MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Sep 2009

Hassan Ali, yang panas lagi memanaskan..

Oleh Depa Kata

EXCO kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali nampaknya terus menjadi subjek panas lagi memanaskan. Kali ini berikutan tegurannya terhadap Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Berikutan kenyataan Hasan yang mahukan Selcat mengubah format penubuhan dan prosedur penyiasatannya, maka banyaklah pihak tak senang hati, termasuk kawan-kawannya di dalam PAS sendiri.

Kemudian kedengaran jugalah sekali lagi, Hasan menjadi ‘agen’ BN untuk menghuru-harakan Selangor sebab itu dia tak habis-habis mengambil langkah dan membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti kerajaan negeri.

Disebabkan terlalu ghairah nak mengulas tindak-tanduk Hasan, ramai yang tidak memberikan perhatian pada isu sebenar yang dibangkitkannya; tentang prosedur penyiasatan yang menurutnya, menggunakan kaedah menghina dan menjatuhkan maruah di samping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan.

Kata Hasan, akibat kaedah itu maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka pula menurun.

Itu isunya, bukan orang yang mencetuskan isu itu.

Tapi mujur jugalah yang bercakap itu Hasan Ali. Kalau orang BN yang cakap tentang prosedur siasatan itu dah tentu depa dituduh memfitnah. Sebagai badan yang didokong oleh orang-orang yang mementingkan keadilan, takkanlah Selcat nak gunakan prosedur penyiasatan yang ada unsur paksa-memaksa dan tekan-menekan. Itu kan kaedah lapuk; kaedah orang-orang rimba. Selcat mana boleh guna kaedah macam tu. Lain la kalau kaedah pujuk-pujuk, tepuk-tepuk dan manja-memanjakan…

sumber - depa kata


Tiada ulasan: