MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Ogo 2009

Teoh Masih Hidup Sekitar Pukul 6 Pagi, Kata Pegawai SPRM

SHAH ALAM, 24 Ogos (Bernama) -- Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada anggota exco Selangor dilihat masih hidup sekitar pukul 6.00 pagi pada hari beliau dijumpai mati iaitu 16 Julai lepas.

Mendiang dilihat sedang tidur di atas sofa di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Selangor di Plaza Masalam pada waktu itu oleh seorang pegawai suruhanjaya itu Raymond Nion anak John Timban, kata pemangku Penguasa Kanan SPRM cawangan Selangor Mohd Anuar Ismail di Mahkamah Koroner di sini Isnin.

Mohd Anuar, 32, berkata pada pukul 5 pagi pada hari yang sama Teoh telah meminta Mohd Ashraf Mohd Yunus, seorang pegawai SPRM, mengambilkan air minuman untuknya.

Beliau berkata kesemua maklumat itu dimaklumkan kepadanya selepas kematian Teoh pada 16 Julai lalu, bagaimanapun beliau tidak mengetahui sama ada pegawai itu ada bercakap dengan Teoh.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan dakwaan salahguna wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Ketika disoal peguam yang mewakili pihak kerajaan Tan Hock Chuan, sama ada Mohd Anuar sendiri ada melihat, bercakap dan berjumpa dengan Teoh dari pukul 5 pagi hingga 8.30 pagi pada 16 Julai itu, beliau berkata: "Tidak". "Saya ada terjumpa beg Teoh berdekatan sofa.

Ketika itu pukul 9 pagi (16 Julai). Saya ambil beg Teoh dan letakkan di dalam bilik saya. Kemudiannya saya bertanya pada Hairul Ilham Hamzah (pegawai SPRM) kenapa beg itu berada di situ dan kami kemudiannya bersama-sama berpusing mencari Teoh di bahagian sofa yang terdapat di pejabat.

"Saya tidak jumpa Teoh pada waktu itu," kata Mohd Anuar yang merupakan saksi ke-16 dalam prosiding kematian Teoh itu.

Katanya hanya kira-kira pukul 2 petang beliau bertemu mayat Teoh yang dijumpai di tingkat 5 bangunan tersebut.

Mohd Anuar berkata Teoh merupakan saksi utama SPRM dalam penyiasatan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Selangor. Sebagai saksi utama dan bukannya orang yang disyaki, Teoh tidak ditahan dan mendiang dibenarkan pulang selepas selesai siasatan pada pukul 3.45 pagi, kata Mohd Anuar.

"Saya beri arahan pada Mohd Nadzri Ibrahim (pegawai penyiasat SPRM) supaya Teoh pulang dan seterusnya membawa dokumen berkaitan.

"Selepas saya beri arahan itu, dalam tempoh 10 minit Mohd Nadzri datang sekali lagi pada saya dan memaklumkan Teoh ingin berehat," katanya yang pada masa itu berada di surau untuk berehat sehingga pukul 5 pagi.

Tambahnya, sepanjang siasatan tiada sebarang kekerasan dan ugutan digunakan terhadap Teoh.

Mengenai reaksi Teoh sepanjang ditemuduga oleh dua pegawai SPRM (Arman Alies dan Mohd Ashraf Mohd Yunus), Mohd Anuar berkata kedua-dua pegawai itu memaklumkan kepadanya bahawa Teoh tidak dapat menjawap beberapa soalan berkaitan dokumen yang diperoleh daripada komputer milik Teoh.

Katanya, Mohd Nadzri memaklumkan kepadanya bahawa Teoh memberi kerjasama ketika rakaman percakapan beramarannya diambil.

Mohd Anuar juga mengaku beliau sentiasa berada di pejabat malah sejak 16 Julai lepas beliau tidak pulang ke rumah selama tiga hari dan kenyataannya itu mengejutkan mahkamah.

Ketika ditanya Tan mengapa beliau tidak pulang selepas waktu pejabat, Mohd Anuar berkata: "Itu biasa. Amalan biasa."

Mohd Anuar juga turut disoal mengenai ketiadaan sebarang catitan dalam buku harian miliknya pada 15 dan 16 Julai lalu dan berkata: "Ia buku harian yang membolehkan pegawai SPRM membuat tuntutan kerja lebih masa. Ia bukan diari siasatan.

"Saya tidak ada guna kereta sendiri pada tarikh itu untuk membuat tuntutan dan saya juga tidak boleh tuntut elaun lebih masa," jelasnya.

Prosiding di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas disambung esok.

Mohd Anuar akan disoal balas peguam yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo serta pihak-pihak yang terlibat dalam inkues.

sumber - bernama


Tiada ulasan: