Oleh The Unspinners
Anwar tidak ada membuat satu penyerahan rasmi borang keahlian PKR kepada Presiden Datin Seri Wan Azizah pada malam Black 14. Pada malam April 14, 2008 itu, Anwar dibenarkan aktif dalam politik setelah syarat masa yang dikenakan mahkamah ke atasnya sudah luput.
Anwar ke sana sini hanya sebagai Penasihat PKR dan Ketua Pembangkang. Dia tidak lagi menyertai sebagai ahli PKR. Tidak ada satu pun laporan berita - baik dari berita arus perdana atau alternatif atau online atau pun antarabangsa - yang melapur Anwar secara rasmi menjadi ahli PKR yang rasmi. Perkara ini diperakui oleh sumber-sumber dalaman dan ahli-ahli Parlimen tertentu PKR. Ramai antara mereka yang dapat menemui Anwar secara tertutup memberitahu dia sendiri mengaku bukan lagi ahli PKR.
Kenapakah demikian? Kalau dia bukan ahli PKR, bolehkah dia bertanding di Permatang Pauh atas tiket PKR? Ini tidak menjadi persoalan kerana ada beberapa kawasan yang mana tidak ditandingi oleh ahli PKR tetapi atas tiket PKR. Contohnya Wee Choo Keong di Parlimen Wangsa Maju, Dr Micheal Jeyakumar Devaraj di Parlimen Sg Siput dan Dr Nasir di DUN Kota Damansara. Dato Ibrahim Ali bertanding di Pasir Mas sebagai bebas atas tiket PAS.
Kenapa Anwar boleh terlibat sebagai Penasihat PKR dan bertanding atas tiket PKR tetapi tidak menjadi ahli PKR? Ramai membuat spekulasi Anwar masih mengharap mahu kembali menyertai UMNO. Harapan ini sentiasa ada dalam jiwa Anwar tetapi dia tahu dia tidak akan dapat kembali dengan menusuk sekali kebencian ahli UMNO terhadap Anwar. Dia hanya boleh berpolitik buat masa ini atas politik PKR dengan sokongan undi bukan Melayu, khususnya kaum Cina.
Kenapa dia masih tidak mahu terus jadi ahli dan memegang tampuk jawatan PKR sebagai Presiden? Jawapannya terselindung disebalik kenapa dia tidak benarkan Abdul Rahman Osman menentang Wan Azizah sebagai Presiden di pemilehan parti yang lepas. Dengan Wan Azizah, dia masih boleh mengekalkan kuasa tetapi tidak dengan Abdul Rahman. Pengaruhnya dalam parti masih dapat dikekalkan.
Kenapa dia mahu mengekalkan secara demikian? Menurut seorang aktivis PKR, Perlembagaan PKR jelas menetapkan seorang Presiden hanya boleh memegang jawatan tersebut untuk dua penggal sahaja.
PKR belum jelas boleh ambilalih kerajaan Persekutuan dan Anwar boleh ambilalih jawatan Perdana Menteri. Kalau Anwar pegang jawatan Presiden siang-siang, dia akan terpaksa gugurkan dalam dua penggal.
Dibuatnya PKR lambat lagi berjaya menjatuhkan BN, Anwar sudah tidak layak menjadi Presiden PKR masa PKR dpaat ambilalih kerajaan Persekutuan. Pastilah pengganti Anwar yang akan naik jadi Perdana Menteri. Anwar yang memikir, merancang dan bekerja, orang yang lain yang dapat.
Cita-cita Anwar hanyalah satu ia-itu untuk jadi Perdana Menteri dengan apa cara sekali pun hingga sanggup menjadi pengkhianat bangsa. Adakah Anwar akan biarkan peraturan itu kekal dalam Perlembagaan PKR? Pastinya tidak. Percayalah Anwar bukan benar-benar berpegang pada prinsip-prinsip demokrasi sedemikian. Semuanya mengenai Anwar mahu jadi PErdana Menteri.
sumber - the unspinners
Tiada ulasan:
Catat Ulasan