MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

16 Sep 2009

Sumpah: Setahun Berlalu - Saiful Bukhari



Assalammualaikum wrbt,

Setelah lebih setahun saya tidak berkunjung ke Masjid Wilayah, dengan izin Allah pada hari Isnin, 14 September 2009, dapat juga saya merasakan nikmat menunaikan solat sunat terawikh di masjid, secara berjemaah untuk kali pertama bagi ramadhan tahun ini dan yang lepas.


Alhamdulillah, walaupun saya perlu mengambil risiko yang tinggi(keselamatan) untuk ke sana, namun syukur segalanya berjalan dengan lancar dan saya dapat menjalankan ibadah dengan khusyuk dan tenang.

Dugaan dan cabaran yang terpaksa saya tempuhi ini amat berat sekali. Bukan sahaja musuh yang perlu ditentang, malah 'musuh dalam selimut' juga. Ternyata, dengan ketenangan dan nikmat(solat terawikh berjemaah) yang diperolehi ini, akan dijadikan pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan ini.

Mengenai video diatas, ia sekadar satu 'flashback' setelah lebih setahun saya bersumpah di Masjid tersebut. Pada mereka yang sudah lama tidak bertemu atau melihat saya, bolehlah tonton video serta gambar-gambar yang dipaparkan. Pada mereka yang tidak putus2 mahu memfitnah kononnya saya sedang sakit tenat lagi pula, mohon beristigfar..

Diharap, pada ramadhan yang akan datang, saya dapat kembali menunaikan solat terawikh di Masjid tersebut tanpa memikirkan soal risiko lagi.

Kepada Allah saya bersyukur..

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

sumber - mohdsaifulbukhari

Tiada ulasan: