Ogos 19, 09 2:47pm
Bayaran zakat fitrah di Selangor bagi tahun ini naik kepada RM7 daripada RM5.20 tahun lepas.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohd Adzib Mohammad Isa berkata kenaikan kadar zakat fitrah itu dipengaruhi kenaikan harga beras di pasaran.
Mohd Adzib berkata seramai 2,435 amil dilantik untuk mengutip zakat fitrah di negeri itu dan pihaknya turut membuka kaunter di beberapa pusat membeli belah terpilih termasuk Centrepoint Klang, Giant Shah Alam, Pasaraya Mydin dan Jaya Jusco Bukit Raja, Klang, lapor Bernama.
Lembaga Zakat Selangor membuka 22 kaunter di seluruh negeri tujuh hari seminggu dari pukul 8.30 pagi hingga 4,30 petang untuk hari bekerja dan dari pukul 9 pagi hingga 3 petang untuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Bagi menyambut Aidilfitri, MAIS melalui Lembaga Zakat Selangor memperuntukkan hampir RM16 juta untuk diagihkan kepada 10,778 keluarga fakir dan 10,843 keluarga miskin di Selangor.
sumber - malaysiakini
2 ulasan:
ORG PR
Inilah menunjukan ekonomi kita belum pulih, harga beras masih mahal, kata 1malaysia rakyat didahulukan. patut2nya harga beras kerajaan boleh buat lagi murah, apa takut kroni sykt beras mati kebulur ke ?
bukannya kerana selangor diperintah oleh PR nyebabkan zakat fitrah lagi mahal.
zakat fitrah pun utk diagihkan kepada org miskin juga. mahal sikit tak apa, 700 kali ganda ganjaran Allah SWT berikan.
aslmkum.w.w.
Zakat & Fitrah.
setiap tahun sebelum menjelang syawal.
anak2 yatim disetiap kg2 & warga2 tua serta ibu2 tunggal dan keluarga miskin akan menerima bantuan, sumbangan serta zakat dari individu2 semasa era pemerintahan BN.
amat menyedihkan,
tahun lalu kebanyakan individu termasuk keluarga2 miskin mengeloh tidak ada ertinya syawal di tahun lalu.
Apa yg agak mengecewakan.
AJK2 PKR mewah dapat duit raya. tetapi dari siapa utk siapa.
dgn bangga mereka berkata bahawa ini sumbangan bukannya penyelewengan.
semoga terbuka hati mereka utk membantu yg memerlukan.
Catat Ulasan