan atau "justification" untuk "menghalalkan" segala tindak-tanduk bangsa itu, kononnya atas dasar "ini bangsa yang pernah tertindas dan menderita teruk" - bahkan walau menegur tindak-tanduk yang kejam dan zalim sekalipun dianggap "cubaan untuk membenci dan memulakan langkah memerangi" bangsa berkenaan.
Orang yang menidakkan sejarah mampu mengulangi kesilapan yang dilakukan sesetengah orang seperti yang termaktub dalam sejarah. Sejarah memberikan banyak pengajaran tersurat dan tersirat, jika kita mahu mengupasnya dan berfikir.
Catat Ulasan