MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Ogo 2009

Mahkamah beri kuasa kepada rakyat hukum Anwar

Oleh Malaysia Aktif

Sewajarnya badan kehakiman dan keadilan bebas daripada tekanan politik. Malangnya tanpa disedari mereka yang bertanggungjawab untuk memastikan sistem ini dilaksanakan dengan bebas, ternyata gagal. Sebaliknya terbukti kepada rakyat sistem ini boleh dipermain-mainkan. Hal ini dieksploitasi oleh parti pembangkang yang telah mendapat kelebihan daripada kelemahan para pengamalnya.

Ini jelas dalam kes Mohd Saiful, 24, yang mengadu diliwat oleh Anwar Ibrahim, 62, di Kodominium Desa Damansara pada 26 Jun tahun lalu.

Kelewatan kes ini dibicarakan telah menyebabkan rakyat melihat mahkamah telah cuba meletakkan Anwar dalam keadaan bersalah kerana membenarkannya mengeksploitasi habis-habisan semua ruang undang-undang untuk melengahkan kesnya. Pada mata ramai hal ini sengaja dilakukan untuk memperlihatkan Anwar takut menghadapi pengadilan dan menyerahkan kepada rakyat untuk menghukumnya.. Pada keseluruhanya rakyat telah melihat Anwar dalam ketakutan yang menggambarkan pengakuan bersalah.

Jika Anwar dilihat bermain politik, badan kehakiman dan keadilan juga dilihat menggunakan political acumen.

Kes ini telah empat kali ditunda dan sekarang menghadapi pula permohonan daripada Anwar supaya dibatalkan pertuduhan terhadapnya. Ini telah meletakan pengadu sebagai seorang yang telah mereka mereka-reka tuduhan.

Dalam blognya pengadu Mohd Saiful berkata Anwar “telah cuba menafikan haknya untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.

“Jika permohonan itu berjaya (kes gugur) tidakkah ia merupakan satu bentuk penginayaan kepada saya selaku pengadu dan saksi utama? ” tanya saiful.

Sikap mahkmah dan hakim-hakim yang terlibat yang membenarkan diri mereka ditolak ke tepi dan ke tengah oleh Anwar Ibrahim yang menggunakan sokongan rakyat kepadanya untuk melepaskan diri dengan tentunya mempunyai tujuan yang tersendiri, tetapi telah menjejaskan kredibiliti para hakim yang terlibat dan maruah Anwar sendiri.

Sikap Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi dan juga Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sedang menjadi persoalan masyarakat. Mereka telah terlihat sebagai tergugat dengan ancaman politik yang didatangkan kepada mereka dalam berbagai-bagai bentuk dan kerana itu mereka juga harus bermain politik. Jika tidak masakan mahkamah boleh menangguhkan perbicaraan itu hingga empat kali.

Sikap mereka tidak sahaja menampakkan tidak adannya kebebasan badan kehakiman dan keadilan, malah telah mencemarkan kewibawaan para hakim kerana mereka terlihat sebagai berada dalam ketakutan untuk membuat keputusan dan kerana itu melengah-lengahkannya.

Sekiranya perbicaraan kes jenayah yang dihadapi oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ini tidak juga bermula pada 2 September depan seperti yang ditetapkan atas alasan bulan puasa tidak boleh mendengar cerita lucah dan sebagainya, maka jelaslah para hakim kita telah menempah masa yang dapat memberikan alasan kuat untuk menangguhkan lagi perbicaraan.

Hakim telah menjadikan mahakamah sebagai pentas sandiwara untuk menyembunyikan ketakutan mereka untuk menjalankan tanggungjawab dengan adil atau dengan lain-lain perkataan untuk menghadapi tekanan politik Anwar Ibrahim.

Jika ini berlaku, maka pada ketika itu eloklah Ketua Hakim Negara dan juga Peguam Negara meletakkan jawatan dan digantikan dengan orang yang tidak lagi dapat dipersoalkan kewibawaan mereka.

Setakat ini pun ketidaktegasan mahakmah dalam menghadapi kes Anwar lwn Saiful ternyata telah menurunkan darjah kredebiliti sistem kehakiman dan keadilan negara kepada taraf yang belum pernah disaksikan oleh negara.

Adalah suatu hal yang sungguh di luar jangkaan kita bahawa mereka yang diharapkan untuk menjalankan penghakiman dan keadilan telah menjadi suatu kelompok yang terlibat mempermainkan undang-undang.

Sikap para hakim kita bukan sahaja tidak memberikan keadilan kepada Saiful tetapi telah membiarkan Anwar Ibrahim dihukum bersalah oleh orang ramai sebelum perbicaraan dimulakan.

sumber - malaysia aktif


1 ulasan:

iKAnBUNtal berkata...

dukacita mahkamah keadilan gagal menaikan kepercayaan rakyat ramai..