MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Ogo 2009

TS Khalid bertegas akan guna dana Baitulmal

SHAH ALAM- Kerajaan Negeri akan meneruskan cadangan untuk menggunakan dana Baitulmal bagi menampung kos pentadbiran dan pembangunan di negeri ini sekiranya pihaknya tidak menerima sebarang peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya mempunyai dua pilihan untuk menyelesaikan isu mengenai peruntukan berkenaan.

“Kita masih mencari jalan supaya Kerajaan Persekutuan menyalurkan dana kewangan melalui Kerajaan Negeri.

"Jika sekiranya perkara itu berlaku (dana kewangan disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri), saya tidak akan meneruskan usaha yang lain lagi (cadangan untuk guna dana Baitulmal),” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, di sini, semalam.

Menurut Abdul Khalid, isu itu adalah urusan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Kita akan membawa satu pasukan untuk berjumpa dan memberi penerangan kepada menteri berkenaan mengenai ranca-ngan pembangunan serta dana kewangan yang diperlukan di negeri ini.

“Kita hanya ada dua pilihan iaitu ‘be friendly with Federal Government’ (berkawan dengan Kerajaan Persekutuan) ataupun mencari jalan penyelesaian sendiri bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya masih lagi menunggu kertas kerja daripada pihak berkenaan berhubung isu tersebut.

“Saya masih tunggu ‘paperwork’ daripada rakan di Pusat Pengajian Islam di Universiti Oxford yang membuat kajian mengenai perkara ini sama ada ia boleh diguna pakai di sini atau sebaliknya,” katanya.

sumber - sinar


5 ulasan:

EM berkata...

MB gila babi. Dah muka mcm babi.. perangai pun mcm babi gak. dah pandai sangat mentadbir kenapa tunggu dana K.persekutuan??? dah habis korang sapu duit kjaan negeri nak guna duit baitulmal pulak??? Minta2 Sultan buang negeri jer babi sekoq ni. Biar dia pi sondol kawan2 babi dia yang len pulak.

Pedang Bertuah berkata...

Dear all,
Mana ler kerajaan negeri nak cukup duit? Separuh kena songlap gengster DAP, separuh masuk kantung masing-masing dalam bentuk elaun. Celah-celah tu plak, sponsor YB Eli 'Kangkang' cuti rehat bergaji (konon nyer mententeramkan diri isu bogel), tu tak kira kes TBH lagi, berapa banyak kerajaan negeri sponsor, mengalahkan mati berperang untuk negara!
Lain-lain pulak simpan nak belanja black 14 lar, himpunan 100 ribu la, GMI la, semua aktiviti2 tak berfaedah yang menelan duit rakyat ler apa lagi?

Bikini Girl berkata...

kata MB

“Saya masih tunggu ‘paperwork’ daripada rakan di Pusat Pengajian Islam di Universiti Oxford yang membuat kajian mengenai perkara ini sama ada ia boleh diguna pakai di sini atau sebaliknya,” katanya.

kenapa mesti buat rujukkan ke negara barat (kristian)?? kenapa tidak di buat rujukkan ke mesir ka, arab saudi ka, jordan ka, pakistaan ka ataupun negara-negara islam yang lain?? sebabnya kalau minta nasihat dari negara islam dia orang akan bagi nasihat secara islam (tak boleh guna kecuali untuk asnaf yang 8. minta nasihat kat barat dia orang mesti kata boleh tak salah pun.

Mohd berkata...

Selangor negeri yg kaya tuh pun dah takder duit ke sampai nak pakai duit zakat?

Dalam banyak2 negeri, duit kerajaan negeri selangor habis dulu. mcm mana? nak habiskan duit zakat.. nak habis kan duit kerajaan pusat.

kalau dah kaki perabis tuh perabis jugak toksah ckp org lain.

PATUT LA AHLI PKR SENDIRI PUN MINTAK ROMBAK EXCO NEGERI SELANGOR. GUGURKAN KHALID SEBAGAI MENTERI BESAR.

Saya Rakyat Malaysia berkata...

Duit zakat tu, hak anak-anak yatim, hak ibu tunggal, hak orang miskin. Apakah hukumnya Khalid ambil duit ini? Wallahualam. Syurga bukan tempat orang UMNO, kata TGNA. Bagaimana pula PKR?

Khalid ugut Kerajaan Persekutuan? So, kalau Kerajaan Persekutuan tak bagi, Kerajaan Persekutuanlah punca dia menggunakan dana baitulmal?

Keluar mulut rimau, masuk mulut buaya. Kalau dulu penduduk Selangor kena gigit, la ni dah kena telan terus.