Oleh Tomyampoktek, AIDCclub
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan bersetuju dengan DAP bahawa tiada mana-mana bangsa pun di negara ini, termasuk orang Melayu sendiri yang layak untuk diberi hak-hak keistimewaan.
Beliau berkata, ini kerana Islam sendiri tidak menetapkan keistimewaan kepada bangsa-bangsa tertentu termasuk bangsa Arab.
Malah kata Menteri Besar Kelantan itu, penggunaan istilah hak istimewa itu adalah di luar daripada konteks pengajian Islam.
''Sesuatu bangsa itu tiada hak istimewa. Kalau ada bangsa Arab boleh diberi hak tetapi Islam tidak memberikan kepada mana-mana bangsa. Saya sebenarnya tak setuju dengan istilah (hak istimewa) itu,'' katanya.
Namun begitu mengulas isu hak istimewa ini, mantan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor seperti dinyatakan Subky Latif dalam sebuah buku yang diterbitkan dalam tahun 2003 telah membandingkan cerita sirah sahabat Nabi apabila ada orang bercakap kononya tiada hak istimewa dalam islam dan menyarankan hak istimewa orang Melayu dihapuskan.
Beliau menyatakan kejadian dalam pemerintahan Khalifah Omar Al-Khatab dan setelah Parsi menerima islam. Masa itu kebanyakkan orang Arab yang pergi ke Parsi untuk berdakwah dan berdagang adalah orang-orang kaya dan berharta. Orang-orang Parsi ramai pula yang miskin dan ramai yang menjual tanah mereka kepada hartawan-hartawan Arab.
Pada pandangan Saidina Omar, jelas Ustaz Fadzil kalau dibenarkan orang-orang kaya Arab memberli tanah orang Parsi, nanti habis orang parsi tidak bertanah. Saidnia Omar lalu membuat satu peraturan. Orang-orang Arab yang kaya dilarang membeli tanah orang Parsi. Tujuannya ialah untuk melindungi tanah orang Parsi tidak terjual kepada hartawan Arab.
Berkata Ustaz Fadzil, larangan tanah dijual kepada Arab itu adalah satu perlindungan kepada hak Parsi. Inilah hak istimewa Parsi. Sekiranya Saidina Omar tidak mengadakan peraturan itu. Nescaya habis tanah orang Parsi dibolot oleh saudagar Arab dan ekonomi Parsi dikuasai bangsa pendatang.
Bagi Ustaz Fadzil peruntukan hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan itu adalah sama dengan peruntukkan yang dibuat oleh Saidina Omar kerana ia menjamin kepentingan penduduk asal tempatan khususnya yang kurang berkemampuan.
Disini kita dapati tindakan Khalifah Ar-Rasyidin, Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Saidina Omar ibni Khatab, Saidina Othman ibni Affan dan Saidina Ali Abi Talib serta Khalifah Omar abdul Aziz adalah contoh rujukan umat islam hari ini. Apa yang mereka laku dan laksanakan adalah dikira sebagai rujukan islam
Dalam keadaan ini siapa yang benar, Fadzil Noor kah benar atau Nik Aziz yang benar. Kedua-dua tokoh ini selalu menjadikan islam sebagai rujukan namun kita dapati wujud percanggahan antara kedua tokoh PAS ini.
Mungkinkah MB Kelantan menyedari perkara yang diucapkan oleh mantan Presiden PAS ini namun atas kepentingan politik dan demi survival PAS kini dan dinasihati oleh penasihat yang condong kepada agenda Anwar Ibrahim beliau selalu dipergunakan untuk pihak berkepentingan lain.
Seperkara yang janggal ialah walaupun Fadzil Noor dikatakan amat rapat dengan Anwar Ibrahim dari segi hubungan persahabatan kerana dikatakan pernah bersama dalam ABIM, namun bekas Presiden PAS tersebut sedikitpun tidak teruja dengan agenda yang dibawa oleh Anwar. Namun sebaliknya yang berlaku kepada Nik Aziz banyak tindak tanduknya kini seakan senada dengan Anwar.
Kalau kita menyorot kembali mengapa MB Kelantan bertindak sedemikian, anaknya Nik Abduh pernah menggelarkan pembantu yang berada di samping ayahnya adalah pembantu sesat kerana seringkali melaporkan memberikan maklumat yang salah.
Sehingga kini selepas tulisan tersebut, Nik Abduh seakan lenyap dari melontarkan idea kerana banyak dikecam oleh pihak yang senada dengan agenda Anwar didalam PAS.
Manakala menurut satu sumber yang diketahui pemimpin PAS sebenarnya memang tidak senada dengan Anwar, namun mereka mengambil tindakan sama dengan agenda Anwar kerana mereka merasakan dengan menyokong Anwar PAS akan dapat mengambil alih peranan UMNO dalam mewakili suara umat islam.
Namun terdapat percanggahan idea ini kerana difahamkan ia ditentang sebilangan pucuk pimpinan, sebab itu Nasharudin, Mustapha Ali malah Harun Din dianggap sebagaii pemimpin konservatif dan kuno dalam memberi pandangan kepada hala tuju Parti.
Isu Jawatankuasa pilihan Khas mengenai kebertanggungjawaban dan ketelusan (SELCAT) yang dibawa oleh Hassan Ali didalam kerajaan negeri Selangor menambahkan lagi kekalutan dalaman PAS terhadap polisi Pakatan Rakyat. Hassan Ali secara jelas mengkritik peranan Selcat dan menyarankan ia dikaji semula dan dirangka garis panduan baru.
Ekoran kritikan terbuka Exco Hal Ehwal Jawatankuasa tetap hal Ehwal Islam dan adat istiadat Melayu itu telah menyebabkan beliau dihemtam secara terbuka oleh rakan dalam Pakaran Rakyat malah didalam dalaman PAS sendiri. Kini Hassan Ali dianggap sampah dalam kerajaan PR Selangor. Senasib dengan kedudukkan Zulkifli Ahli Parlimen Kulim yang kini dikecam kerana tidak senada dengan Anwar Ibrahim dalam banyak perkara berkaitan polisi Pakatan Rakyat.
Walaubagaimanapun ada yang berpendapat apa yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz, Hassan Ali malah Zulkifli hanya sebagai helah lakonan sahaja bagi memastikan undi orang Melayu dan bukan Melayu tetap terjaga. Jika benar begitu ia seakan mengesahkan bahawa orang Melayu sebenarnya begitu mudah diperbodohkan oleh orang politik yang dahagakan kuasa, seperti yang diperkatakan oleh Dr. Ridzuan Tee yang menyatakan Melayu mudah cair dan terpedaya bila ada pemimpin bukan islam mengalunkan bacaan ayat Al-Quran, tanpa mengenalpasti tujuan ia diucapkan dan ia dibela oleh pemimpin yang mengaku memperjuangkan islam.
sumber - tomyampoktek
Tiada ulasan:
Catat Ulasan