MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Ogo 2009

Teoh : Gobind kecewa skripnya tidak popular



Oleh The Unspinners

Semalam Gobind meneruskan sandiwara dan wayang Mini Punjab untuk menyalahkan SPRM dengan secara halus menyalahkan polis dan menunjukkan polis tidak menjalankan penyiasatan dengan lengkap. Kesimpulan yang akan dibuat adalah polis bersekongkol untuk menutup kesalahan SPRM dan pembunuh adalah SPRM.

Laporan The Star hari ini sini jelas menunjukkan senario jangkaan kami. Gobind menyatakan kesediaan Inkues dihentikan dan penyiasatan lebih lanjut dijalankan. Adakah DAP kini masih cerita Teoh Beng Hock dipadamkan? Kenapa nak lambat-lambatkan pulak setelah beriya-iya mahu cepatkan Inkues?

Peguam Lim Lip Eng pula meneruskan skrip dan strategi sama dengan menyatakan terjumpa kesan-kesan darah kelihatan di pejabat Tingkat 15 SPRM. Tunggulah timbul adjustment pada hikayat Raja Petra untuk menyatakan Teoh dibunuh di Tingkat 15 dan ditarik buang pula di Tingkat 14. Entah berapa titik darah dijumpa. Entah-entah darah haid pekerja wanita SPRM menitik keluar kerana salah kira hari.

Sementara itu pihak mewakili keluarga akan membawa seorang pakar forensik pathologist dari Thai yang terkenal. Pasti kedengaran adalah Teoh patut mungkin mati begini dan begitu. Kalau mati sebab begini, mayat sepatutnya begini dan begitu.

Ini semua adalah andaian dan jangkaan yang spekulatif. Tetapi sebab dia pakar, semua diambil kira. Sebagai mana kenyataan Dr Seah Lay Hong yang spekulatif juga boleh diambilkira. Dlaam Imkues semua bpoleh dinyatakan, terpulang pada koroner. Adakah ini semua boleh diterima sebagai fakta? Tanpa fakta, hanya tekaan-tekaan dan tidak membantu kes untuk mahkamah.

Menjangkakan inkeus yang menarik. Pastikan cukup rehat dan tiada Monday Monday Blues. Isnin pasti menarik. Jeng jeng jeng ...

sumber - the unspinners


Tiada ulasan: