MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Sep 2009

Anwar berusaha perkukuhkan PR..

Oleh gelagat anwar

Pakatan Rakyat diberitakan bakal melaksanakan konvensyen khusus bagi membincangkan kemungkinan mempunyai ’satu platform’ untuk pakatan tersebut menjelang pilihanraya akan datang. Hakikatnya, cadangan ini sebenarnya sudah lama ‘overdue’. Bila dah nampak retak. Bila menunggu belah. Bila dah timbul kekecohan. Barulah timbul idea Pak Sheikh untuk melaksanakan konvensyen ini. Strategi Pak Sheikh ini diharapkan berjaya.

Bagi menjayakan niat konvensyen ini, yang boleh disifatkan sebagai agenda ‘wehdatul fikri; wehdatul amal’ bagi Pakatan Rakyat; Anwar terpaksa mengadakan ‘pre-council’ dengan setiap pemimpin parti dalam PR secara ’separately’. Nampak sangat Anwar ingin mempunyai ‘carrot’ untuk setiap parti. Apa yang boleh difaraid kepada PAS. Apa yang boleh untuk DAP? Apa yang boleh untuk PKR sendiri. Semua benda Anwar kena ambil kira.

Berdasarkan ideologi – memang susah nak rapatkan ’saf’ PR ini. Banyak benda yang kena selesaikan. PAS dengan ‘nilai Islamik yang konservatif’, DAP yang terkenal dengan budaya fikir chauvinistic, PKR yang terkenal dengan budaya ‘materialistic’. Semua ini kena ‘gam’ yang sangat kuat. Gam bagi PR ini nampaknya Pak Sheikh seorang sahaja. Orang lain tidak ada gam macam Pak Sheikh. Kak Wan tidak ada karisma. Lebih kepada simpati. Dalam politik baru, simpati tak main sangat.

Anwar kena fikirkan dengan lebih mendalam – gam dan magnet yang boleh merapatkan kembali saf Pakatan Rakyat. Konvensyen ini memang perlu dan wajar. Barulah Pakatan Rakyat ada ‘level’ yang sama dengan BN. Baru ada pendekatan yang lebih boleh dipercayai oleh rakyat.

Hakikatnya, Anwar kena buat ’spring cleaning’ kalangan mereka yang benar-benar selari dengan agenda perjuangan PR. Usaha yang lebih ‘robust’ mesti dilakukan untuk menarik golongan kecewa dalam BN dengan seberapa segera. Chua Jui Meng, Subramaniam – adalah antara yang dah hampir berjaya. Ini semua mesti terus dilakukan dengan lebih robust.

Konvensyen PR ini amat strategik kepada Pak Sheikh. Tidak dapat tidak, Pak Sheikh mesti perbaiki ‘imej’ PR yang agak tunggang langgang kebelakangan ini. Memang susah nak ‘handle’ segala macam ‘internal matters’ masing-masing parti yang ada dalam PR ini. BN pun lebih kurang juga. Gila kuasa seperti Samy Vellu. MCA yang berebut kuasa. Ini semua adalah antara yang perlu diselesaikan secara baik dan berkesan. PR memang kena mempunyai platform sama.

Tapi, apa yang baru nak ditawarkan kepada rakyat? Kalau setakat kaedah sama macam BN – tak ada la yang baru sangat. Biasa saja. Anwar mesti memikirkan kemungkinan mempunyai satu logo, satu nama kepada Pakatan Rakyat. Baru ada kelainan. ‘Masa Hadapan Malaysia’ mesti diisi dengan seterang-terangnya dalam konvensyen itu. Di mana kedudukan Melayu? Di mana kedudukan Islam? Di mana kedudukan institusi Raja? Di mana kedudukan sistem kuota dan biasiswa? Di mana kedudukan Bahasa Melayu? Di mana kedudukan hak istimewa?

Anwar tidak boleh setakat redah dan asal boleh sahaja. Sesuatu yang besar dan hebat mesti menjadi ‘hasil’ kepada konvensyen tersebut. Tidak boleh setakat ada atas kertas sahaja. PAS mesti komited dengan perubahan. DAP mesti komited dengan perubahan. PKR mesti tinggalkan segala macam ‘kerosakan sosial’ yang ada dalam PKR. Barulah PR nampak ’solid’ dan mantap.

sumber - gelagat anwar


Tiada ulasan: