MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Ogo 2009

Kenapa Anwar benci Musa Hassan

Oleh The Unspinners

Kali pertama Anwar Ibrahim dengar nama Musa Hassan adalah pada 15hb Ogos 1997.

Anwar telah mengarahkan Pengarah Cawangan Khas (PCK) Dato Mohd Said dan Timbalannya Dato Amir bin Junus (T/PCK) untuk menyiasat dan menahan Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar atas surat yang ditulis oleh Ummi. Dalam suratnya Ummi telah menuduh Anwar terlibat dalam salah laku seks.

PCK Mohd Said telah memberitahu Anwar bahawa ikut prosedur Polis, siasatan dan penangkapan hanya boleh dibuat oleh CID. Cawangan Khas (SB) tidak ada kuasa atau prosedur untuk membuat penyiasatan dan menahan orang. Cawangan Khas hanya terlibat dalam intelligence atau perisikan. Nampaklah betapa bodohnya Anwar yang tidak tahu prosedur jabatan Kerajaan.

Dato Mohd Said telah menasihati Anwar untuk membuat laporan Polis dulu, yang akan mulakan siasatan oleh CID dan bukan Cawangan Khas. Tetapi Dato Mohd Said telah memberi jaminan kepada Anwar bahawa beliau akan melantik seorang pegawai Polis yang berkaliber untuk menyiasat kes Ummi Hafilda. Pegawai Polis CID yang berkaliber itu adalah SAC Musa Hassan. Inilah kali pertama Anwar dengar nama SAC Musa Hassan ia itu pada 15hb Ogos 1997.

Pada 17hb Ogos 1997, setelah Anwar memberi arahan kepada Dato Mohd Said Awang untuk menahan Ummi dan Azizan, SB telah mengesan Ummi dan Azizan berada di rumah Dr Restina di Bangsar. SB hanya boleh mengesan dan tidak boleh menahan sesiapa pun. SB telah memberi arahan kepada SAC Musa Hassan daripada CID untuk menahan Ummi dan Azizan.

Sebagai pegawai Polis yang taat setia, pada jam 9 malam, 17hb Ogos 1997 SAC Musa Hassan telah tiba di rumah Dr Restina untuk menahan Ummi dan Azizan. Mereka berdua ditahan pada jam 11 malam. Sejurus selepas ditahan, kedua Ummi dan Azizan telah "diambil alih" oleh SB dan di bawa pergi dari rumah Dr Restina.

Pada esok harinya 18hb Ogos 1997, Dato Mohd Said Pengarah Cawangan Khas telah beritahu SAC Musa Hassan bahawa SB akan serahkan semula Ummi dan Azizan kepada CID setelah SB habis soal siasat dengan mereka berdua. Musa Hassan telah berkata bahawa memang aneh SB terlibat dengan siasatan yang ditugaskan kepada CID.

Pada waktu itu SAC Musa Hassan tidak tahu bahawa Dato Mohd Said PCK sedang mengambil arahan daripada Anwar Ibrahim.

Kemudiannya SB telah serahkan Ummi dan Azizan kepada CID pada 10 pagi, 18hb Ogos 1997. Tetapi pelik bin ganjil, empat jam kemudian pada 1.40 pm, Dato Mohd Said PCK (Pengarah Cawangan Khas) telah mengarah SAC Musa Hassan menyerahkan Ummi dan Azizan balik kepada SB.

SAC Musa Hassan sudah boleh menghidu bau yang busuk dalam kes ini. Jadi pada 8.30 malam itu (18hb Ogos 1997) SAC Musa Hassan dan beberapa pegawainya daripada CID telah pergi ke pejabat Dato Mohd Said, Pengarah Cawangan Khas untuk melihat sendiri keadaan Ummi Hafilda dan Azizan. Setelah mendengar pandangan SAC Musa Hassan dan pegawainya, Dato Mohd Said, PCK telah membenarkan SAC Musa Hassan membebaskan Ummi dan Azizan pada malam itu juga.

Campurtangan SAC Musa Hassan yang mengambil berat tentang kes Ummi dan Azizan ini telah pun sampai ke telinga Anwar Ibrahim.

Pada hari esoknya 19hb Ogos 1997, SAC Musa telah menyatakan keinginannya untuk selesaikan siasatan CID berkenaan kes pelik ini. Pada petang hari, sekitar 5 pm SAC Musa Hassan telah berjumpa Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri untuk buat kali pertama untuk merekodkan statement atau kenyataan daripada Anwar.

Anwar agak terkejut juga bahawa seorang pegawai Polis CID berani datang untuk menyoal dia pula. Tetapi apa boleh buat, Anwar terpaksa menjawab soalan SAC Musa Hassan. Dalam kenyataannya kepada SAC Musa, Anwar telah nafikan semua tuduhan yang dibuat oleh Ummi dan Azizan. 19hb Ogos 1997 adalah kali pertama Anwar berjumpa dengan seorang manusia yang bernama Musa Hassan.

SAC Musa masih menyiasat kes pelik Ummi dan Azizan kena tahan ini dan terus menyoal beberapa orang yang didapati terlibat atau mempunyai kaitan dengan kes ini. Anwar makin runsing akan kerajinan dan kecekalan SAC Musa Hasan. Oleh itu, 10 hari kemudian pada 30 Ogos 1997, Anwar begitu runsing sehingga dia memberi arahan supaya SAC Musa Hassan datang berjumpanya. Musa dipanggil bersama dengan bossnya atuk Ismail Che Ros, Pengarah CID pada masa itu. Attorney General Tan Sri Mokhtar Abdullah juga hadhir. Dalam perjumpaan ini, Anwar mengarah Musa Hassan untuk berhentikan penyiasatannya kerana YAB Perdana Menteri telah setuju bahawa kes ini hanya fitnah. Inilah kali kedua Anwar terserempak dengan Musa Hassan. Kedua perjumpaan Anwar dengan Musa amat merunsingkan Anwar. Anwar sedar bahawa Musa adalah seorang pegawai Polis yang tidak takut menjalankan tugas.

Di sini juga jelas kita nampak kesetanan Anwar. Mula dia suruh Polis tangkap Ummi dan Azizan. Kemudian bila Polis jalankan tugas untuk menyiasat kes ini ke akar umbinya, Anwar cemas dan memberi arahan untuk dihentikan penyiasatan. Inilah dunggu Anwar yang sebenarnya.

Tetapi Musa Hassan tidak dengar arahan Anwar Ibrahim. Musa teruskan siasatannya kerana fail mesti ditutup dengan kemas (dan bukan tergantung tanpa kesudahannya). Maka dua hari kemudian pada pagi 2hb September 1997, Musa telah memberitahu kepada ASP Zul Aznam (ADC Anwar Ibrahim) bahawa dia (Musa) perlu menyoal beberapa orang lagi termasuk Mohamed Azmin Ali, Shamsidar Taharin, Dato Nallakaruppan, Aton (orang gaji di rumah Shamsidar) dan juga ASP Zul Aznam.

Permintaan SAC Musa Hassan ini telah menjadikan Anwar jadi panik macam babi hutan dikejar harimau. Anwar terus suruh Azmin telefon SAC Musa dan suruh Musa datang berjumpa dengannya. Azmin telah telefon Musa Hassan pada 11.50 pagi dan suruh Musa pergi ke pejabat Anwar dengan secepat mungkin. Musa sampai di pejabat Anwar setengah jam kemudian pada 12.20 pm.

Di perjumpaan ini Anwar telah menegur Musa Hassan apakah gunanya Musa masih teruskan siasatan untuk menyoal Azmin, Shamsidar dan Dato Nallakaruppan kerana Ummi dan Azizan telah pun menulis pengakuan bahawa tuduhan mereka semuanya fitnah saja. Musa merasa sangat pelik sebab sepanjang pengetahuannya inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia di mana seorang pegawai Polis pangkat SAC telah dipanggil ke pejabat Timbalan Perdana Menteri dan diarahkan oleh seorang TPM untuk menghentikan siasatan jenayah.

Musa telah membantah arahan Anwar Ibrahim itu. Musa menjawab bahawa dia mempunyai tanggung jawab untuk selesaikan siasatan untuk menutup fail dengan rapi. Musa juga mengingatkan Anwar Ibrahim bahawa Attorney General telah lama memberi arahan bahawa semua kes yang melibatkan pegawai Kerajaan mesti disiasat dan dimajukan failnya kepada Attorney General untuk pertimbangan dan keputusan. Apabila Musa jelaskan SOP atau Standard Operating Procedure ini, Anwar mengarah Musa JANGAN serahkan fail siasatannya kepada Attorney General. Bertambah pelik kelakuan Anwar Ibrahim.

Inilah kali ketiga Anwar bertembung dengan seorang pegawai Polis bernama SAC Musa bin Hassan.

sumber - the unspinners


1 ulasan:

Mohd berkata...

Percubaan Anwar dalam SALAH GUNA KUASA, KORUPT DAN PENYELEWENGAN.

Syabas Musa Hassan