MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Ogo 2009

Arak - PKR bantu DAP pukul PAS sampai terkelu lidah!


Oleh Penembak Tepat

Ada satu pihak kata menolak tindakan Ronnie Liu yang menghalang arak dirampas oleh MBSA dan satu pihak lagi kata tak nak campur tangan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor bawah MB Khalid Ibrahim.

Yang paling jelas MB Khalid dah menolak cadangan agar arak dilarang dijual di kawasan majoriti umat Islam !! Satu lagi nampaknya badut DAP selepas badut DAP di Perak telah ditewaskan.

Hati saya sangat pedih dan marah dengan kenyataan sangat mengguris hati umat Islam ini. Bayangkan jika di kawasan rumah kita dibenar jualan arak sedangkan umat Islam yang tidak meminumnya adalah penduduk majoriti kawasan tersebut.

Bayangkan anak kita terpengaruh dengan kawan-kawan dan tidak dilarang membelinya kerana tidak ada akta melarang membeli arak ( sedangkan rokok pula ada akta ) maka bagaimana akan kita kawal dan bendung gejala negatif dari merebak dalam keluarga kita ?

Jika perkara sebegini masih lagi kita diamkan maka adakah kita mahu menunggu sehingga generasi masa depan kita hancur baru kita nak pulihkan kembali harga diri mereka sebagai hamba Allah dan warga Malaysia ?

Lihat kenyataan Khalid yang jelas menolak larangan menjual arak di kawasan majoriti muslim di sini http://www.utusan.com.my

Lihat juga kenyataan Mustafa Ali bahawa PAS ( klik sini http://www.harakahdaily.net ) bahawa PAS tidak akan campur tangan dengan tindakan tersebut apatah lagi mencampuri pentadbiran Khalid walhal jelas ia bertentangan dengan dasar Islam dan dibuat tanpa mengira sentimen kita orang Melayu Islam !

Jadi, kita sebagai rakyat perlu sedar situasi yang menunjukkan bagaimana dasar kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak mengira kehendak agama atau kehendak kita orang Melayu. Mereka lebih takutkan bangsa lain akan lari dari memberi sokongan kepada mereka dan ia sangat menyedihkan kerana orang Melayu juga yang menjadi boneka / badut kepada bangsa tersebut.

Nampaknya nasih umat Islam semakin gelap dari semasa ke semasa dan jangan salahkan sesiapa kerana orang beragama Islam dan berbangsa Melayu juga yang memilih golongan ini semasa Pilihanraya Umum yang lalu.

Bagi saya satu undi pun kita tidak patut berikan kepada mana mana sahaja dari Pakatan Rosak yang hampir saja saya mahu tulis sebagai pakatan bodoh lagi bangang.... Bangunlah penyokong Pakatan Rosak dan bangkitlah menolak pemimpin yang anda tersalah pilih dan jatuhkan mereka pada pilihanraya akan datang.

Tunjukkan protes anda pada PRK Permatang Pasir tidak lama lagi sebagai satu amaran tahap tertinggi anda sebagai rakyat yang berhak mengundi sesiapa sahaja anda mahu !

Jika anda boleh lakukan kepada Barisan Nasional / Umno maka anda boleh lakukan kembali taktik yang sama kepada Pakatan Rosak ini... Nyahkan mereka dari persada politik dan hinakan mereka dengan undi anda yang sangat berharga itu.

Jika saya mampu, hari ini juga saya akan turunkan semua Adun yang rosak tersebut dari terus menjadi wakil rakyat. Namun apakan daya silap undi parahnya ditanggung selama lamanya. Selagi tiada PRU yang baru diumumkan.

Menyesal dahulu pendapatan. Menyesal kemudian tiada gunanya !!!



Tambahan :


Penyusun Ensiklopedia Islam, Profesor Muhammad Farid Wejdi menjelaskan: “Tidak pernah manusia menerima pukulan paling hebat seperti pukulan arak. Orang terkorban juga ramai disebabkan oleh arak. Jika dibanci orang sakit dalam hospital di seluruh dunia, nescaya yang paling ramai ialah penghidap penyakit gila dan penyakit urat saraf yang disebabkan arak. Orang yang menderita kesakitan urat saraf, kesakitan pundi makanan, kesakitan tali perut adalah disebabkan arak.”

Bagi memastikan umat Islam dikawal dan dijauhi daripada arak, pihak berkuasa perlu memastikan pemberian lesen penjualan arak terkawal dan tidak membabitkan orang Islam secara langsung atau tidak langsung.

Orang Islam sama sekali perlu dilarang bekerja di mana-mana kedai yang ada menjual arak. Menurut syarat pemegang lesen di bawah Seksyen 36 Akta Eksais 1976 (Akta 176), setiap pemegang lesen rumah awam, lesen rumah bir, lesen kedai runcit, atau lesen peniaga borong hendaklah tidak membenarkan pelanggannya meminum arak di kedainya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rasulullah SAW melaknat mengenai arak, 10 golongan: yang memerahnya, minta diperahkannya, meminumnya, membawanya, minta dihantarnya, menuangkannya, menjualnya, makan harganya, membelinya, minta dibelikannya.” – (Hadis riwayat Tarmidzi dan Ibn Majah)

sumber - penembak tepat


Tiada ulasan: