MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Ogo 2009

Hanya Anwar yang maksum…

Sebagaimana biasa apabila ada peristiwa berlaku yang tidak memihak kepada pakatan pembangkang, meriam serta seluruh peluru berpandu akan diarahkan kepada pihak yang terbabit untuk diserang. Walaupun suatu ketika pihak yang terbabit sama-sama tidur sebantal, apabila bercerai, segala kemanisan semuanya bertukar menjadi pahit.

Inilah yang dapat disimpulkan daripada komen Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas tindakan ADUN PKR kawasan Lunas Mohammad Radzhi Salleh yang mengisytiharkan dirinya keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas.

Dalam komennya bertajuk Mengkhianati Amanah Rakyat Hanya Menggamit Jalan Buntu yang disiarkan oleh blog beliau, Anwar yang terkenal dengan lenggok bahasa berbunga-bunga menyerang Radzhi dengan membangkitkan soal peribadi ADUN berkenaan.

“Hari ini saya difahamkan ADUN Lunas Sdr Radzhi Salleh telahpun mengisytiharkan keluar dari parti. Pimpinan parti sememangnya memandang serius prestasi beliau yang terbukti lemah sepanjang menjawat jawatan dalam kerajaan negeri. Turut mengecewakan pimpinan ialah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah dan masalah perkahwinannya di Thailand.

“Amaran keras telahpun diberikan agar segera meningkatkan prestasi kerja dan memperkukuh khidmatnya di kawasan. Nampaknya nasihat dan amaran kami tidak beliau endahkan, lalu mengambil tindakan mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Apapun alasan yang diberikan oleh beliau, saya berharap Sdr Radzhi sedar bahawa jangan sesekali bertindak mengkhianati amanah rakyat. Kerana sesiapa yang menyemai angin, dia pastinya menuai badai,” katanya.

Selain itu, Anwar yang memang terkenal dengan seni mengalih perhatian juga macam selalunya membuat serangan terhadap Barisan Nasional (BN) dan agensi penguatkuasaan undang-undang seperti SPRM dalam ulasannya terhadap isu berkenaan.

Soal pendedahan Radhzi tentang kepincangan dalam PKR tidak diulas dan tidak pula dijawab.

Jika diambil kira kenyataan Anwar itu jika dihujahkan semula akan terkena batang hidungnya sendiri.

Soal prestasi, kenapa setelah Radzhi umum keluar parti baru ditimbulkan. Jika Anwar benar-benar orang yang berpegang kepada soal prestasi, inilah masanya beliau membetulkan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang didakwa oleh orang paling kanannya, Azmi Ali perlu dirombak kerana tidak efisien.

Jangan nanti jika ada ADUN Selangor yang hilang keyakinan dengan PKR maka soal prestasi mereka diserang dan peribadi mereka dicerca.

Begitu juga apabila Anwar menjadikan soal tuntutan perbelanjaan yang tidak munasbah oleh Radzhi, apakah Anwar lupa beberapa orang Ahli Parlimen PKR dan PAS pernah dihadapkan ke mahkamah kerana bukan sahaja membuat tuntutan melampau tetapi tuntutan palsu.

Jika anwar terlupa bolehlah bertanya kepada Mohd Apandi Mohamad, bekas Ahli Parlimen Jeli, Keantan.

Begitu juga Anwar cuba memburukkan Radzhi dengan mengaitkan soal perkahwinan di Thailand.

Apakah Anwar boleh menutup mata atau sengaja nak tutup cerita, Ahli Parlimen Kota Bharu sekarang, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah juga pernah dihadap ke mahkamah kerana soal kahwin di Kemboja. Pada 30 April 2002, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda RM1,800 ke atas Wan Abdul Rahim kerana kesalahan mengahwini seorang warga wanita Kemboja di negara itu dan berpoligami tanpa izin pihak berkuasa agama Kelantan.

Bagaimana pula dengan kes ADUN Melor Wan Ismail Wan Jusoh yang berkahwin dengan wanita Kemboja yang diajak memeluk Islam kemudiannya diceraikan.

Malah tidak keterlaluan apa salahnya Radzhi kahwin dengan wanita di Thailand jika syarak membenarkan. Dia bukannya kahwin atau main dengan jantan. Kalau itu ia bukan sahaja perlu dikritik perlu ditentang habis-habisan.

Berdasarkan serangan Anwar terhadap mereka yang meninggalkan parti itu sejak beberapa tahun lalu, semua mereka didakwa punya rekod buruk. Namun Cuma sehingga kini bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor tidak pernah diserang oleh Anwar. Kenapa agaknya. Adakah kerana Ezam dulu bukan sekadar ahli PKR tetapi duduk sama dalam ‘kelambu’ Anwar.

Nampak gayanya semua orang dalam PKR dan pembangkang selagi mana mereka berada dalam PKR dan pembangkang, adalah baik-baik belaka. Keluar sahaja pasti buruk.

Atau Anwar sahaja yang maksum sama macam Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang boleh tentukan siapa masuk syurga atau neraka.

Andainya Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail jika selepas ini katakanlah ‘bercerai’ dengan pembangkang atau Anwar, apakah serangan Anwar terhadap beliau agaknya.

sumber - agendadaily




Tiada ulasan: