MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Ogo 2009

Jui Meng Menanti Soi Lek di Pintu PKR

Oleh Amir Hamzah

Malam tadi selepas sembahyang terawikh di Masjid Dato'Bentara Luar, Batu Pahat saya melintasi bangunan MCA Batu Pahat di persimpangan Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim. Tidak ada perkara pelik berlaku, cuma papan tanda MCA Batu Pahat baru saja dipasang di bangunan baru 4 tingkat itu. bangunan itu kepunyaan Chua Soi Lek. Waktu itu jam 10.10 malam Chua Soi Lek belum lagi dipecat dan disingkirkan daripada MCA.

Setelah membaca agendadaily.com selepas bersahur pagi ini barulah saya tahu. Agendadaily.com melaporkan 'dalam mesyuarat lebih lima jam mulai 7 malam di Wisma MCA,Kuala Lumpur Majlis Presiden itu mengambil keputusan menerima cadangan Lembaga Disiplin parti agar bekas Menteri Kesihatan itu disingkir kerana menjejaskan imej parti ekoran skandal seksnya dengan teman wanitanya yang dirakam secara sulit di sebuah hotel di Batu Pahat.

Presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat ketika mengumumkan keputusan itu pada sidang akhbar jam 12.15 pagi Khamis berkata mesyuarat Majlis Presiden MCA menerima dengan sebulat suara cadangan Jawatankuasa Disiplin parti itu'

Tindakan MCA yang berani ini sama ada akan membuatkan Ong Tee Keat tidur lena buat sementara waktu atau mengundang lebih banyak cerita-cerita panas yang bakal muncul. Tindakan MCA ini sudah dijangka kerana Chua adalah musuh dan seteru Ong malah boleh dikatakan sebagai pencabar terdekat kepada presiden MCA itu. Sebagai Timbalan Presiden yang dipilih oleh perwakilan kemungkinan keputusan ini akan mendapat reaksi aggresif daripada penyokong-penyokong Chua. Kita tunggu saja lah.........

Chua di dalam reaksi awalnya memberitahu bahawa beliau tidak akan menyertai mana-mana parti pembangkang. Adakah ianya benar atau sekadar cakap-cakap politik sahaja. Chua Jui Meng sewaktu mengisyhtiharkan keluar MCA berkata seperti itu juga. Tetapi akhirnya ke pangkuan Anwar juga dia bergayut. Tambahan pula Chua Soi Lek telah dikesan mengadakan pertemuan sulit dengan Anwar pada tahun 2008 lalu. Klik di sini.

Chua Soi Lek tidak ada pilihan lain. Papan tanda MCA Batu Pahat rasanya masih baru lagi di pasang. Soi Lek rasanya sudah menyampah dengan papan tanda itu. Malam ini Ong Tee Keat benar-benar telah 'checkmate' dirinya dalam MCA sepertimana Tun Mahathir 'checkmate' Anwar tahun 1998 dulu. Adakah Chua Soi Lek akan membuat demontrasi jalanan selepas dipecat seperti mana Anwar yang tidak boleh menerima hakikat bahawa beliau telah dipecat. Rasanya tidak kerana orang Cina tidak suka berdemontrasi lebih-lebih lagi di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Paling tidak, suka atau tidak untuk kita mendengarnya lambat laun Chua akan menyertai PKR juga seperti mana regunya yang telah sedia menanti. Chua tidak akan berasa canggung kerana Jui Meng sudah membuka jalan. Anwar, Soi Lek dan Jui Meng adalah veteran-vetaran politik yang bukan asing bagi mereka bertiga. Chua dikatakan agak kecewa apabila beliau berkata 'laporan jawatankuasa disiplin yang dihantar kepadanya jam 5.30 petang ini mendedahkan syor memecat beliau. Majlis Presiden selalunya sekadar "cop getah" untuk meluluskan syor yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin'

Sama ada tindakan MCA ini tepat dan betul atau sebaliknya? Ianya bukan penting sangat untuk difikirkan kerana MCA bukan rakan yang baik dalam BN. MCA gagal menarik pengundi Cina kepada BN. MCA adalah beban kepada BN seperti Gerakan juga. Mereka hanya pandai menuntut bermacam-macam bukan untuk memulihkan keadaan malah menekan BN khususnya UMNO.
Biarlah sama ada hendak hidup atau mati.........Aiman tak kisahhhhhh....

Amir Hamzah
Batu Pahat

sumber - amirhamzah64


1 ulasan:

Shahrul berkata...

salah satu cara bagaimana mahu menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang .... pecat !! pecat !! dan pecat ...

begitu cara mereka menarik ahli ... secara tidak langsung, parti pemerintah terutamanya UMNO akan berjuang keseorangan ....

konpirasi politik ... dan penuh dengan tipu muslihat. Siapa yang rugi ?? Bukan BN atau UMNO .. yang rugi adalah rakyat sendiri ..yg selama ini memberi sokongan kepada mereka ... tetapi sebenarnya "diperbodohkan" oleh orang politik.