MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Ogo 2009

Pejabat Teoh diserbu tanpa notis: Saksi

SHAH ALAM: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak pergi ke pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, tanpa menyerahkan notis geledah lebih awal, bertujuan mendapatkan dokumen penting.

Penolong Penguasa SPRM, Mohd Najeib Ahmad Walat, 29, yang memberi keterangan sebagai saksi ke-17 di Mahkamah Koroner di sini berkata tindakan itu perlu kerana jika diberitahu lebih awal berkemungkinan tiada sebarang dokumen akan diperolehi.

Beliau berkata, disebabkan kedatangan pegawai SPRM yang agak mengejut itu, mengundang rasa tidak selesa dan kegelisahan terhadap Teoh Beng Hock dan Yong.

"Saya bersetuju ekoran keadaan itu (kedatangan SPRM) juga membuatkan mereka gelisah kerana tidak bersedia untuk menyambut kedatangan kami dan menyediakan dokumen yang dikehendaki," katanya dalam prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh yang masuk hari ke-16.

Katanya, SPRM hanya menyerahkan notis sitaan bagi seunit CPU dan komputer riba. Notis sitaan itu ditandatangani Yong sebagai tanda pengesahan.

Menerusi CPU komputer itu, Mohd Najeib berkata beliau dan pasukannya mendapati terdapat maklumat berkaitan sumbangan untuk persatuan penjaja Seri Kembangan, satu sumbangan untuk mangsa kebakaran dan dua lagi dokumen sumbangan tetapi gagal mengingati untuk pihak mana, manakala di dalam komputer riba didapati terdapat empat invois syarikat.

Sebelum itu, Mohd Najeib berkata Teoh pada awalnya hanya menyerahkan beberapa dokumen peruntukan Adun Seri Kembangan bagi tahun 2009 walaupun mereka meminta dokumen bagi tahun 2008.

"Selepas saya semak dokumen (2008), apa yang dikehendaki itu tiada dan apabila ditanya dia (Teoh) gagal memberikan jawapan. Ia menimbulkan keraguan.

"Kemudian Mohd Anuar mengarahkan saya membuat penyiasatan ke atas meja kerja Teoh dengan kehadiran Teoh sendiri," katanya ketika disoal peguam yang mewakili kerajaan Malaysia Tan Hock Chuan.

Mohd Najeib berkata, sepanjang beliau bersama dengan Teoh dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hinggalah ke pejabat SPRM Selangor, Teoh kelihatan gelisah dan tidak selesa berdasarkan gerak badan dan reaksi muka.

"Ketika di pejabat SUK, sewaktu diminta dokumen beliau sekejap duduk, sekejap bangun, ada keluar masuk (ke bilik mesyuarat) sehinggalah Pemangku Penguasa Kanan SPRM Selangor Mohd Anuar Ismail menyuruhnya duduk," katanya.

Teoh, 30, Setiausaha Politik kepada Yong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini.

Sebelum itu, beliau memberi keterangan sebagai saksi siasatan dakwaan salahguna wang peruntukan kerajaan Selangor kepada SPRM negeri yang berpejabat di plaza itu.

Ketika peguam Gobind Singh Deo menyoal berkaitan cara SPRM menyoal saksi, Mohd Najeib berkata tiada sebarang kekerasan digunakan dan yakin Teoh tidak dibelasah oleh pegawai SPRM seperti mana dicadangkan peguam yang mewakili keluarga Teoh itu.

Beliau turut memberitahu tidak mendengar bunyi suara pertengkaran pada malam Teoh berada di pejabat SPRM dan sekiranya ia berlaku berkemungkinan beliau akan mendengarnya.

Ditanya Gobind adakah kenyataan Mohd Anuar semalam bahawa Teoh dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah bergaduh di tandas SPRM pada jam 2 pagi adalah satu penipuan, beliau berkata: "Tidak tahu. Saya balik pada jam 2.30 pagi tapi itu anggaran saya sahaja."

Mohd Najeib yang sentiasa diasak dengan pelbagai soalan oleh Gobind kelihatan bersahaja dan beliau sesekali menyoal semula Gobind apa sebenarnya soalan yang ditanya.

Ada satu ketika Gobind bertanya sama ada Mohd Najeib faham berbahasa Melayu atau tidak dan memintanya hanya fokus pada soalannya sahaja, bagaimanapun Mohd Najeib tetap bertegas dengan setiap jawapannya walaupun sering kali dituduh sebagai penipu.

Prosiding di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas bersambung esok.

sumber - berita harian


Tiada ulasan: