Koroner nasihat ulasan dibuat ikut fakta
SHAH ALAM: Koroner Azmil Muntapha Abas, yang mengendalikan prosiding inkues berkaitan kematian setiausaha politik Teoh Beng Hock hari ini menasihati semua pihak supaya membuat ulasan berdasarkan kebenaran dan fakta.
Azmil berkata, apa yang berlaku di luar mahkamah bukan bidang kuasanya dan beliau tidak boleh menyekat sesiapa termasuk media daripada membuat ulasan tetapi beliau berharap ulasan itu dibuat berdasarkan apa yang didengar di dalam mahkamah sahaja.
"Semua percakapan dan soalan yang dikemukakan terhadap saksi telah direkodkan. Orang ramai boleh tengok. Mahkamah tidak boleh halang orang membuat komen begitu juga dengan wartawan tetapi pada saya keterangan di dalam mahkamah ini akan diambil kira.
"Apa yang terjadi di luar itu (luar mahkamah) bukan kewalan kita tetapi yang membuat komen biarlah berdasarkan fakta," katanya pada prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh yang masuk hari ke-17, di Mahkamah Koroner di sini.
Azmil membuat teguran itu apabila peguam pemerhati Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa memohon supaya mahkamah tidak membenarkan ahli-ahli politik mensensasikan kes itu dengan membuat sidang media di luar mahkamah.
sumber - mstar
1 ulasan:
Kadang kadang aku tengok dah semakin pelik puak hakim dan majistrate ni ..
Mereka yang sepatutnya berlaku adil dalam membuat keputusan seolah oleh membaruakan diri kepada 'penjenayah' ..
"Azmil berkata, apa yang berlaku di luar mahkamah bukan bidang kuasanya dan beliau tidak boleh menyekat sesiapa termasuk media daripada membuat ulasan tetapi beliau berharap ulasan itu dibuat berdasarkan apa yang didengar di dalam mahkamah sahaja."
Apa punya majistrate cakap macam ni? kuasanya hanya dalam mahkamah? urusan luar banguanan mahkamah dia tak ada kuasa? Biol ker apa?? Dia tak tahu ker dia duduk di dalam mahkamah itu untuk menyelesaikan apa yang berlaku di luar mahkamah !!??
Dia seorang majistrate yg dilantik menjadi koroner untuk menyiasat punya kematian TBH sepatutnya menampakkan ketelusan.
Beberapa hari dulu, ada surat layang, melalui peguam Gobind. Dia tangguh prosiding, suruh polis siasat dulu surat itu, pasal ada sebut 'something' yang berkaitan rapat dengan inkues. Fair, wajar di siasat kerana kononnya ada Pegawai Tinggi kononnya tak bagi DNA secara terbuka dan beberapa isu yang ada kaitan rapat dengan YBH. Tapi bila pihak Pendakwaraya, minta surat itu tidak dijadikan sebaran awam, majistrate/koroner menolak kononnya dia tak ada kuasa menghalang kalau orang nak cetak dan sebar??!!
Surat layang, memalui gobind bagi kat dia, dia tak boleh buat apa apa?? Apa salahnya kalau dia keluarkan arahan supaya isi kandungan surat itu dianggap sulit sehingga pihak polis menjalankan siasatannya? Itukan surat layang yang dibawa masuk secara bertulis/bersampul... bukannya tersiar dalam media cetak/eletronik, sedangkan isinya ada 'tuduhan' dan 'tomahan' yang belum dipastikan kebenaran dan kesahihannya?? Apakah bila dia berdepan dengan keadaan seperti ini, dia tidak bertindak menyekat penyebarannya sehingga siasatan selelsai?? Boleh dibiarkan fitnah itu memenuhi ruang maya? ituklah peranan 'keadilan'??? Akhirnya terbukti surat layan itu tidak berasas dan tuduhan itu tidak terbukti.. Tapi apa kesannya dalam masyarakat?? Fitnah sudah tersebar!! tomahan diberi ruang untuk berlegar, nama menjadi buruk, maruah menjadi cemar, kewibawaan tercabar ... siang malam orang mengutuk, menghina, mencerca SPRM sehingga habis segala perkataan yang busuk dan lucah serta sumpah seranah .. akhirnya?? terbukti surat layang itu tidak benar!! natijah nama SPRM semakin runtuh dan hampir ranap!!
Hari ini timbul tuduhan menggunakan kekerasan semasa menjalankan siasatan. Azmil boleh memberi ruang kepada Gobind untuk 'membicarakan' salah seorang Pegawai SPRM yang didakwa melakukan/menggunakan kekerasan dalam melakukan siasatan??? Repot Tan masih dalam siasatan polis, tapi pegawai SPRM itu sudah disuruh merujuk kepada peguam, seolah oleh dia sekarang sedang dibicarakan.... apakah sehingga sekarang ada bukti kekerasan ke atas mayat TBH??.. bagaimana tiba tibu timbul pula isu kekerasan?? dan apa relevennya dengan mayat TBH yang tidak terdapat sebarang tanda pergelutan/pertahanan diri/kekarasan???
Apa yang tersirat dari kehendak Gobind dan kelulusan dari Azmil????
Bukankah di sana satuy Suruhanjaya Diraja sedang menunggu inques diselesaikan, untuk mereka menjalankan siasatan tentang tatacara siasatan SPRM dan semua yang berkaitan???
Mengapa Azmil seolah olah menampakkan dirinya sebagai seorang yang memihak?? Memihak kepada pembangkang!!!
Catat Ulasan