MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Ogo 2009

Adakah Hassan Ali percaya Ronnie Liu terlibat dengan Gengster dan Rasuah?



Oleh Kumbang, AIDCclub

Kumbang merasa gembira kerana PAS melancarkan kempen penerangan tengah hari semalam(Jumaat 7 ogos 2008) yang juga juga memfokus usaha agar Ronnie Liu yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal kerajaan tempatan digugurkan daripada portfolio beliau itu.


Perkara ini adalah susulan kepada kenyataan Hassan Ali yang menggesa kerajaan Selangor untuk mengkaji kedudukan Ronie liu sebagai exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan.

Menurut Hassan Ali, Ronnie Liu didakwa sering campur tangan dalam beberapa isu penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan.

Ketua penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir turut menyatakan kempen ini dijalankan kerana ;

1)Ronnie Liu dikatakan telah mengganggu dan menjejaskan moral ahli-ahli majlis PBT dan para pegawai serta kakitangan kerajaan yang terlibat dalam penguatkuasaan arak dan maksiat iaiu beliau mempertikai tindakan pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas arak di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 Shah Alam pada 30 Julai lalu.

2)Beberapa aduan juga dilaporkan melibatkan Ronnie Liu berkenaan atas kes yang sama di beberapa kawasan lain di Selangor termasuk di Ampang Jaya.

Pada Kumbang, Hassan Ali membuat keputusan untuk mencadangkan pengguguran Ronnie Liu ini bukan hanya disebabkan soal arak dan penguatkuasaan maksiat sahaja.

Kerana jika difikirkan, perkara ini telah berlarutan selama setahun tetapi dibiarkan PAS tanpa sebarang teguran dan kenapa kini mahu meminta Ronnie Liu untuk digugurkan sekarang?

Pertama, ini pada Kumbang adalah salah satu strategi Hassan Ali untuk mendapatkan kembali sokongan melayu kepada PAS terutamanya menjelang PRK Permatang Pasir. Beliau tahu hanya perkara sensitif yang melibatkan arak ini pasti dapat menarik undi melayu kepada PAS.

Kedua dan yang amat menggembirakan Kumbang ialah apabila Hassan Ali meminta untuk Ronnie Liu digugurkan,menandakan bahawa segala dakwaan para blogger yang mengaitkan Ronnie Liu dengan pelbagai tuduhan telah dipersetujui dan dipercayai oleh pihak PAS.

Kerana jika difikirkan soal gugur-menggugur ini ia perlu disebabkan satu desakkan yang kuat seperti langkah Dr Mahathir menggugurkan Anwar daripada pentadbiran negara disebabkan Anwar dikaitkan dengan pelbagai tuduhan salah guna kuasa,kes liwat dan kaitan dengan Amerika.

Jadi sebegitu juga melibatkan Ronnie Liu. Mungkin PAS telah menyedari bahawa Ronnie Liu merupakan dalang dalam segala kebobrokan di Selangor iaitu soal gengster dan rasuah maka Hassan Ali telah mengambil peluang keemasan dengan menggunakan isu campur tangan Ronnie Liu dalam penguatkuasaan arak untuk meminta Ronnie Liu digugurkan.

Rujuk link ini dan ini untuk melihat segala kebobrokan Ronnie Liu di Selangor.

Tetapi persoalan keseluruhannya di dalam hal ini, adakah Hassan Ali benar-benar serius menyetujui Ronnie Liu sebagai pengkhianat rakyat dan adakah beliau hanya bermain wayang sahaja demi kemenangan PAS di Permatang Pasir.

Kita tunggu dan lihat tindakan Hassan Ali seterusnya dalam perjalanan beliau untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?

sumber - analisisringan

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HMMM MUNGKIN JUGAK. SBB SELAMA NI KITA TAU YG PAK AJIS SUKA MAIN DRAMA SANA SINI DENGAN TUJUAN UTK MENUNJUKKAN BETAPA "BERSIH"NYA NIAT PAS SELAMA NI. JADI TAK MUSTAHIL APA YG DI PRAKTIKAN OLEH PAK AJIS AKAN DI IKUTI OLEH HASAN ALI SEBAGAI TAKTIK KOTOR PAS UTK MEMANCING UNDI PRK NANTI