Oleh TaipingMali
Penganut Islam Liberal tidak akan mengaku dirinya Islam Liberal. Mereka seboleh-boleh menyembunyikan identiti itu dengan memakai gelaran lain, termasuk
Islam Demokrat atau Islam Proresif, kerana pengakuan secara terbuka akan menyebabkan tokoh itu tidak popular dan ditolak majoriti masyarakat.
Dr Nurcholish Majdid, pelopor Islam Liberal di Indoensia misalnya, tidak mengaku jika dirinya dilabel sebagai Islam Liberal, tetapi lebih seronok dilabel sebagai Islam Insklusif (semua agama benar), manakala golongan yang menentangnya dilabel sebagai Islam Ekslusif(satu agama sahaja benar). (Persoalan makna dan istilah Islam Liberal akan dikupas dalam artikel lain)
Jadi bagaimana untuk mengenal penganut ideologi Islam Liberal ? Satu cara yang selalu diguna pakai oleh pengkaji-pengkaji Islam liberal seperti Adian Husaini adalah memadankan persamaan tindak tanduk (perbuatan) dan kata-kata (lisan) dengan ciri-ciri yang menjadi piawai Islam Liberal.
Khalid Jaafar jika ditanya kepadanya, dia sendiri akan menolak dirinya sebagai penganut Islam Liberal. Begitu juga Anwar Ibrahim. Jadi untuk menentukan
benar atau tidak penafiannya, kita perlu merujuk perbuatan dan kata-katanya adakah selaras dengan pemahaman asas Islam yang difahami semua.
Satu aspek lagi, kita perlu lihat tulisan dan pemikiran dari kawan rapatnya, seeloknya bukan Islam terhadap tokoh itu.
Apa tanggapan Yahudi dan Kristian Amerika apabila mereka selalu menjemput Anwar di forum-forum antarabangsa ? Adakah Yahudi dan Kristian Amerika itu selesa dengan pemikiran Anwar, yang seolah-olah sama dengan pemikiran mereka ? Oleh sebab itu, Yahudi dan Kristian perlu menjemput Anwar berkali-kali untuk mempromosikan pemikiran Islam yang sangat bagus itu ?
Bagaimana pandangan orang bukan Islam terhadap pemikiran Anwar Ibrahim dan Khalid Jaafar(KJ) ? Kenal pemikiran Khalid Jaafar, sudah cukup untuk mengenali pemikiran Anwar Ibrahim kerana Anwar telah meletakkan orang yang paling dipercayai dan mempunyai pemikiran yang sama dengannya di pusat pemikir Anwar, IKD.
IKD adalah pusat pemikir Anwar. Khalid diletakkan di pusat pemikir Anwar (IKD) sebagai jurucakap untuk mengembangkan lagi pemikiran Anwar kepada para pengikutnya
(Anwarisme).
Misalnya apa tanggapan Lee Ban Cheng, penulis Malaysiakini terhadap Khalid Jaafar dalam isu dakwaan Khalid Jaafar terhadap Nabi Muhamad SAW yang sama dengan DO Bukit Beruntung ?
Lee Ban Cheng sudah tentu memuji pemikiran Khalid Jaafar paling berani kerana sanggup memperlekehkan Nabi yang menjadi idola semua umat Islam. Pujian Bang
Cheng disusuli dengan petikan penulisan Khalid dalam Tumit Achilles;
“hanya yang berani akan membawa perubahan. Yang takut membuat pendirian jelas dan tidak memiliki keyakinan untuk menghujahkan pendiriannya akan dilupakan. Kehadirannya hanya untuk sementara, seperti buih-buih di atas air.” (ms. 21, Tumit Achilles)
Dalam pujian Bang Cheng kepada Khalid, dia merumuskan "Kekuatan keintelektualan beliau berpunca daripada pemujaan beliau terhadap fungsi akal, yang menurut beliau, sentiasa meneroka, tidak mahu dikongkong, senantiasa ingin melampaui perbatasan dan membuka daerah. Tambah beliau, akal sentiasa menyoal, tidak ada wibawa yang terlalu tinggi atau terlalu mulia yang menyebabkannya tunduk atau gementar"(ms. 40, Tumit Achilles)
Persoalan pemujaan kepada akal yang melampau sebenarnya sudah memenuhi piawaian penganut Islam Liberal seperti yang disebut sebelum ini.
Bang Ceng turut bersetuju dengan pendapat umum, bahawa Khalid sememangnya menyamakan Nabi Muhamad SAW dengan DO Bukit Beruntung. Kolumnis Malaysiakini itu menulis;
"Menurut KJ, yang ingin dijelaskan ialah sistem sosial zaman Nabi di Madinah jauh berbeza dengan sistem sosial di Bukit Beruntung sekarang umpamanya. Oleh itu, cara pemerintahan di Madinah 1400 tahun dahulu tidak boleh dijadikan model oleh DO Bukit Beruntung untuk menyelesaikan masalah-masalah sekarang yang serba baru dan sama sekali berlainan. Jadi, beliau berkesimpulan, kesilapan di kalangan aktivis Islam yang mahu menjadikan pemerintahan zaman Nabi sebagai model adalah satu kesalahan intelektual yang besar dan tidak diakuri Islam, kerana bila kita hendak menguruskan hal-ehwal negara yang serba baru sekarang, kita tidak perlu rujuk kepada Rasulullah s.a.w. kerana perkara-perkara itu tidak ada pada zaman Nabi"
Walaupun Khalid Jaafar kemudiannya menafikan dia menyamakan taraf Nabi SAW seperti DO Bukit Beruntung, tetapi pemahaman umum, termasuk Bang Cheng merumuskan
memang maksud Khalid memang tepat ke arah itu. Kalau tidak tepat, kenapa Khalid mengambil contoh Nabi Muhamad SAW dan dibandingkan dengan DO Bukit Beruntung
? Kenapa ambil contoh Nabi ? Kenapa tidak ambil contoh lain ?
Seterusnya Bang Cheng Menulis;
"Sekular yang difahamkan KJ tidak semestinya bertentangan dengan Islam atau anti-Islam dan juga tidak semestinya buruk. Oleh itu, beliau berpendapat mereka yang duduk di England, Amerika, dan Perancis tentu merasakan ia lebih selamat daripada duduk di Pakistan atau Iran, dan ramai pejuang Islam yang mencari perlindungan politik di negara sekular"
"Teori pembahagian bidang aqidah/peribadatan dengan bidang duniawi/manusia secara logik disusuli dengan teori pemisahan kuasa di antara yang mengurus agama dengan yang mengurus politik, iaitu yang mengurus agama, urus agama; manakala yang mengurus politik, urus politik"
Pertamanya Lee bang Cheng bersetuju akar pemikiran "Islam" adalah "Sekular", tetapi sekular yang bukan anti agama atau bertentangan dengan agama. Jadi apakah yang boleh ditakrifkan sebagai "Islam-Sekular" itu ? Islam Sekular sama dengan "Islam Liberal" ?
Selalunya sekular adalah ideologi barat yang bermaksud "pemisahan antara agama dan pemerintahan". Jadi Khalid maksudkan "sekular" yang mana ?
Sebenarnya tafsir Khalid berkenaan pengertian sekular tidak anti agama sama dengan penegasan Anwar semasa berucap di New York, 2005, dalam program NED.
Menurut Anwar, sekular tidak anti agama seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat. Apa maksud itu ?
Di Amerika, sekular didirikan atas dasar Kebebasan, termasuk kebebasan beragama. Semua rakyatnya diberikan kebebasan menganut agama atau tidak seperti yang digagaskan oleh Thomas Jefferson dan hak memilih agama adalah hak asasi manusia seperti yang digagaskan oleh John Locke dalam menakrifkan erti sekular dan liberalisme iaitu pembahagian antara hak individu dan hak pemerintah.
Adakah ini maksud Anwar dan Khalid ?
Berkenaan dengan hujah Khalid mengatakan tokoh-tokoh Islam kebanyakan lebih senang lari ke Barat berbanding dengan negara-negara Islam, kita perlu persoalkan, kenapa mereka perlu lari dari negara Islam ke negara Barat ?
Kenapa mereka perlu jadi pelarian, jika mereka tidak melakukan kesalahan di negara sendiri ?
Apakah tokoh-tokoh yang lari itu sebenarnya melakukan kesalahan terutamanya dalam mengembangkan aliran agama yang bertentangan dengan majoriti penduduk negara Islam itu ?
Memanglah, mereka akan lari ke Barat, kerana Barat mengamalkan sistem sekular dan kebebasan beragama. Pihak Barat tidak akan menganggu malah turut memberi tajaan kepada tokoh-tokoh islam yang sanggup menentang Islam sendiri.
Seterusnya Lee Bang Cheng menulis;
"Justeru itu, saya amat kagum, tidak semestinya setuju, dengan beberapa pendirian yang beliau ambil dan tegaskan secara terang-terangan melalui ucapan dan tulisan beliau, sungguhpun ia amat kontroversial dan mudah disalahfahamkan. Antara lain beliau telah menyokong penaklukan Iraq oleh tentera Amerika Syarikat dan sekutu-kutunya dan penggulingan diktator Iraq Saddam Hussein, dan membela kebebasan beragama sebagai hak asasi manusia"
Penegasan ayat di atas lebih menampakkan pemikiran sebenar Khalid. Pertama Lee Bang Cheng mengesahkan Khalid Jaafar adalah penyokong Amerika Syarikat termasuk menyokong penaklukan tentera Amerika yang diketuai oleh Paul Wolfowitz ke atas negara Islam, Iraq.
Seluruh dunia Islam mengutuk serangan Amerika ke atas Iraq itu, tetapi Khalid menyokongnya atas nama membela kebebasan beragama dan hak asasi manusia.
Maknanya pemikiran Islam-Sekular(yang tidak anti agama) adalah untuk mewujudkan "Negara yang bebas beragama"?
Khalid lebih jujur dan berterus terang dalam menyatakan sikapnya. Tetapi Anwar berbelit-belit dalam isu serangan ke atas Iraq. Di depan rakyat Amerika dan Paul Wolfowitz, Anwar menyatakan sokongan terhadap serangan ke atas Iraq atas nama demokrasi dan kebebasan beragama, tetapi di depan khalayak Islam di Malaysia, dia menafikan sokongan keatas serangan Amerika, sebaliknya menganggap Sadam Hussein sebagai penjenayah yang perlu dihapuskan. Apa makna itu ?
Cakap berbelit-belit inilah menyebabkan majalah The Economist menggelarkan Anwar sebagai "chameleon" (sesumpah). Klik di sini
Sila baca artikel penuh Lee bang Cheng, klik di sini
sumber - TaipingMali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan