MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Sep 2009

DAP dakwa Dr Hasan hipokrit dan berlagak wira




Sep 24, 09 7:10pm
Siasatan awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) tidak harus dibuat secara tertutup, kata seorang pemimpin DAP sebagai menjawab desakan PAS Selangor hari ini.

Wakil rakyat Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga menuduh exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali, juga pesuruhjaya PAS negeri, sebagai seorang yang "hipokrit" dan "mahu berlagak wira" kerana mengkritik Selcat secara terbuka.


Beliau, yang juga ketua publisiti DAP, berkata saranan PAS itu bukan sahaja bertentangan dengan asas kewujudan jawatankuasa khas DUN Selangor itu tetapi juga semangat kerajaan Pakatan Rakyat yang mengutamakan "kebertanggungjawaban dan ketelusan."

"Jika pegawai-pegawai daerah atau kakitangan awam tidak melakukan apa-apa kesalahan atau melanggar undang-undang, tiada apa-apa untuk berasa malu," katanya hari ini.

Pua berkata siasatan Selcat yang pertama pada Mac lalu – berhubung dana Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) – berjaya membongkar skandal tersebut.

"Siasatan awam Selcat setakat ini mendedahkan penyelewengan dan salah laku oleh pelbagai pihak termasuk bekas ADUN BN yang bersubahat dengan pegawai-pegawai daerah," katanya.

Dr Hasan baru-baru ini menggesa Selcat membuat rombakan susulan pendengaran keduanya berhubung pengagihan dana kerajaan kepada DUN oleh pentadbiran BN dan Pakatan Rakyat sekarang.

Menulis di blog peribadinya, Pua turut menyelar saranan Dr Hasan yang mengkritik pentadbiran Pakatan Rakyat tanpa merujuk majlis mesyuarat kerajaan negeri dan juga urusetia gabungan pembangkang itu.

Tambahnya, Dr Hasan tidak membantah apabila idea untuk menyiasat peruntukan kawasan DUN ditimbulkan dalam mesyuarat peringkat sekretariat Pakatan negeri.

"Dan sekarang beliau mahu berlagak sebagai 'wira' yang memperjuangkan hak pegawai-pegawai daerah yang diaibkan itu," katanya di tonypua.blogspot.com.

Seruan Dr Hasan supaya siasatan berkenaan dikendalikan oleh "tokoh bebas" juga tidak masuk akal.

"DUN Selangor sendiri telah dipilih oleh rakyat untuk memastikan kerajaan yang cekap, bertanggungjawab dan telus, dan tanggungjawab tersebut tidak boleh dilepaskan oleh dewan berkenaan," kata Pua lagi.

sumber - Malaysiakini


PAS mahu siasatan Selcat tertutup


Sep 24, 09 1:25pm
PAS Selangor mahu pendengaran siasatan awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dibuat secara tertutup agar pegawai kerajaan "tidak rasa diaibkan".

Setiausahanya Mohd Khairuddin Othman berkata jawatankuasa DUN negeri itu wajar belajar daripada insiden anugerah penyapu kepada pemimpin pihak berkuasa tempatan (PBT) oleh menteri besar waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dianggap memalukan.

Insiden ini disebut-sebut sebagai satu daripada beberapa faktor yang menyumbang penolakan meluas orang ramai terhadap kerajaan BN Selangor dalam pilihan raya umum lalu.

"Walaupun sah kewujudannya (Selcat), tetapi PAS Selangor mendesak proses pendengaran (siasatan) ke atas pegawai tinggi kerajaan dilakukan secara tertutup bagi menjaga integriti pegawai kerajaan itu sendri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mempertahankan pendirian exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, yang menggesa Selcat membuat rombakan susulan pendengaran keduanya berhubung pengagihan dana kerajaan kepada DUN oleh pentadbiran BN dan Pakatan Rakyat sekarang.

Membandingkan pendengaran jawatankuasa khas itu dengan sistem mahkamah, Mohd Khairuddin berkata:

"Walaupun mahkamah adalah terbuka kepada orang awam, tetapi mahkamah boleh menjalankan proses perbicaraan secara tertutup menurut budi bicara mahkamah itu sendiri."

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pemimpin DAP bagaimanapun mempertahankan siasatan Selcat secara terbuka. [Baca juga: DAP bantah, dakwa Dr Hasan hipokrit]

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga menuduh Dr Hasan sebagai seorang yang "hipokrit" dan "mahu berlagak wira" kerana mengkritik Selcat secara terbuka.

sumber - Malaysiakini


1 ulasan:

Mohd berkata...

kalau buat tertutup takder lah CAT, mana nak ader transparancey kalau tertutup.. dorang ni takut ape?