MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Ogo 2009

PAS terlalu lemah nak lawan Anwar?

Oleh Pochongmenulis, AIDCclub

Khalid nampaknya berjaya memenuhi kehendak Anwar dalam Isu minuman keras di Selangor, walaupun mengenepikan suara PAS.

Gara gara isu Ronie Liu yang mencampuri bidang kuasa pihak berkuasa MBSA, PAS Selangor kini seakan bepecah dua, satu pihak menyokong tindakan yang diambil Pesuruhjaya Selangor Dato' Dr. Hassan Ali yang mendesak Menteri Besar Selangor mengugurkan portfolio yang dipegang oleh Ronie Liu, sementara satu pihak lagi berada di bawah bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Ir. Khalid Samad yang juga ahli Parlimen Shah Alam.

PAS Selangor dalam hal ini nampaknya tidak sekata, Khalid Samad difahamkan mengatakan kenyataan Dr. Hassan Ali bukanlah kenyataan rasmi PAS Selangor dan mendakwa ia hanyalah kenyataan Dewan harian PAS Selangor sahaja.

Dalam laman blognya Khalid Samad telah menyiarkan email seorang bukan islam yang seolah menyokong pendekatan yang diambilnya dalam menangani isu permasalahan arak dan Ronie Liu di Selangor serta mengkritik cara tindakan yang diambil oleh Dr. Hassan Ali.

Yang boleh dikatakan PAS Selangor kini seakan satu kapal dua nakhoda gara-gara DAP. Sebaliknya di pihak DAP pula mereka seia sekata dalam membela tindakan Roniu Liu. Mstar 7 ogos 09 melaporkan bahawa DAP Selangor melalui Tony Phua mendesak Dr. Hassan Ali dikenakan tindakan diatas sikapnya yang melancarkan serangan kepada Roniu Liu, dan mengadakan kempen menyokong tindakan MBSA diseluruh masjid di negeri Selangor.

Dalam hal ini siapa yang untung sebenarnya, umat islam sebenarnya sudah berpecah belah antara Melayu UMNO dan Melayu PAS, kini ia semakin parah apabila ahli PAS pun berpecah sesama sendiri. Apalah yang boleh kita harapkan kepada parti PAS dalam membela suara umat Islam di Selangor jika antara mereka sendiri dalam keadaan tidak satu suara dan sama pendapat.

Timbul juga persoalan kenapa Khalid Samad tidak seia sekata dengan Dr. Hassan Ali, sedangkan rata-rata umat Islam di Selangor kini resah dengan beberapa tindakan yang dilakukan oleh pihak DAP yang nyata membelakangkan perasaan umat islam di Selangor. Adakah Khalid Samad ingin menjadi hero kepada bukan Islam?

Kumpulan Khalid Samad dilaporkan sanggup memperlecehkan kumpulan Hassan Ali dan Roslan SMS dengan menganggap tindakan Hassan AlI ini sama dan terikut dengan taktik yang dimainkan UMNO.

Dalam laman blognya Roslan SMS menjelaskan Isu Arak ini bukanlah agenda UMNO tetapi isu umat Islam, dan sepatutnya di ambil amanah oleh exco dan ahli majlis yang dilantik PAS,
sambil menempelak pihak yang mempertikaikan niat PAS Selangor, Roslan berkata :

"Memang kalau kita gunakan kaca mata hitam, bumi yang hijau pun kita nampak hitam. Sikap sebegini tidak wajar ada dari kalangan mereka yang mendakwa diri sebagai pejuang Islam. Sewajarnya semua pihak berdiri teguh di bawah panji-panji PAS Selangor dalam isu ini."

Kritikan Roslan ini mungkin dilakukan kerana wujud serangan yang kuat dikalangan kelompok Khalid Samad mengenai cara yang diambil oleh Hassan Ali dalam menyuarakan perasaan tidak puad hati PAS Selangor.

Lemahnya PAS Selangor kini boleh dilihat dari tindakan MB Selangor yang seolah memperlekehkan desakan PAS Selangor berkaitan Isu jualan Arak. Khalid gagap seperti dilapor media menyatakan tiada kawalan jualan arak dan pemilik boleh mengadakan kawalan sendiri minuman tersebut mengikut kesesuaian dan keperluan. Beliau menyatakan demikian selepas mengadakan perbicangan dengan beberapa wakil kedai serbanika di Shah Alam.

Roslan SMS ketika diminta mengulas perkara tersebut menyatakan beliau amat mengharapkan jawapan yang positif dari MB Selangor namun kecewa dengan pengumuman MB tersebut.

Mungkin dalam situasi ini Anwar yang paling bergembira, kerana parti yang suatu ketika dahulu sukar ditembusi olehnya kini dengan mudah diperkotak-katikkan kepimpinan mereka. Pemikiran Anwar kini seakan sudah mula diterima sebahagian pemimpin PAS terutama pemimpin yang condong ke arah liberalisme dan moderate.

Awal tahun 80-an dahulu Anwar dikatakan tidak berminat menyertai PAS kerana mengangap pemikiran sebahagian besar kepimpinan PAS terlalu kolot dan tidak mencerminkan Islam moden seperti yang cuba diterap Anwar.

Sebab itu Anwar cuba mengagaskan pendekatan Islam baru didalam UMNO, iaitu pendekatan masyarakat madani yang dilihat condong kepada Islam Liberal. Namun niat jahat Anwar tersebut terhenti apabila ia ditendang keluar dari UMNO pada tahun 1998.

Kini melalui Parti Keadilan Rakyat dan kerjasama Parti dalam Pakaran Rakyat Anwar cuba meniup kembali pendekatan Islam tersebut melalui pelbagai aktiviti dan polisi parti.

Antara suntikan yang jelas Anwar lakukan ialah cubaan menyuntik fahaman pluralisme dalam pakatan rakyat. Fahaman ini seolah mengiktiraf semua agama adalah benar dan membawa kebaikan kepada penganutnya. Sebab itu kita melihat Anwar sanggup menghadiri majlis yang diadakan khas untuk Teoh Beng Hock dan mengikut apa yang dilakukan oleh penganut agama lain, begitu juga dengan tindakan yang dilakukan Nizar yang memegang lilin dalam majlis memperingati Teoh Beng Hock di Ipoh Perak.

Manakala Khalid Samad selepas pilihanraya difahamkan sempat berkunjung ke gereja kristian di Shah Alam untuk mengucapkan terima kasih kepada pengundi kerana melakukan perubahan dengan mengundi parti tersebut. Tindakan Khalid ini nyata mengejutkan ramai pihak didalam PAS sendiri kerana melangkau kelaziman yang dilakukan pemimpin PAS.

Anwar juga seringkali menjadikan kebangkitan Pencerahan sebagai modalnya untuk menjatuhkan kerajaan barisan Nasional, sedangkan Pencerahan ini kalau dilihat sejarah lebih merujuk kepada situasi di eropah yang ketika itu sedang mengalami zaman kegelapan.

Melalui zaman pencerahan ini bangkitlah reformasi di eropah yang menyebabkan agama kristian berpecah kepada beberapa aliran baru seperti protestan dan Anglican. Dan seterusnya bermulalah era pemikiran kebebasan, persamaan hak dan kesamarataan di eropah.

Jika kita lihat situasi di Malaysia perkara inilah yang selalu Anwar terapkan malah diangkat sebagai agenda kepada parti dan kerajaan yang memerintah.

Tetapi yang peliknya hak asasi kepada orang Islam pula telah dinafikan, sedangkan orang islam yang merupakan majoriti terbesar penduduk di Malaysia telah dinafikan hak mereka. Mungkin kerana terlalu ingin menjaga golongan minoriti Anwar sanggup melakukan ini semua begitu juga dengan rakan yang sealiran dengannya dalam pakatan rakyat.

Kalaulah pergeseran dalaman PAS ini berterusan dan mereka sendiri gagal mengotakan apa yang mereka janji sebelum ini, maknanya umat islam boleh dikatakan hanya tertipu sahaja dengan janji-janji pilihanraya. Kenyataannya pihak yang untung situasi ini adalah musuh-musuh Islam dan golongan yeng berkepentingan seperti Anwar Ibrahim.

sumber - pochongmenulis


Tiada ulasan: