MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Ogo 2009

Teoh minta air pukul 4.45 pagi

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Prosiding inkues kes kematian Teoh Beng Hock pagi ini dimaklumkan bahawa mendiang masih berada di ruang tamu siasatan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sehingga pukul 4.45 pagi hari dia ditemui mati.

Perkara ini dimaklumkan oleh saksi yang ke-19, Penolong Penguasa SPRM Mohd. Ashraf Mohd. Yunus semasa memberi keterangan hari ini.

Jelas Mohd. Ashraf, beliau nampak Teoh baring di sofa kira-kira pukul 4.45 pagi hari kejadian sewaktu beliau keluar dari biliknya.

Menurut Mohd. Ashraf, mendiang juga ada meminta air daripadanya semasa beliau hendak keluar pejabat.

"Pada pukul lebih kurang 4.45 pagi saya nampah Teoh sedang berbaring di sofa ruang tamu siasatan... dia baring tapi tak tidur.

"Bila saya buka pintu bilik beliau baru perasan saya keluar, kemudian beliau minta air daripada saya," katanya dan memaklumkan bahawa beliau masuk ke biliknya kira-kira pukul 1 pagi selepas selesai sesi soal siasat bersama Teoh.

Pada mulanya Mohd Asharaf memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak pernah keluar dari biliknya selepas itu melainkan sewaktu beliau ingin pulang ke rumah kira-kira pukul 4.45 pagi.

Rakaman kamera litar tertup (CCTV) juga menunjukkan bahawa Mohd Ashraf keluar dari bangunan Plaza Masalam kira-kira pukul 5.12 pagi.

Bagaimanapun peguam yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo semasa mengemukakan solan balas terhadap Mohd Ashraf sekali lagi ingin mendapatkan kepastian sama ada beliau pernah keluar dari biliknya lebih awal dari pukul 4.45 pagi.

Mohd Ashraf dengan yakin menyatakan bahawa beliau langsung tidak pernah keluar dari biliknya itu sehinggalah waktu berkenaan.

Gobind: "Kamu kata kamu keluar pada pukul 5 pagi?"

Mohd Ashraf bersetuju dengan kenyataan itu.

Gobind terus mendapatkan kepastian Mohd Ashraf sama ada beliau sememangnya pernah keluar lebih awal iaitu pada pukul 2.50 pagi.

Mohd Asharaf: "Tidak."

Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Gobind kemudiannya menunjukkan gambar daripada rakaman CCTV plaza itu yang menunjukkan Mohd Ashraf pernah berada di lobi plaza pada pukul 2.50 pagi hari berkenaan.

"Oh saya lupa, saya ada turun untuk mengambil surat khabar," kata Mohd Ashraf namun menafikan beliau keluar meninggalkan bangunan plaza.

Gobind kemudiannya mencadangkan kepada Mohd Ashraf bahawa beliau masih berada di pejabat sehingga pukul 5 pagi sedangkan kerjanya untuk menyoal siasat mendiang Teoh telah berakhir kira-kira pukul 12.40 tengah malam adalah kerana beliau terlibat mendera si mati.

Sebelum Mohd Ashraf sempat memberikan jawapan, peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa bangun membantah tuduhan yang dilemparkan Gobind itu.

"Tuan koroner, kenapa perlu buat andaian ataupun tuduhan, sedangkan kita tahu hasil bedah siasat menunjukkan si mati tidak mengalami kecederaan akibat dipukul," kata Abdul Razak.

Gobind kemudian mengajuakan soalan lain dengan kepada Mohd Ashraf.

"Kamu berada di pejabat... kamu tahu apa yang berlaku antara pukul 12 hingga pukul 5 pagi?" soal Gobind.

Mohd Ashraf: "Saya tak tahu."

Gobind: "Kamu ada dengar dia menjerit atau suara orang bergaduh?"

Mohd Ashraf memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mendengar sebarang bunyi bising.

Mendengar jawapan tersebut Gobind naik berang dengan bertanya siapa antara beliau dan seoarang lagi pegawai SPRM, Bulkani Paharuddin yang berbohong dengan memberitahu mahkamah bahawa terdengar suara Teoh dan Anggota Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah bertengkar di dalam tandas.

"Siapa yang berbohong kamu atau Bulkani, (Mohd) Anuar (Ismail) beritahu bahawa Bulkani beritahu dia yang terdengar Teoh bergaduh...siapa yang cakap bohong?" soal Gobind dengan tegas.

Tindakan Gobind itu memaksa Abdul Razak sekali lagi bangun membantah kepada Koroner Azmil Muntapha Abas.

"Apa ini? Bulkani belum pun dipanggil sebagai saksi, kenapa nak tuduh saksi ini?

"Lagipun itu keterangan Mohd Anuar yang beliau dengar daripada Bulkani," kata Abdul Razak.

sumber - mstar


2 ulasan:

eXception berkata...

Gobind cuba mempolitikkan mahkamah

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Unknown berkata...

Gobind mmg la keling paria kaki putaq

Invoice salah guna kuasa TEO dia tidak dibenarkan masuk mahkamah. Tapi surat layang dari sumber yg tidak diketahui dia bawak masuk mahkamah. ntah hape2