Oleh Selangordaily
Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan arahan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim membayar segera hutang RM66.67 juta kepada Bank Islam untuk pinjaman membeli saham Guthrie Corporation Berhad.
Suatu yang disedari dari laporan berita ini adalah peguam yang secara peribadi mewakili Khalid Ibrahim adalah Malik Imtiaz.
Bukankah Malik Imtiaz salah seorang peguam yang mewakili kerajaan Selangor dalam Inkues berhubung dengan kes kematian mengejut Teoh Beng Hock?
Keadaan ini adalah sangat pelik.
Cara yang diamalkan Barisan Nasional adalah mengasingkan peguam untuk urusan peribadi kepada pemimpin dengan peguam untuk urusan kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri atau parti.
Dengan memilih Malik Imtiaz, apa akan jadi jika timbul situasi yang mengaitkan Menteri Besar dalam kes Teoh Beng Hock? Apa pula jika ada situasi lain yang berbeza antara kepentingan Menteri Besar dan kepentingan negeri?
Sebagai mewakili kerajaan Selangor dan Menteri Besar secara peribadi, kepentingan yang mana akan Malik utamakan? Kepentingan Khalid atau kepentingan kerajaan negeri?
Perkara sebegini ini adalah sesuatu yang asas. Adakah begitu naif dan bodoh sekali Khalid hingga tidak boleh memahami isu “conflict of interest”?
Mungkin perkara sedemikian adalah amalan biasa dunia korporat dan Khalid ingin perkenalkan amalan ini kepada amalan pentadbiran kerajaan negeri.
Dengan Malik Imtiaz mewakili Menteri Bersar secara peribadi dan juga kerajaan negeri, ini jelas sekali satu konflik kepentingan antara kepentingan negeri Selangor dan kepentingan peribadi Menteri Besar Selangor. Ia boleh membawa masaalah jika ada pertentangan kepentingan.
Selain itu, ia juga boleh dicurigai seolah-olah Menteri Besar telah campurtangan dengan urusan Penasihat Undang-Undang Negeri dengan mengarahkan supaya peguam peribadinya diambil untuk memberi perkhidmatan kepada kerajaan.
Adakah Khalid membayar yuran guamnya kepada Malik? Atau pun, adakah Khalid mendapat perkhidmatan FOC tetapi kerajaan Selangor akan membayar yuran sepenuh tanpa diskaun yang sungguh lumayan kepada Malik?
Silalah jawab dan terangkan, Khalid. Kamu yang asyik bising-bising pasal orang lain rasuah. Rupanya tindak tanduk asas pun dicurigai dan "conflict of interest."
sumber - selangordaily
3 ulasan:
Kita akan menhadapi satu lagi PRK di Permatang Pasir, pastikan UMNO akan kecundang lagi sekali. Sebenarnya pemimpin UMNO tahu dan sedar mereka tiada harapan untuk menang di Permatang Pasir atau di mana2 juga bila diadakan PRK.
Itu sebab mereka letak seorang calun yang ada masaalah. Ini akan mereka jadikan alasan nanti. "UMNO kalah kerana salah pilih calun".
Jawab Khalid jangan tak jawab ... sambil itu hutang 66.67 juta jangan lupa nak bayar...jangan pula bayar dengan wang zakat!!!
Atau sudah rasa tertipu?? Ingatkan Sept 16 bakal menjadi kenyataan, rupanya anu war al juburi menyemai angin dan Khlaid Flinstone menuai badai ... kah kah kah !!! Musnahlah segala harapan dan hanguslah segala pelaburan !!!! Ya beda bedooooooooo
dulu Nak beli saham takder duit. Loan dekat bank dulu.
sekarang bila sudah jadi MB?
Catat Ulasan