Oleh Selangordaily
Penduduk Seksyen 23 Shah Alam mempersoalkan langkah kerajaan Negeri mengarahkan penukaran tapak kuil dari Seksyen 22 ke Seksyen 23 yang merupakan majoriti penduduk Melayu.
Kuil Hindu tersebut asalnya sebuah kuil haram di Seksyen 19 Shah Alam. Pada Disember 2007, Kerajaan Negeri telah mengarahkan pemindahan kuil tersebut ke seksyen 22 Shah Alam atas tanah kerajaan negeri.
Pada awal 2008, pemilik kuil tersebut telah bersetuju berpindah ke tapak yang disediakan oleh kerajaan. Malangnya apabila Pakatan mengambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008, wakil rakyat India dalam PKR meminta tapak tersebut dipindahkan ke Seksyen 23.
Yang mengejutkan penduduk tersebut termasuk pemimpin Pas setempat ialah kesanggupan YB Rodziah dan YB Yaakob Sapari serta Khalid Samad menyokong pemnukaran tapak tersebut.
Dalam mesyuarat penduduk dengan YB Rodziah malam tadi, bukan sahaja tiada penyelesaian malah ADUN Batu Tiga tersebut beria-ia mempertahankan keputusan kerajaan negeri tersebut.
"Mengapa orang Melayu tidak boleh bertolak ansur dengan kuil Hindu? Cuba bayangkan perasaan penganut Hindu yang terpaksa mendengar azan dari surau berdekatan rumah mereka.?
Pertanyaan Rodziah ini bingkas dijawab oleh seorang penduduk, "Ini merupakan negara Malaysia yang Islam adalah agama persekutuan. Jangan nak samakan Islam dengan agama lain. Jika senang sangat mengapa tidak buat sahaj kuil-kuil tersebut di hadapan rumah YB?"
Rodziah juga menjelaskan bahawa pemindahan tapak kuil tersebut bagi memudahkan kanak-kanak dan orang tua penganut Hindu ke kuil.
Ini menimbulkan kemarahan penduduk yang datang. Salah seorang daripada mereka mempersoalkan penganut Hindu di seksyen berapa yang mudah. Jika dahulu di Seksyen 19 sekarang di Seksyen 22 apa bezanya? Bukankah mereka perlu bergerak juga. Jika diadakan di Seksyen 23 pun tentulah juga penganut hindu di seksyen 19, 20, 21 dan 22 juga perlu mencari pengangkutan.
Seorang penduduk yang tidak dapat bersabar terus keluar sambil memarahi Rodziah, "jangan bagi alasan-alasan yang bodohlah."
Seorang penduduk turut mempersoalkan t9indakan Rodziah membawa beberapa gangster India berkumpul di bawah pejabatnya semasa sesi dialog tersebut.
Lebih serius kita juga tertanya-tanya mengapa tanah komersial milik PKNS diberi untuk pembangunan kuil tanpa melalui Pendengaran Awam seperti yang sering diperjuangkan DAP dan PKR semasa menjadi pembangkang?
Berapa pula kerugian yang perlu ditanggung oleh PKNS akibat pemberian percuma tanah ini?
Tapak kuil yang baru ini juga hanya 100 meter daripada surau dan ini menimbulkan ketidaksenangan di kalangan jawatankuasa surau.
Menurut sumber, kerajaan negeri mengarahkan PKNS memberi tanah komersial miliknya sebanyak 20, 000 kaki untuk pembinaan kuil tersebut.
sumber - selangordaily
3 ulasan:
satu lagi jasa dan bakti dari kerajaan yang adil,telus dan BERKEBAJIKAN.tahniah untuk penduduk Seksyen 23 Shah Alam.
20,000 kaki persegi?Mak datok besarnya.Sudah pasti jauh lebih besar dari surau di sebelahnya.
Tahniah!Satu lagi projek Pakatan Rakyat!Tradisi membela rakyat(kecuali Melayu)!
Tahniah kepada Datuk Khalid, YB Rozdiah dan kuncu-kuncu. Sungguh prihatin....
Catat Ulasan