MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Ogo 2009

Mencarutkan Islam...Najib arah polis siasat

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengarahkan polis untuk menyiasat ada blog dan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang yang 'mencarutkan' Islam dalam komen mereka.

Menurut beliau, dalam apa-apa pun keadaan, negara mempunyai undang-undang dalam salah satunya Akta Hasutan.

"Harap pihak berkuasa siasat dan jika didapati ada kesalahan yang boleh disabitkan maka tindakan perlu diambil terhadap sesiapa pun yang menyebabkan perkara yang dikaitkan dengan hasutan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di PWTC hari Isnin. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sebuah bloh yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY yang juga Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook mengkritik tulisan pendakwah bebas Dr Ridhuan Tee Abdullah dalam Minggu Malaysia yang menolak cadangan agar anak yang dikandung oleh tunang Teoh Beng Hock menggunakan nama keluarganya.

Ekoran tulisan itu, Siew Fook menuntut Dr Ridhuan memohon maaf dan akhbar-akhbar Cina mengaitkan isu berkenaan sebagai isu perkauman. Malah dalam blog yang menyiarkan kenyataan Siew Fook, ada komen yang mencarutkan Islam. Menurut Najib, undang-undang seperti Akta Hasutan bukan hanya ditujukan kepada Islam sahaja tetapi untuk semua agama dan juga kaum dalam negara ini.

"Kalau kita menghina sesiapa dan penghinaan itu boleh menyebabkan ketegangan kaum maka tindakan boleh diambil disisi undang-undang hasutan negara kita," ujar beliau


Biar sekarang…jangan nanti sudah terlambat


Cacamarba ,mengarut dan sangat membimbangkan.Itu antara komen sebilangan pembaca Agendadaily melihat hu ha antara parti pakatan pembangkang khususnya terbaru PAS dan DAP di Selangor.

Kebanyakan mereka sudah dapat membuat jangkaan bagaimana rupa bentuk gelagat masing-masing jika ditakdirkan seluruh negara ini jatuh dibawah naungan pakatan itu.

Bagi mereka biar semua orang buka mata sekarang dari sudah terlambat.Sekalipun kebelakangan ini pakatan pembangkang cuba untuk gambarkan kononnya dapat berpadu dibawah satu bumbung perbezaan antara PAS dan DAP dan sikap ‘ play safe’ PKR membuka banyak ruang kepada sengketa berlarutan.

Selain isu arak di Selangor apa yang sangat mengejutkan ramai pihak ialah isu kenyataan terlampau dan biadap Ketua Pemuda Kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook terhadap penceramah bebas Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Orang kanan DAP itu itu tidak mungkin berani buat kenyataan seumpama itu jika tidak kerana melihat ia dapat ‘ dapat muka’ dalam kegairahan pakatan pembangkang untuk menarik sebanyak mungkin sokongan dari apa jua isu yang ada.

Apa lagi orang orang PAS masih boleh mampu tersenyum melihat kelibat Karpal Singh sekalipun Pengerusi DAP Kebangsaan itu tidak tarik balik kenyataannya langkah mayatnya jika PAS nak laksanakan pentabiran Islam di negara ini jika berkuasa.

Semua orang tahu tentang tuntutan DAP dan keluarga Teoh Beng Hock kepada kerajaan agar beri keistimewaan iktiraf anak yang kini dalam kandongan tunangnya sebagai anak mendiang dalam surat daftar kelahiran kelak.

Persoalan besar bagaimana nanti jika ramai lagi yang minta keistimewaan seumpama itu.Contohnya teman lelaki yang terbunuh dalam kemalangan jalanraya sedangkan tuning mereka sudah ‘ ter-mengandung’.

Kematian Teoh mungkin satu tragedi yang misterinya belum terjawab.Namun peraturan tetap peraturan.

Sekalipun laman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang siar kenyataan Loke sudah dimatikan tetapi kenyataan itu tetap satu kenyataan.


Mereka yang cuba melayari laman blog itu mendapati ia kini bertulis “The authors have deleted this blog. The content is no longer available.”

Semua ini bermula apabila blog berkenaan menyiarkan kenyataan Loke menuntut Dr Ridhuan memohon maaf kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock.

Sebabnya, Dr Ridhuan dalam tulisannya yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia baru baru ini mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.

Loke mengutuk tulisan Dr Ridhuan yang dianggap menghina keluarga Teoh dan membangkitkan sentimen perkauman yang melampau.

Ekoran kritikan Loke Siew itu, ada beberapa komen disiarkan oleh blog berkenaan yang salah satu daripadanya telah ‘mencarutkan Islam’.

Walaupun blog berkenaan telah ditutup dan artikel berkenaan ditarik balik, mujurlah Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin membuat salinan kenyataan Loke Siew dan komen yang ‘mencarutkan Islam’ di dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com.

Berbeza dengan sikap pimpinan PKR lain yang gemar main selamat, Zulkifli ini sekalipun beliau Ahli Parlimen PKR,beliau tidak akan berselindung pendirian dalam isu melibatkan Islam.

Apa agaknya nak dikata Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datuk Zaid Ibrahim terhadap gelagat Loke ini?

Mengulas kebidapan itu, Zulkifli memuatkan komen yang ‘mencarutkan Islam’ berkenaan dalam bahasa Inggeris dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu.

Memang apabila membaca komen berkenaan, tiada seorang pun umat Islam yang waras boleh mengampunkan kebidapan blog yang menyiarkan komen yang dibuat oleh seorang yang menamakan dirinya Tuhan Chin mengulas kritikan DAPSY terhadap tulisan Dr. Ridhuan.

Malah tidak kurang juga yang menghubungi Agendadaily menyatakan kebiadapan DAPSY yang membuka ruang kepada komen menghina Islam. Mereka menyifatkan umat Islam tidak lagi boleh bertolak ansur dengan kebiadapan berkenaan.

Menurut mereka, jika mereka tidak berpuashati dengan tulisan Dr Ridhuan, kenapa Islam yang dicarutkan dan dimaki hamun.

Bayangkan jika ada yang ‘membabikan” kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY itu, sudah tentu ia akan diserang dan akan dianjurkan perhimpunan mendesak tindakan tegas dan kenyataan itu ditarik balik.

Zulkifli yang mengulas perkara itu menuntut Ketua Pemuda DAP itu meminta maaf kepada Dr. Ridhuan khususnya dan umat Islam umumnya.

Beliau juga meminta polis menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web tersebut menurut peruntukan sedia ada seperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Ini bukanlah kali pertama mereka yang mempunyai kedudukan dalam DAP membangkitkan isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Ketua Staff Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi baru-baru ini menyifatkan Jemaah Islam Malaysia (JIM) sebuah pertubuhan bukan kerajaan sebagai ‘ekstrimis’ dan di Selangor pula Exco Ronnie Liu campurtangan apabila Majlis Bandaraya Shah Alam merampas minuman keras daripada kedai serbaneka di kawasan kediaman penduduknya majoriti Islam.

MBSA diarahkan memulangkan semua arak yang diramapas kerana alasan yang diberikan Ronnie, bir yang dirampas tidak boleh dikategorikan sebagai minuman keras kerana kandungan akoholnya rendah.

Siapa yang memberikan kuasa kepada Ronnie Liu untuk mentafsirkan sesuatu yang telah jelas haram dalam Islam.

Malangnya Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mencerca UMNO kerana tidak Islamik hanya mengambil sikap tidak mahu campur dalam isu arak di Selangor walaupun terang-terang Ronnie Liu seperti kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mencampuri bidang kuasa orang lain.

Jika masih ada yang ingat, semasa isu seorang lagi Exco Selangor, Elizabeth Wong berbogel “Tok Guru Nik Aziz’ inilah yang membelanya sedangkan gambar itu didakwa dirakam oleh teman lelaki Elizabeth, seorang pemuda Melayu dan Islam.

Apakah Tok Guru tak kisah Elizabeth berbogel depan teman lelakinya yang dikatakan mereka berkesedudukan?

Jawapnya...faham faham sajalah demi politik semua boleh kasi londeh

sumber - agendadaily


Tiada ulasan: