SHAH ALAM – Sekurang-kurangnya dua fakta baru kes kematian didakwa ditemui di lokasi kejadian hasil lawatan mahkamah didahuli Koroner, Azmil Muntapha Abas ke lokasi kejadian mayat setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock ditemui mati, 16 Julai lalu di Tingkat Lima, Plaza Masalam di sini semalam.
Walau bagaimanapun, peguam dilantik kerajaan, Tan Hock Chuan ketika bagi mengendalikan inkues tersebut enggan memberi ulasan lanjut berhubung dakwaan tersebut.
Hock Chuan sebaliknya berkata, perkara itu diserahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut tentang kebenaran dakwaan tersebut.
“No komen,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Plaza Masalam setelah selesai lawatan kira-kira jam 11.15 pagi.
Sesi lawatan hampir dua jam oleh Azmil itu bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai tempat kejadian termasuk ke bilik kawalan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bangunan berkenaan.
Azmil Muntapha diiringi kira-kira 30 anggota polis bersama beberapa peguam mewakili keluarga Beng Hock dan Hock Chuan memulakan lawatan jam 9.50 pagi di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selangor di Tingkat 14 bangunan itu.
Hampir sejam di Pejabat SPRM, rombongan inkues meneruskan lawatan ke tingkat lima bangunan di mana mayat Beng Hock ditemui tertiarap oleh pengawal keselamatan bangunan itu.
Hadir sama, peguam mewakili Kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar.
Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemba�ngunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah datang ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan Selangor.
Bagaimanapun ditemui mati tertiarap di luar koridor bangunan kira-kira 10 jam selepas memberi keterangan.
Kelmarin, pakar deoxyribonucleic acid (DNA), Dr Seah Lay Hong, memberitahu dua kemungkinan punca kematian Beng Hock iaitu kemalangan atau sebaliknya selain memberitahu terdapat satu lagi DNA milik sekurang-kurangnya seorang lelaki ditemui pada tali pinggang Beng Hock.
Inkues bersambung Isnin depan dengan keterangan ahli patologi dan forensik.
sumber - sinar harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan