MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Ogo 2009

Permohonan Anwar gugurkan pasukan pendakwa kes liwat disambung 3 September

KUALA LUMPUR, 28 Ogos - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini menetapkan 3 Sept untuk menyambung hujahan peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung permohonannya bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk melucutkan kelayakan seluruh pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya.


Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya pada Jumaat selepas mendengar hujah permulaan peguam Anwar, R.Sivarasa.

Bercakap kepada pemberita, Sivarasa berkata hujah yang dikemukakan lebih bersifat teknikal dan merit berhubung permohonan itu.

"Kami juga memberikan alasan kenapa pihak pembelaan meminta seluruh pasukan pendakwaan dilucutkan kelayakan mereka," kata Sivarasa.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan See Mee Chun berkata beliau akan memaklumkan Pejabat Peguam Negara untuk mengemukakan bantahan awal berhubung permohonan tersebut.

Pada 11 Ogos lepas, Anwar memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan seluruh pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya, menyatakan "wujud bahaya sebenar bagi berat sebelah" sebagai satu daripada alasannya.

Beliau menamakan Peguam Cara I Datuk Idrus Harun, Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, para Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin, Pendakwa Raya dan Kerajaan sebagai responden.

Anwar menyatakan tindakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang menandatangani sijil Seksyen 418A, jelas menunjukkan hakikat yang beliau adalah orang yang bertanggungjawab bagi keadaan "main tarik tali dan manipulasi oleh pihak pendakwaan mengikut kehendaknya."

Antara lain, beliau memohon diisytiharkan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwatnya tidak layak untuk mewakili Pendakwa Raya dan/atau menjalankan prosiding atau rayuan terhadapnya.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Mahkamah Tinggi menetapkan 2 Sept bagi sebutan perbicaraan kes liwat itu.

sumber - bernama

1 ulasan:

pkr simata satu berkata...

Mamat putar alam ini sentiasa mencari lompang2 teknikal untuk melepaskan diri.Perhatikan bagaimana dia terlepas dari tuduhan liwat kali pertama juga atas sebab 'kesilapan' teknikal bukan sebab dia didapati tidak bersalah.

Keengganan dia untuk bersumpah laknat juga dicari alasan teknikal supaya dia tidak perlu bersumpah.

Ini memang tabiat semulajadinya,sentiasa menggunakan madah berhelah dalam semua perkara,tapi malangnya masih ramai lagi yg mudah2 terpedaya dengan kepetahan dan kelicikannya menipu dan memutarbelit.Mungkin mereka ini dikalangan orang2 yang berjiwa lembut dan lemah-gemalai agaknya mudah termakan dgn bujukan dan pujuk-rayu.Ceh