MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Ogo 2009

Tohmahan Dalam Surat Layang, Tiada Bukti SPRM Terlibat

SHAH ALAM, 24 Ogos - Tiada bukti bagi menyokong semua tohmahan mengenai pembabitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock, prosiding inkues diberitahu pada Isnin.

Ini berikutan hasil siasatan lanjut oleh pihak polis mendapati, tiada keterangan bagi menyokong kebenaran lima tohmahan seperti yang ditulis dalam sepucuk surat layang, yang diterima peguam keluarga si mati Rabu lepas.

Laporan itu dikemukakan peguam Tan Hock Chuan, bagi pihak kerajaan, selepas diarahkan berbuat demikian oleh koroner Azmil Muntapha Abas, Rabu lalu.

Dalam surat itu, Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah dikatakan memberi arahan kepada pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi siasatan supaya tidak melibatkan beliau dalam kes kematian Teoh.

"Polis telah merekodkan percakapan daripada saksi-saksi relevan dan mendapati tiada keterangan untuk membuktikan tohmahan ini," kata Tan.

Surat bertarikh 5 Ogos 2009 dan tidak ditandatangani itu juga turut mendakwa bahawa Timbalan Pengarah SPRM Sealngor telah menggunakan teknik soal siasat tersendiri, bagaimanapun teknik tersebut tidak didedahkan oleh Tan dalam laporannya kepada mahkamah.

"Polis juga telah membuat siasatan mengenai dakwaan ini dan mendapati tiada keterangan untuk membuktikan kebenarannya," kata Tan.

Tohmahan ketiga yang ditulis dalam surat itu membabitkan dakwaan bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah memberikan sampel DNA beliau di biliknya sendiri, dan bukan di bilik mesyuarat seperti yang dilakukan oleh pegawai SPRM yang lain.

Tan menjelaskan dakwaan ini tidak benar dan berkata: "Mengikut pakar saintis Dr Seah Lay Hong, dakwaan ini tidak benar kerana beliau sendiri hadir ketika semua pegawai SPRM terlibat memberikan sampel DNA."

Tan kemudian memberitahu mahkamah sampel DNA 12 pegawai SPRM, termasuk Timbalan Pengarah SPRM Selangor, telah diambil sekali lagi pada Rabu lepas dan hasil ujian menunjukkan sampel DNA tersebut adalah tidak sepadan dengan DNA misteri yang dijumpai pada belakang kot dan tali pinggang yang dipakai si mati pada hari kejadian.

Tan seterusnya memberitahu hasil siasatan lanjut pihak polis mendapati tiada bukti yang menyokong dakwaan bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah mengarahkan pegawai bawahannya untuk mengelap kesan cap jari pada tingkap di mana si mati dipercayai terjatuh.

"Berhubung tohmahan ini, tuan koroner seharusnya menimbangkan keterangan saksi forensik polis Cif Inspektor Mazli Jusoh bahawa terdapat kesan cap jari tetapi ia tidak cukup sifat untuk dianalisis.

"Sedangkan tohmahan dalam surat ini mengatakan bahawa tiada kesan cap jari langsung telah ditemui pada tingkap itu," kata Tan.

Surat itu juga mendakwa bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor tidak mengetik kad perakam waktu ketika keluar dari pejabatnya pada hari kejadian, iaitu 16 Julai lalu.

Tan yang mengakui perkara ini memberitahu Timbalan Pengarah SPRM Selangor memang tidak mengetik kad perakam waktu beliau berdasarkan rekod pada kad itu yang diambil pihak polis.

Bagaimanapun, beliau meminta mahkamah supaya mengambil kira pita rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan bahawa Timbalan Pengarah itu telah keluar dari pejabatnya pada pukul 6.26 pagi, 16 Julai 2009.

"Selain daripada lima tohmahan ini, yang lain adalah di luar skop inkues dan saya tidak akan membuat sebarang komen mengenainya," kata Tan.

Pada prosiding Rabu lalu, peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo telah membuat permohonan kepada mahkamah supaya siasatan lanjut dijalankan pihak polis berhubung kandungan surat itu, yang diterimanya di bangunan mahkamah di sini, pada lewat petang 17 Ogos lalu.

Dalam prosiding hari ini, Gobind telah meminta supaya surat tersebut ditandakan sebagai ekshibit (bahan bukti) dalam kes itu, bagaimanapun ia dibantah oleh Tan dan peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa.

Abdul Razak berkata tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan surat layang seumpama itu diterima sebagai ekshibit dan menegaskan supaya mahkamah tidak terpengaruh dengan sesuatu perkara yang tidak diakui ketulenannya.

Koroner kemudian memerintahkan supaya surat itu tidak ditanda dahulu sebagai ekshibit sebaliknya disimpan dalam fail mahkamah.

Beliau juga membenarkan Gobind untuk menyoal balas saksi-saksi SPRM berhubung dakwaan dalam surat itu apabila mereka memberikan keterangan di mahkamah nanti.

sumber - bernama


2 ulasan:

AnTi AljUbuRi berkata...

Apa lagi helah untuk menyalahkan SPRM??? Atau mahu terus menyalahkan polis kerana tidak memihak kepada mereka???

Apakah al juburi tidak mahu mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kejadian ini???

Ada bontot yang semakin panas!!! Kita lihat siapa yang kena ...

Unknown berkata...

surat misteri yg diperolehi gobind sink dari lelaki yg juga misteri.

ntah dari mana asal usul, lepas tuh bawak masuk mahkamah. nampak sangat percubaan putar memutar fakta.

kalau btol surat tu soheh kebenarannya.. kenapa siap nak sorok siapa yg bagi @ darimana dia dapat?

type sendiri ke?