Persoalannya adalah "ke mana Anwar Ibrahim", kata seorang penyokong gerakan reformasi yang tercetus ada tahun 1998. Ini bukan suatu yang asing lagi dalam perbualan antara mereka. Mereka nampak hilang arah dan mereka merasakan se olah - olah apa yang di bentuk selama ini - khususnya perjuangan yang mereka laksanakan telah terdampar jauh - hilang panduan dan arah.
Anwar dalam kenyataan beliau pada 13hb March 2005, di Century Club Paradise ( Taman Melawati) berkata 'adalah menjadi tanggung jawab beliau untuk meredakan kemarahan yang tercetus sepanjang 1998 sehingga 2004'. Malam itu berbagai reaksi timbul mengenai apa yang di sampaikan oleh Anwar Ibrahim.
"Kemarahan", kata salah seorang reformis yang pernah di tahan beberapa kali sepanjang terbitnya gerakan reformasi. "Kita berjuang memperbetulkan keadaan dan bukan kemarahan tidak bertempat" ujar beliau. "Kita menyuarakan apa yang benar - kalau nak marah pun bukan kita tetapi kerajaan yang marah kepada kita" kata beliau yang tidak mahu namanya di sebut.
Ke mana Anwar Ibrahim sekarang? Apakah setelah Anwar Ibrahim di bebaskan dan dengan pendekatan politik berlainan beliau tidak melahirkan rasa kesal mereka dengan apa yang mereka lakukan sepanjang Anwar Ibrahim dalam penjara - dengan pengorbanan mereka yang merangkumi harta benda, keluarga dan masa depan mereka?
Apakah mereka tidak merasa rugi membazirkan 6 - 7 tahun kehidupan mereka dengan perjuangan reformasi - demonstrasi serta tuntutan lantang yang akhirnya di kenal pasti bukan cara untuk memperbetulkan keadaan?
Moderator ruangan ini adalah Ghazali Mat Dom, antara orang yang agak arif dalam meneliti perjuangan reformasi. Ghazali juga dalam kenyataan beliau pernah menyebut bahawa arus perubahan dalam pergerakan Anwar Ibrahim sewaktu sebelum beliau di tahan - semasa beliau di tahan dan selepas beliau dibebaskan adalah berbeza.
Bagi beliau pembawaan Anwar Ibrahim - yang kini menolak demonstrasi adalah suatu kesedaran dan kesedaran ini harus juga di tanamkan oleh beliau kepada semua pejuang reformasi. Beliau seharusnya kini berterus terang dengan mengatakan bahawa ini adalah perjuangan politik tidak kurang dan tidak lebih dari itu.
Ghazali antaralah mereka yang pernah menerima beberapa pucuk surat dari Anwar Ibrahim sewaktu Bekas Perdana Menteri itu di penjara bagi kami di www.umno-reform.com mampu menilai pandangan - pandangan yang berbeza mengenai arah tuju Anwar dan Parti Keadilan Rakyat.
Ke mana sebenarnya Anwar Ibrahim?
sumber - umno-reform
Tiada ulasan:
Catat Ulasan