MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Ogo 2009

Penyelewengan projek : Wong Chuan How disiasat tiga jam

PUTRAJAYA: Pembantu khas Ronnie Liu, Wong Chuan How disiasat hampir tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi membantu siasatan berhubung salahguna peruntukan kerajaan negeri.

Menurut peguam Cha Kee Chin yang ditemui di luar pejabat SPRM, rakaman keterangan itu akan disambung pada sebelah petang.

Jelasnya keterangan Wong dirakamkan oleh seorang pegawai SPRM yang berbahasa Mandarin.

"Pegawai itu didatangkan khas dari SPRM Ipoh, kami empat orang peguam yang mewakili Wong tidak dibenarkan bersama semasa keterangan dirakamkan," kata Cha.

Tambah Cha, Wong disiasat di bawah Seksyen 18 dan 23 Akta SPRM.

Katanya keterangan Wong mula dirakamkan pada pukul 11.30 pagi dan akan bersambung pada sebelah petang.

Selain Cha, tiga lagi peguam yang mewakili Wong ialah John Fernandez serta dua peguam yang dilantik kerajaan negeri iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusii dan Imran Hazali Abdul Hamid.

BERITA TERDAHULU

PA Exco Selangor hadir di SPRM dengan bertongkat

PUTRAJAYA: Pembantu khas seorang Exco Selangor, Wong Chuan How hari ini hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, bagi membantu siasatan berhubung salah guna peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan 235 projek bernilai hampir RM500,000.

Beliau yang mengalami kecederaan di kaki tiba di pejabat SPRM pada pukul 8.45 pagi dengan bertongkat.

Turut bersama beliau adalah peguamnya, John Fernandez dan Cha Kee Chin.

Baru-baru ini, Wong yang merupakan pembantu khas kepada Exco Kerajaan Tempatan ,Penyelidikan dan Pembangunan Selangor, Ronnie Liu ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung salah guna peruntukan kerajaan negeri.

sumber - mstar


Tiada ulasan: