Pada suatu petang, di pertengahan Julai, Anwar Ibrahim berada jauh di dalam sebuah pendalaman di Kelantan yang terletak di sebelah utara, menyeru sekumpulan penduduk luar bandar untuk mengundi seorang penjual ikan yang alim. Calon tersebut daripada Parti Islam konservatif (PAS). Satu pilihan raya kecil untuk dewan undangan negeri, di mana PAS telah mendominasi pilihan raya tersebut yang dianggap kurang penting seperti minuman bir. Tetapi Anwar memerlukan PAS, untuk paradoks di mana tanpa pejuang Islam, pakatan yang dipimpinnya di mana terdiri daripada golongan moden Melayu, kaum Cina dan India yang sekular mempunyai peluang yang amat tipis untuk menyingkirkan UMNO dari tampuk kuasa. Pakatan yang dikuasai UMNO telah memerintah Malaysia sejak kemerdekaan pada 1957. Anwar amat mengharapkan kemusnahan UMNO. Perasaan tersebut dikongsi bersama (dalam pakatan).
Pada pagi tersebut, Anwar telah berada di Perth di mana dia bertemu dengan menteri luar Australia. Apakah yang telah dilakukannya bersama Stephen Smith? “Berkomplot,” jawab Anwar, dengan kenyitan mata yang penuh konspirasi. Anwar telah banyak menghabiskan masa di luar negara dengan pemimpin- pemimpin negara dan agama di mana mereka amat mudah diajak berbual oleh Anwar.
Dia mengalihkan perbualan dengan cepat daripada satu perkara yang menarik kepada perkara yang seterusnya, tetapi anda akan mengalami perasaan yang menyeramkan di mana dia berbual mengenai perkara yang menjadi minat anda.
Anwar berpendapat bahawa tidak lama lagi dia memerlukan sokongan antarabangsa. Dua hari selepas menjelajah Kelantan, kedengaran pra-perbicaraan bermula satu kes di mana Anwar didakwa melakukan kesalahan meliwat seorang pembantu politik yang “bertentangan dengan ketentuan alam.”
Anwar dengan penuh bersemangat menafikan dakwaan tersebut. Dia menyatakan bahawa dia adalah mangsa konspirasi politik. Kemarahan antarabangsa mungkin akan menolongnya. Banyak yang mencurigakan tentang kes tersebut, dan di antaranya foto bekas pembantu yang melakukan dakwaan tersebut, bersama ahli UMNO, termasuk mereka yang rapat dengan Perdana Menteri sekarang, Najib Razak.
Dakwaan tersebut telah dipinda daripada serangan seksual kepada “seks luar kawalan”, dan yang menuduhnya tidak dikenakan dakwaan (Semua kegiatan homoseksual di Malaysia adalah diharamkan).
Anwar pernah berada dalam keadaan tersebut sebelum ini. Pada 1998, dia telah didakwa atas kesalahan rasuah dan perbuatan homoseksual. Ketika berada dalam tahanan, dia telah dipukul oleh ketua polis. Dia menghabiskan masa selama 6 tahun di dalam penjara, yang kebanyakannya di dalam kurungan berseorangan, sehingga tuduhannya digugurkan. Ketika pembebasannya, karier politiknya dilihat berakhir.
Ianya mudah untuk dilupakan sekarang tetapi untuk bertahun-tahun lamanya, Anwar telah melalui kehidupan yang amat bermakna. Dia menjadikan dirinya sebagai seorang pemimpin pelajar Islam pada tahun 1970-an dan juga dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kejam.
Kemudian, dia mengejutkan rakan-rakannya dengan menyertai UMNO, di mana kebangkitannya amat hebat. Pada 1993, dia merupakan Timbalan Perdana Menteri dan merupakan pengganti kepada Mahathir Mohamad, pemimpin yang sudah lama berkhidmat untuk negara. Malaysia dilihat jatuh ke dalam genggamannya. “Ah,” kata Anwar, “masa lampau yang amat bermakna. ”
Tetapi, semasa krisis kewaangan Asia 1997-1998, Anwar bergerak terlalu cepat menentang mentornya, yang mana selepas 16 tahun masih tidak bersedia untuk mengundurkan diri. Anwar telah mengutuk kronisme UMNO yang mana dia juga mendapat faedah daripadanya. Dengan marah, Dr. Mahathir memecatnya daripada kabinet dan memulakan dakwaan terhadap Anwar. Gerakan reformasi Anwar berhenti seketika apabila dia dipenjarakan.
Sehingga kini, harapan yang dibawa oleh gerakan tersebut, meningkat sekali lagi selepas pilihan raya umum Mac 2008, dan khususnya selepas Ogos 2008 apabila Anwar memenangi satu kerusi Parlimen di Pulau Pinang. Dalam pilihan raya tersebut, pakatan memerintah telah kehilangan majoriti dua-pertiga yang sangat berharga yang mana majoriti tersebut memberikan kuasa untuk meminda perlembagaan.
Semenjak itu, pakatan memerintah telah kalah 5 daripada 6 pilihan raya kecil kepada kumpulan Anwar, yang mana juga menguasai 4 daripada 13 negeri. Dalam menyebarkan mesejnya, pembangkang telah dibantu oleh ledakan internet, di mana telah melemahkan pengaruh media arus perdana yang dikuasai oleh UMNO.
UMNO dalam keadaan tersepit. Pegawai rasminya juga mengakui kedegilan mereka, dengan rasuah telah menjadi sebati dengan kuasanya. Dasar Ekonomi Baru (DEB, diperkenalkan pada 1971), diperkenalkan untuk keutamaan kaum majoriti Melayu, di mana etnik Cina dan India memiliki banyak perniagaan. Tetapi selain membantu golongan miskin, DEB telah menambahkan kekayaan golongan oppurtunis parti memerintah, dan pada masa yang sama melemahkan perkembangan ekonomi. Perasaan geram telah merebak daripada kaum Cina dan India kepada kaum Melayu yang miskin.
Ini mungkin akan menjadi kenyataan kepada pakatan pelik Anwar. Dalam mendesak ke arah penghapusan DEB, dia menyatakan bahawa kaum Cina dan India yang miskin memerlukan bantuan seperti kaum Melayu-tetapi disebabkan kaum Melayu lebih miskin daripada kaum lain, mereka (kaum Cina dan India) masih mendapat bahagian yang besar daripada bantuan kerajaan. Tetapi, kekuatan sebenar pakatan ini adalah karisma dan akal politik Anwar diikat bersama. Juga, ia merupakan potensi kelemahannya.
Perbicaraan dan kesengsaraan
Cabaran untuk Anwar dan pakatan sekarang semakin bertambah. Sebagai permulaan, Najib, perdana menteri semenjak April, telah menyatakan bahawa DEB mestilah disesuaikan, mencuri hati sesetengah penentangnya.
Kemudian, terdapat perbicaraan yang akan mengambil masa yang panjang. Anwar berkata, dia akan menang tidak kira apa jua keputusan. Sekiranya dia dibebaskan, kerajaan yang membawa kes ini ke mahkamah akan diragui. Sekiranya dia didapati bersalah, berpuluh ribu penyokongnya akan berada di jalanan. Anwar membayangkan untuk memainkan maklumat baru mengenai satu pembunuhan yang mempunyai kaitan dengan Najib. Ini, katanya, dijadikan senjata olehnya untuk melawan kembali.
Mencurigakan, tetapi ia seperti tidak cukup. Sekiranya Anwar ke penjara, pakatan tidak dapat bertahan dengan kehilangan pemimpin mereka. Sekiranya dia memanggil penyokongnya – dengan menyatakan dia menanti untuk mati syahid – mungkin dia akan dipersalahkan kerana berterusan melakukan kekacauan. Dan sekiranya dia merayu kepada pandangan antarabangsa, penyokongnya di peringkat tempatan akan menyoal mengenai perkara tersebut.
Ini menunjukkan satu perangkap yang menanti Anwar, yang cekap memberitahu pendengarnya yang berbeza latar belakang - yang alim dan sekular - tentang perkara yang mereka suka dengari.
Persekitaran blog yang membantu dalam menaikkan namanya, mungkin pada suatu hari akan memberikan lebih perhatian kepada kualiti penyamarannya. Rakyat Malaysia kemudiannya akan bertanya : sebenarnya, kepada siapa dan untuk apa Anwar berjuang?
AIDC menterjemah artikel the economist.Artikel asal klik di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan