Oleh My Longest Yard, AIDCclub
Manusia yang bernama Anwar ni memang pelik. Begitu mudah beliau mengeluarkan kenyataan atau kata-kata indah dari mulut. Tapi bila kena batang hidung sendiri, mulalah konar sana, konar sini. Walhal dirinya sendiri tidak sanggup memikul beban. Paling teruk, boleh pulak melenting marah bila ada orang menegur.
Bukankah itu sikap hipokrit?
Manusia yang digelar hipokrit ini selalu saja mencari dan mencipta alasan palsu untuk tidak turut serta bersusah payah memperjuangkan keadilan untuk semua orang. Walhal insan yang mengadu masih mengharapkan keadilan di tanah airnya sendiri. Insan tersebut tidak lain dan tidak bukan Saudara Saiful Bukhari Azlan. Beliau menulis dalam blognya bahawa keadilan yang diharapkan masih belum kunjung tiba. Masih bertangguh (Klik sini).
Penulis bersetuju benar dengan tulisan Awang Selamat berkenaan isu keadilan untuk Saiful. Sejak kes tersebut disebut pertama kali Ogos lalu, sampai kini, ia belum dapat dibicarakan antaranya kerana Anwar mengemukakan permohonan demi permohonan untuk penangguhan. Nampaknya motto baru Anwar ialah Tangguh Tetap Tangguh berbeza dengan Lawan Tetap Lawan ketika kempen pilihan raya umum lalu.
Seterusnya, penulis memetik satu artikel bertarikh 27hb Julai 2009 di dalam blog Anwar Ibrahim yang bertajuk :
Tuntutan Keadilan Untuk Semua Rakyat Malaysia (klik sini)
Cantik sungguh tajuk tersebut. Dalam artikel itu, Anwar membangkitkan isu Teoh Beng Hock. Seterusnya beliau menyebut "Melihat amarah rakyat mulai marak, serta penyertaan beberapa pimpinan BN ke dalam PKR, mereka berusaha mengaburi rakyat dari isu sebenar; iaitu Tuntutan Keadilan Untuk Semua Rakyat Malaysia"!!!
Wainaa...lawak sungguh la..lawak tak? Suka tak? Tutup mata..tutup mata...suprise!!!!!!!!
Anwar menyebut Tuntutan Keadilan Untuk Semua Rakyat Malaysia? Come on lah..
Habis tu kes Saiful Bukhari macam mana? Anwar pandang Saiful sebagai rakyat negara mana?Beliau tu kan rakyat Malaysia. Maka beliau juga berhak mendapat keadilan yang sewajarnya atas tiket rakyat Malaysia (seperti tajuk artikel tersebut). Sila baca luahan hati Saiful dalam blognya (klik sini , sini dan sini).
Penulis terfikir, apa makna jika Anwar tidak mengotakan kata-katanya seperti mana ditulis dalam artikel tersebut. Bukankah itu hipokrit dan double standard namanya! Macam biasalah..berlagak macam primadona. Cakap dia saja yang betul.
Nampaknya, senario ini semakin berkembang dan menular. Sekiranya ada segolongan minoriti yang ikhlas tampil untuk membantu Saiful, mereka pula akan diejek dan dicemuh. Penulis tidak menolak akan kemungkinan, seluruh jentera mereka bakal dikerahkan untuk memutarkan propaganda yang tidak beretika .
Pedas posting kali ini? Biarlah, kehidupan realiti pun tidak selalunya manis. Sekali-sekala kepedasan cili perlu dalam masakan kita supaya dapat menimbulkan kesedaran dengan segera pada si pemakannya.
“Berbuat adillah kerana keadilan itu lebih dekat pada ketakwaan”
(al-Ma’idah ayat 8)
sumber - my longest yard
Tiada ulasan:
Catat Ulasan