MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Ogo 2009

Selangor terus bergolak....PAS desak Ronnie Liu digugur Exco



Lepas satu, satu kemelut politik negeri Selangor. Bermula dengan dakwaan wujudnya rangkaian samseng dengan Exco kerajaan negeri itu, kemudian Naib Presiden PKR Azmin Ali mendesak agar rombakan dibuat terhadap barisan Exco Selangor, muncul pula kes-kes penyelewengan peruntukan wakil rakyat di kalangan Exco dan ADUN.


Terbaru, sekutu parti yang membentuk kerajaan campuran di negeri berkenaan, PAS membuat desakan terbuka agar Exco Kerajaan Tempatan , Penyelidikan dan Pembangunan, Ronnie Liu digugurkan daripada barisan Exco negeri.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali dalam kenyataanya hari Selasa mahu Ronnie digugurkan kerana banyak tindakan beliau menimbulkan masalah kepada masyarakat umum.

Malah secara khusus, Dr Hassan berkata, Ronnie juga sering campur tangan urusan pihak berkuasa tempatan.

Kenyataan terbuka PAS itu berpunca daripada tindakan Ronnie mengarahkan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang jaya (MPSJ) memulangkan minuman keras yang dirampas daripada peniaga yang melanggar peraturan.

Ini bukan serangan pertama terhadap Ronnie kerana sebelum ini beliau dikaitkan dengan kumpulan samseng hingga ada yang mendakwa pejabatnya turut dijadikan tempat pertemuan dengan kumpulan-kumpulan samseng tertentu.

Ronnie sendiri mengakui sebelum ini memang ada usaha dari dalam DAP dan pakatan pembangkang sendiri untuk menjatuhkan beliau.

Untuk rekod, Ronnie kini mempunyai kes di mahkamah kerana didakwa menghalang penjawat awam dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Subang Jaya pada tahun 2007.

Sejak era reformasi pada tahun 1998, Ronnie adalah kalangan pemimpin DAP yang dilihat memainkan peranan penting dalam DAP menjalinkan hubungan dengan Parti Keadilan Nasional yang kini dikenali Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah beliau sering terlibat dengan ‘usaha belakang tabir’ antara DAP dan PKR.

sumber - agendadaily


Tiada ulasan: