Oleh Pochongmenulis, AIDCclub
Apabila Anwar Ibrahim Ketua umum PKR menghadiri majlis yang diadakan khas untuk kematian Teoh Beng Hock dan menganguk-angukkan kepala sama seperti yang dilakukan penganut agama lain, hampir semua masyarakat islam di Malaysia terkejut dengan pelakuan Anwar tersebut.
Apabila Nizar bekas Menteri Besar juga turut hadir dan membawa bersama lilin ditangan dalam suatu majlis di Ipoh untuk menyuarakan rasa sedihnyanya kepada kematian Teoh Beng Hock, rata-rata umat islam di Malaysia juga melenting, bukan sahaja ahli UMNO atau rakyat biasa, namun orang dalam PAS parti yang diwakili Nizar pun tidak selesa dengan tindakan yang dilakukan bekas Menteri Besar tersebut.
Ada orang mengatakan tindakan dua tokoh tersebut adalah melampau dan meragukan sebagai seorang muslim, kerana mereka melakukan perkara yang meragukan dari sudut agama islam sendiri, dan ada pihak pula menyatakan perbuatan itu hanya simbolik untuk menyampaikan perasaaan sedih diatas kematian mangsa, dan bukan mengkikut adat dan agama si mati. Pelbagai hujah diberikan dan pelbagai pendapat golongan agama diambil oleh kedua-dua pihak untuk menegakkan kebenaran pendapat masing-masing.
Namun sebahagian besar tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh Anwar dan Nizar tersebut, sebenarnya ia adalah perbuatan sama dengan yang dilakukan oleh golongan yang menyokong fahaman Pluralisme agama. Di Indonesia kegiatan pluralisme rancak diadakan dengan begitu tersusun selepas pasca refomasi 1998 oleh Gusdur melalui yayasan yang ditubuhkan khusus untuk menyeramarakkan kegiatan pluralisme agama di Indonesia. Namun pada tahun 1996 dikatakan Majlis Ulama indonesia telah menwartakan fatwa haram kepada kegiatan amalan yang dipelopori Gusdur dan badan yayasannya.
Saat ini pluralisme Agama juga seakan mengancam Malaysia dengan secara perlahan ia disebarkan oleh kelompok ini untuk dihayati oleh umat islam di Malaysia, namun sebelum itu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Pluralisme agama, kalau kita menyemak kamus perkataan Plural ia sama erti dengan majmuk, Lawan kata Plural adalah singular yang bererti adalah tunggal. Manakala -isme merupakan kepercayaan ataupun fahaman. Ertinya Pluralisme sama dengan sesuatu yang mempunyai sifat majmuk.
Jadi jika "plural" itu adalah "kata sifat" Sedangkan "pluralisme" adalah "kata benda" Pluralisme Agama bererti agama yang pelbagai, atau yang bukan cuma dimonopoli satu agama. Sebagai kesimpulannya Pluralisme bukanlah penghargaan terhadap agama dan bukan penghargaan kepada perbezaan. Pluralisme tidak mempunyai lansung dengan perbezaan dan ia bukan kebebasan agama dan pluralisme sebenarnya tidak menghargai kepelbagaian agama dalam erti kata sebenarnya.
Pluralisme Agama hanyalah kata benda yang merupakan gambaran "banyaknya agama", atau gambaran "agama yang tidak cuma satu". Kata "pluralisme" itu sendiri sebenarnya menyesatkan, karena lebih tepat dikatakan sebagai "pluralistic". Dalam sebuah negara demokrasi, kita tidak boleh menggambarkan sebuah negara hanya wujud satu agama. Hal inilah yang menyebabkan ia seakan sesat kerana dianggap sebagai fahaman sehingga se-olah2 "pluralismeagama" merupakan fahaman tentang sebuah negara yang dihuni oleh perbagai agama.
Padahal seharusnya tidak atau jangan dianggap sebagai fahaman melainkan sekadar gambaran dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai agama dalam sebuah masyarakat majmuk. Kerana kecenderungan semua negara yang pluralistic agamanya dalam sesebuah negara fahaman itu adalah pilihan rakyat dalam sesbuah negara, dan ia bukan "pluralisme". Oleh kerana itu, kewujudan agama yang pelbagai dalam sebuah negara ia sebenarnya kenyataan keadaan yang harus diterima demi kedamaian dan keamanan semua masyarakatnya.
Islam sendiri sebenarnya menolak pluralisme agama. Islam hanya mewajibkan umatnya hanya menyembah Allah berdasarkan Al-Quran dan tidak sesekali menyembah agama lain. Dan Islam sendiri menyarankan umatkan agar menyebarkan agama islam kepada yang bukan islam, namun tidak dipaksa dalam dakwah tersebut.
Sejarah Kemunculan dan Perkembangan Pemikiran pluralisme agama dikatakan muncul pada masa yang disebut dengan era Pencerahan (Enlightment) di zaman eropah, tepatnya pada abad ke-18 Masehi, masa yang sering disebut sebagai titik permulaan bangkitnya gerakan pemikiran moden. Pada masa itu pemikiran masyarakat telah diwarnai dengan wacana-wacana baru pergolakan pemikiran manusia yang berorientasi pada akal dan pembebasan akal dari kongkongan agama.
Di tengah hiruk-pikuk pergolakan pemikiran di Eropah yang timbul dari logik akal dan wujudnya pelbagai konflik-konflik yang terjadi antara gereja dengan kehidupan nyata di luar gereja, muncullah suatu fahaham yang dikenali dengan “liberalisme”, yang komposisinya adalah kebebasan, toleransi, persamaan dan kepelbagaian atau pluralisme.
Sebenarnya kalau ditelusuri dengan lebih jauh dalam peta sejarah peradaban agama-agama dunia, kecenderungan sikap beragama yang pluralistik, dengan pemahaman yang dikenali sekarang, sesunguhnya ia bukan cetusan baru. Idea seakan pluralisme agama ini dikatakan telah muncul di India pada akhir abad ke-15 dalam gagasan-gagasan Kabir (1440-1518) dan muridnya, iaitu Guru Nanak (1469-1538) yang mengasasaskan agama Sikh. Dikatakan agama Sikh ini cetusan dari agama Islam dan Hindu kesan penciptaan agama Din Ilahi oleh Maharaja Akbar.
Pada waktu itu perang antara orang islam dan Hindu saban waktu berlaku jadi timbul fikiran pada maharaja akhbar untuk menyatukan rakyat dibawah pemerintahnnya. Namun idea dan pengaruh gagasan pluralisme sewaktu itu belum mampu meluas hingga melangkau geografi wilayah, dan hanya popular di india sahaja dalam nisbah yang kecil.
Ketika arus globalisasi telah semakin mendekatkan jurang peradaban Barat-Timur dan mulai marak berkembang interaksi antara kebudayaan dan agama dunia, dan timbulnya kegairahan baru dalam meneliti dan mengkaji disebelah Timur, khususnya Islam, yang disertai dengan berkembangnya pendekatan-pendekatan baru kajian agama (scientific study of religion), saat itu gagasan pluralisme agama telah berkembang secara perlahan, dan mendapat tempat di kalangan kelompok para intelektual yang ingin mengambil jalan pintas untuk memastikan tiadanya pergeseran agama dan kaum.
Yang nyata gagasan pluralisme agama sebenarnya bukan hasil dan idea daripada pemikir Barat, namun ia sebenarnya juga mempunyai akar yang cukup kuat dalam pemikiran agama Timur, khususnya dari India, sebagaimana yang muncul pada gerakan-gerakan pembaruan sosio-agama di wilayah tersebut.
Beberapa pengkaji dan sarjana Barat, seperti Parrinder dan Sharpe, menganggap bahawa pencetus gagasan pluralisme agama adalah tokoh-tokoh dan pemikir-pemikir yang berbangsa India. Rammohan Ray (1772-1833) pencetus gerakan Brahma Samaj yang asalnya pemeluk agama Hindu, telah mempelajari konsep keimanan terhadap Tuhan dari sumber-sumber Islam, sehingga ia mencetuskan pemikiran Tuhan Satu dan persamaan antara agama.
Sri Ramakrishna (1834-1886), seorang tokoh mistik Bengali pula setelah mengarungi pengembaraan spiritual antara agama (passing over) dari agama Hindu ke Islam, kemudian ke Kristian dan akhirnya kembali ke Hindu, juga menyatakan bahawa perbezaan-perbezaan dalam agama-agama sebenarnya tidaklah wujud, kerana beliau berpendapat perbezaan tersebut sebenarnya hanya masalah pandangan dan persepsi penganut agama sahaja.
Katanya Bahasa Bangal, Urdu dan Inggeris pasti akan mempunyai ungkapan yang berbeza-beza dalam mendefinasikan “air”, namun hakikat air adalah air. Maka menurutnya, semua agama menyarankan penganutnya ke arah satu tujuan yang sama, maka mengubah seseorang dari satu agama ke agama yang lain (prosilitisasi) merupakan tindakan yang tidak bermoral, dan merupakan tindakan yang sia-sia. Gagasan Ramakrishna, persahabatan dan toleransi penuh antara agama, kemudian berkembang sehingga ke luar benua India hasil usaha kedua muridnya, Keshab Chandra Sen (1838-1884) dan Swami Vivekananda (1882-1902).
Chandra Sen ketika mengunjungi Eropah sempat berjumpa dan berdiskusi dengan F. Max Muller (1823-1900), merupakan pakar dalam ilmu Perbandingan Agama moden di Barat, dan menyampaikan gagasan-gagasan gurunya. Vevikananda juga berkesempatan melontarkan ideanya dengan lebih hebat apabila diberi peluang untuk berucap dengan harapan mendapat pengaruh lebih besar, apabila berkesempatan menyampaikan lontaran fahamanya di depan Parlimen Agama Dunia (World’s Parliament of Religion) di Chicago, Amerika Syarikat, tahun 1893.
Kemampuan Swani Vevikananda tersebut akhirnya telah mendapat pujian yang luar biasa dari masyarakat Hindu dan mengangkat namanya sebagai pahlawan nasional. Dengan demikian, dia berhak disebut sebagai tokoh penting dasar gerakan, Hindu Ortodok Baru yang mengajarkan bahawa semua agama adalah baik dan kebenaran yang paling tinggi adalah pengakuan terhadap keyakinan ini.
Menyusul kemudian tokoh-tokoh India lain seperti Mahatma Gandhi (1869-1948) dan Sarvepalli Radhakrishna (1888-1975) yang juga menyuarakan pemikiran pluralisme agama yang sama.
Sementara itu, dalam perbincangan pemikiran Islam, pluralisme agama, masih merupakan hal baru dan tidak mempunyai akar ideologi yang kuat. Gagasan pluralisme agama yang muncul lebih merupakan perspektif baru yang ditimbulkan oleh proses campuraduk golongan Barat moden dalam dunia Islam. Pendapat ini disepakati dengan kenyataan bahawa gagasan pluralisme agama dalam wacana pemikiran Islam,sebenarnyabaru muncul pada pasca Perang Dunia Kedua, iaitu ketika mulai terbuka ruang bagi generasi terpelajar Muslim untuk mendapat pendidikan di universiti- universiti Barat sehingga mereka dapat berkenalan dan terpengaruh dengan idea pemikir Barat.
Selepas itu, gagasan pluralisme agama cuba menembus dan menyusupmasuk ke wacana pemikiran Islam melalui karya-karya pemikir mistik Barat Muslim, seperti Rene Guenon (Abdul Wahid Yahya) dan Frithjof Schuon (Isa Nuruddin Ahmad). Karya-karya mereka ini sangat sarat dengan pemikiran dan gagasan yang menjadi inspirasi dasar bagi berkembangnya wacana pluralisme agama di kalangan penganut agama Islam.
Syed Hossein Nasr, seorang tokoh Muslim Syi’ah moderat, merupakan tokoh yang dianggap paling bertanggungjawab dalam mempopularkan gagasan pluralisme agama di kalangan dunia Islam yang kemudian membawanya kepada pada sebuah badan pemikir dunia yang bersama-sama dengan deretan nama-nama besar seperti Ninian Smart, John Hick, dan Annemarie Schimmel.
Dalam agama Kristian pula dikataka John Hick yang paling bertanggungjawab dalam menyebarkan fahaman pluralisme agama ini di kalangan penganut kristian. Walaunpun ia mendapat tentangan keras dari kelompok ortodok namun fahaman ini berkembang sebaik era pencerahan eropah berlaku.
Sekiranya suatu masa nanti Pluralisme agama di Malaysia sudah menjadi hebat seperti Indonesia (nauzubillahiminzalik) dalam pengamalan fahaman Pluralisme Agama ini, adakah nama Anwar akan mungkin tercacat sebagai tokoh yang menggerakan fahaman ini di Malaysia. Ini kerana banyak sudah perlakuan Anwar ini kini dilihat sebagai gaya seorang yang mempunyai pemikiran sama dengan kelompok pluralisme, malah dalam lamannya sendiri ada menyatakan Malaysia kini masih berada di zaman kegelapan.
Apakah sebenarnya maksud Anwar kegelapan dan pencerahan adakah ia sama dengan apa yang berlaku dieropah? Malah Anwar juga saban waktu masih mempunyai hubungan yang intim dengan bapak pluraslisme Indonesia, sedangkan umum mengetahui bahawa fahaman pluralisme Gusdur itu sendiri sudah diharamkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI). Sekarang dimana kedudukan Anwar dalam pluralisme ini?
sumber - pochongmenulis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan