MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Sep 2009

Lembu Khalid Gagap tahu siapa pembunuh Teoh Beng Hock

Oleh Pochongmenulis, AIDCclub

Kisah lembu begitu hangat dipertuturkan di Selangor hari ini, kepala lembu hari ini jangan sebarang pijak merana badan kalau silap gaya. Ditambah pula dengan isu kematian Teoh Beng Hock, yang sehingga kini sesi inkuesnya masih belum menunjukkan bayangan siapa pembunuhnya, sehinga seluar dalam saspek kes lain pun dijadikan saksi untuk menunjukkan jalan kebenaran.

Apa yang boleh dikatakan antara kes lembu dan kematian itu seolah ada kaitan untuk dijadikan pengajaran atau petunjuk kepada umat manusia. Itu pun kalau umat islam masih berminat menyemak dan merenung kembali kisah sejarah zaman nabi dahulu kala.

A-kisah suatu zaman Nabi Musa ada disebutkan pada awal surah al-Baqarah yang sering dikelirukan dengan pembinaan patung emas oleh Samiri. Ia adalah kisah mengenai lembu bewarna kuning dan sempena inilah dinamakan surah Al-baqarah yang bermaksud lembu betina.

Pada suatu ketika terdapat seorang lelaki yang dipercayai bernama Amil, yang merupakan seorang pemberi ceti serta pemungut hutang dengan mengenakan faedah yang tinggi. Beliau sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti sehingga isterinya mati kerana tidak cukup makan dan rehat kerana mengira dui twang suaminya.

Selepas itu diminta anak perempuannya menggantikan ibunya dalam mengurus hal kewangannya. Namun anaknya enggan lalu meminta ayahnya meminta sepupunya untuk membantunya. Namun ayahnya enggan kerana mengangap anak saudaranya itu ingin merebut hartanya.

Suatu hari Amil tidak pulang ke rumah hingga membuatkan anak perempuanya risau, lantas meminta sepupunya mencari ayahnya. Sewaktu mencari Amil itu ditakdirkan ternampak sekelompok manusia sedang mengerumuni sesuatu. Rupanya Amil telah mati disebuah kampung sebelah yang berjiran dengan kampungnya.

Maka timbul perbalahan, penduduk kampong Amil mengatakan penduduk kampong sebelah yang membunuh Amil, sedangkan penduduk kampong sebelah mengatakan penduduk kampong Amil yang membunuhnya lalu dicampak ke kampung tersebut.

Pertelingkahan ini menyebabkan ia tidak terkawal hingga mereka bersiap sedia ingin berperang. Namun dinasihati oleh golongan tua supaya bersabar dan membawa kes tersebut ke pengetahuan Nabi Musa.

Dalam masa yang sama ada sepasang suami baru dikurniakan anak ketika mereka sudah tua, Dan si Ayah pun bimbang mengenai rezeki anaknya itu kerana dia sudah tua dan tidak mampu berkerja kuat lalu mencadangkan kepada isterinya agar membeli seekor anak lembu supaya dapat diwariskan kepada anak mereka apabila dewasa nanti.

Isterinya mencaadangkan agar lembu itu dilepaskan sahaja serta bertawakal kepada Allah, apabila anak mereka dewasa nanti lembu akan datang kepada anak mereka apabila menyebut “Dengan nama Allah, datanglah kepadaku” maka lembu itu akan datang kepadanya.

Apabila anak mereka dewasa, bapanya pun telah menggal dunia dan si ibu menyuruh anak mencari lembu yang telah diwariskan kepadanya. Lantas dicarilah lembu tersebut dan ditakdirkan dengan kuasa Allah si anak bertemu dengan lembu seperti yang ciceritakan ibunya lalu mendoakan “ Dengan nama Allah, datanglah kepadaku” dan tidak semena-mena lembu itu menghampiri dan mengikuti lelaki tersebut.

Kembali kepada kisah kematian Amil, kedua penduduk kampong mengambil keputusan berjumpa Nabi Musa dan lantas meminta pandangan. Nabi Musa pun dengan bimbingan Ilahi menyuruh mereka menyembelih seekor lembu betina dan memukul mayat si Amil dengan menggunakan kulit lembu tersebut. Mayat tersebut akan memberitahu siapa yang telah membunuhnya.

Disebabkan cadangan Nabi Musa tersebut kedua penduduk kampung menganggap Nabi Musa telah mempermainkan mereka. Oleh kerana mereka sering menggagungkan lembu, maka ini adalah cara untuk meredakan sikap mereka yang mendewakan status lembu, fikir penduduk.

Namun Nabi Musa menyatakan bahawa beliau menyatakan yang benar dan memohon perlindungan dari orang-orang yang jahil sebagaimana dinyatakan dalam surah Al-Baqarah.

Selepas itu penduduk dua kampung tersebut pulang ke tempat asal masing-masing bagi melaksanakan suruhan nabi Musa. Mereka bertanyakan umur lembu yang dimaksudkan Nabi tersebut. Dan Nabi menyatakan usia lembu tersebut adalah pertengahan tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda. Apabila ditanyakan warna lembu tersebut, Nabi Musa menyebut warna lembu betina tersebut adalah warna kuning sehingga orang yang melihatnya tercengang kerana kekuningan.

Penduduk tersebut selepas itu beredar dan kembali semula dengan persoalan lain pula kerana merasakan arahan nabi masih samar dan tidak jelas. Mereka kemudian meminta keterangan lebih mendalam mengenai lembu betina tersebut. Lalu Nabi menyatakan lembu itu tidak pernah digunakan untuk membajak tanaman, tidak diguna untuk mengairi tanaman dan tiada cacat cela terhadap lembu tersebut.

Golongan penduduk ini akhirnya pulang, dan memikirkan bagaimana ingin mencari lembu seperti dinyatakan Nabi Musa tersebut. Tanpa diduga pemuda yang baru menjumpai lembu betina yang diwariskan oleh ayahnya telah melintas dihadapan mereka dalam perjalanan pulang kerumahnya. Dan mereka mendapati sifat lembu tersebut sama seperti yang dinyatakan oleh Nabi Musa.

Lantas mengikuti anak muda dengan lembu yang berwarna kuning tersebut, sebaik sampai dirumah si anak menunjukkan lembu tersebut kepada ibunya. Si ibu gembira kerana hajat beliau dan suaminya telah tercapai dan tidak perlu risau mengenai rezeki untuk anaknya.

Namun si ibu dan pemuda tadi merasa hairan kenapa terdapat ramai orang yang berkerumun dihalaman rumahnya. Selepas itu wakil penduduk kedua kampong tersebut telah datang menemui si Ibu dan pemuda tadi untuk berbincang mengenai pembelian lembu tersebut. Walaupun diperingkat awal keluarga tersebut enggan menjual lembu terbabit, namun selepas dipujuk bagi membantu memberi jalan kebenaran kepada si mati dan mencari orang yang bertangungjawab melaga-lagakan kedua penduduk kampong tersebut hingga ingin berperang, mereka bersetuju menjual lembu tersebut. Dengan syarat harga emas seberat kulit lembu tersebut.

Wakil rombongan akur dengan syarat tersebut dan bersetuju membayar harga yang seperti dinyatakan. Ketika itu anak saudara Amil (si mati) pun mengatakan sebagai waris si mati dia hanya menuntut harga lembu itu diberikan kepadanya dan kes pembunuhan bapa saudaranya dianggap selesai. Namun ia dibantah oleh penduduk kampong kerana mereka ingin mengetahui siapakah pembunuh yang masih bebas itu.

Akhirnya lembu pun dibeli dan disembelih, kulitnya ditimbang dan emas yang sama berat diserahkan pada kedua-dua beranak pemilik lembu tersebut.

Selepas itu kulit lembu pun dipukul pada mayat Amil. Dengan izin Allah, mayat itu hidup semula, membuka matanya dan menunjuk ke arah anak saudaranya seraya mengatakan beliaulah pembunuhnya. Ini kerana beliau inginkan harta peninggalannya dan berazam mengahwini anak perempuan Amil serta meletakkan mayat di kampung sebelah supaya beliau tidak dituduh atas pembunuhan itu hingga mewujudkan kekacauan kedua penduduk kampong tersebut.


Jika kita mengaitkan isu ini dengan apa yang terjadi di Selangor, kisah yang wujud seakan hampir sama, bermula dengan isu rasuah lembu MB Selangor, dan seterusnya lembu diarak oleh pemuda keadilan, dan seterusnya pelbagai kisah kontroversi melibatkan lembu telah wujud. Pada masa yang sama wujud kematian di bangunan SPRM Selangor dan pegawai SPRM telah dituduh melakukannya kerana kejadian berlaku dibangunan tersebut.

Seperti dalam kisah tadi wujud watak anak saudara Amir yang beria-ia macam ingin membantu mencari siapa pembunuh bapa saudaranya. Realitinya di Selangor juga seakan sama apabila muncul seorang watak iaitu Tan Boon Hwa yang seakan ingin membantu sama mencari pembunuh Teoh Beng Hock, hingga pelbagai pihak lain dituduhnya melakukan pembunuhan tersebut.
Agak-agaknya bolehkah kita bertanya kepada lembu Khalid Gagap untuk mencari jawapan siapa pembunuh kepada Teoh Beng Hock? fikir-fikirkan...

sumber - pochongmenulis


Tiada ulasan: