MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Ogo 2009

Enam NGO Bantah Campur tangan Ronnie Liu



Sabak Bernam – Enam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Sabak Bernam tegas menyuarakan bantahan terhadap campur tangan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu yang cuba mencegah Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab merampas arak yang dijual secara terbuka di kawasan majoriti orang Melayu.


Menurut wakil enam NGO Sabak Bernam yang juga Pengerusi Persatuan Sejarah Selangor, Datuk Mat Yassir Ikhsan, Ronnie sebagai pemimpin yang diberikan tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang wajar berbuat sesuatu mengukuhkan undang-undang yang dipersetujui sejak zaman berzaman selepas negara merdeka dan bukan sebaliknya.

“Ini disebabkan orang lupa dan buta sejarah di mana perlembagaan negara dan undang-undang dibuat dilaksanakan melalui proses tolenrasi, pemuafakatan serta pengorbanan demi kesejahteraan yang dikecap sejak merdeka seharusnya tidak menggugat suasana ini.

“Harus diingat, orang Melayu sudah banyak bertolak ansur di negara ini. Jangan ikut campur perkara yang menyentuh sensitif orang Melayu dan agama Islam untuk meraih populariti. Jangan ambil tindakan ikut rasa yang akhirnya mencetuskan kemarahan orang Melayu dan Islam,” katanya.

Ketuanan Melayu dan agama Islam adalah di bawah kuasa Sultan. Oleh itu perkara yang dipertikaikan berkaitan dengan agama Islam juga adalah menyentuh kewibawaan serta kedaulatan Raja-raja.

NGO di sini menyokong saranan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali supaya tindakan tegas diambil ke atas Ronnie kerana beberapa kali menggunakan kuasa melebihi daripada bidang dan tanggungjawabnya.

Menurutnya, beliau memberi sokongan penuh agar portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, dipegang Menteri Besar (MB), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memandangkan kepentingan portfolio berkenaan.
Sementara itu, Jawatankuasa Kesatuan Pelajar-pelajar Melayu Selangor (KPPMS), Khalilullah Nawawi berkata, ini bukan kali pertama Ronnie tidak sensitif terhadap isu orang Melayu.

“Ini bukan sekali malah rentetan daripada insiden yang dilakukan Ronnie menyekat dan menganggu penguatkuasaan di beberapa PBT Selangor seperti di Shah Alam, Subang Jaya dan Petaling Jaya.

“Langkah MB, meminta semua Exco Pakatan Rakyat (PR) menutup mulut adalah hak beliau, namun kita sebagai rakyat berbangsa Melayu dan Islam di peringkat akar umbi berhak menyuarakan rasa tidak puashati malah yakin semua orang Melayu dan Islam membantah tegas isu ini,” katanya.

NGO di Sabak Bernam mahu melibat MB mengambil tindakan yang bersesuaian memandangkan sudah banyak kali perkara yang sensitif bagi orang Melayu termasuk kedaulatan Raja-raja disentuh sewenang-wenangnya oleh ramai pemimpin Pakatan Rakyat termasuk isu songkok dan status Bumiputera yang ditimbulkan M. Manoharan.

Turut serta membantah tindakan Ronnie, Persatuan Silat Cemande Selangor, Persatuan Penduduk Taman Muhibah, Persatuan Bekas pelajar Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra dan Persatuan Pemancing Sabak Bernam.

Mereka menegaskan agar MB dapat berbuat sesuatu bagi mencegah perkara yang menyinggung orang Melayu, agama Islam dan institusi Raja-raja daripada berterusan berlaku di Selangor.

“Ini sangat penting, kerana kita lupa sejarah di mana perselisihan kaum boleh membawa akibat yang sangat buruk kepada tanah air kita. Semangat 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri harus sama-sama kita manifestasikan demi masa depan negara yang aman, stabil dan lebih baik.

“1Malaysia akan menjalin dan mewujudkan ikatan semangat kesatuan dan perpaduan unggul bagi negara Malaysia yang masyarakatnya berbilang bangsa, agama, budaya dan agama Islam sebagai agama rasmi,” katanya.

Bagi wakil dari Persatuan Silat Cemande, Suhaimi Jamil berkata, sebelum perkara yang lebih buruk berlaku, pemimpin yang tidak sensitif terhadap orang Melayu dan agama Islam perlu diambil tindakan tegas.

“Tindakan mesti diambil dan diperlihatkan sebagai pengajaran kepada pihak lain yang mengambil mudah berkenaan isu ini.

“Jangan nanti ada orang Melayu yang marah dan hilang pertimbangan berikutan tekanan perasaan akibat berterusan disinggung serta dipermainkan dan diambil mudah tolenrasi bangsa Melayu,” katanya.

Sinar Harian turut difahamkan, ada penguatkuasa yang dipanggil oleh Ronnie ke pejabatnya dan tindakan Ronnie menghentak tangan ke meja dilihat sebagai ugutan terhadap penguatkuasa berkenaan.

NGO di Sabak Bernam mahu tindakan tegas diambil terhadap Ronnie sekiranya perkara ini benar berlaku.

sumber - Sinar Harian, 8 Ogos 2009


Tiada ulasan: