Oleh bigdogdotcom
Kini telah berlalu dua ‘16 September’. Mana janji Anwar “Mat King Leather” Ibrahim untuk Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Persekutuan?
Siapa sebenarnya 31 MP BN itu dan dimanakah mereka sekarang ini? Sekiranya mereka ‘berjaya dibeli’ (sebagaimana pendapat paling popular dikalangan Pakatan Rakyat Primates dan pengikut fanatik mereka), kenapa tidak pernah sesiapa pun menyenaraikan segala habuan, kontrak, deal dan/atau imbuhan (samada dalam bentuk kewangan, material dan/atau ’sogokan/tebusan (ransom) politik’) kerana tidak meninggalkan BN?
Mana janji Anwar “Pengkhianat Negara” Ibrahim untuk melaksanakan ‘Ketuanan Rakyat’ dalam empat negeri yang masih lagi bawah Pakatan Rakyat? (Maaflah, satu negeri dah ‘terlepas’ ketangan BN!)
Kedua dua ‘16 September’ ini merupakan hari dalam bulan paling mulia, Ramadhan. Rakyat Malaysia, terutama ahli UMNO wajar waspada dengan Anwar “Hipokrit” Ibrahim ini.
Apakah Anwar tidak rasa bersalah langsung tidak lunas janji, yang sepatutnya ditunaikan dalam bulan mulia ini?
P/S Apakah pengikut tegar Pakatan Rakyat Primates bersedia untuk mengaku dan pasrah bahawa mereka sebenarnya ditipu bulat bulat dan hidup hidup, oleh Anwar “Pembohong” Ibrahim?
sumber - bigdogdotcom
Tiada ulasan:
Catat Ulasan