MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Ogo 2009

RM66 juta..banyak tuuu..

Oleh Hambali Abdul Latif

Untuk makluman sahaja. Tidak berani komen. Ini urusan peribadi seseorang.

Mungkin orang lain pun ada kes serupa.

Oleh kerana keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu membabitkan tokoh politik, ia menjadi suatu perkara yang menjadi minat dan tarikan umum.

Mahkamah berkenaan hari ini memerintahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membayar RM66 juta (AS$18.521 juta) kepada Bank Islam bagi pinjaman yang diambilnya pada tahun 2001 untuk membeli saham Guthrie Bhd.


Ia merupakan penghakiman ringkas (penghakiman yang dibuat tanpa perkara itu didengar dalam perbicaraan penuh) oleh Hakim Rohana Yusof dalam kamarnya.
Beliau bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman tersebut, sementara menunggu rayuan dibuat.

Ini bermakna Khalid tidak perlu membayar segera jumlah tersebut sehinggalah selesai semua proses rayuan.

Peguam Malik Imtiar Sarwar yang mewakili Khalid berkata, rayuan akan difailkan kerana beliau merasakan perkara itu harus didengar dalam perbicaraan penuh.

"Kita akan fail permohonan untuk penangguhan hukuman awal minggu depan," katanya.

Bank Islam diwakili oleh peguam Tommy Thomas. Bank menyaman Khalid pada 27 Mei 2007 kerana didakwa melanggar kontraknya kerana gagal membayar balik pinjaman AS$18.521 juta.
Rohana juga menetapkan 16 September untuk sebutan permohonan penangguhan hukuman serta untuk menetapkan tarikh bagi dakwaan balas Khalid.

Khalid telah memfailkan saman balas terhadap bank tersebut pada 18 Mei 2008.

sumber - hambali1

1 ulasan:

Unknown berkata...

Khalid failkan saman balas terhadap bank islam atas alasan 'contract is null & void"

masa amik duit dulu takde pulak nak teliti dokumen kata kontrak null & void. Bile time bayar mcm2 pulak keluar. itu tak btol ini tak btol. ader jek nak korner.

Tapi kan amik loan 66million utk beli saham. Berapa pulak dia harap utk dapat pulangan balik yer? mesti ratus2 juta tuh.. makan sampai ke anak cucu tak habis. kaya kaya