MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Ogo 2009

Segera gugur perkataan ‘bangsa’ - Teresa Kok

SHAH ALAM – Cadangan Kerajaan Negeri untuk menggugurkan penggunaan ‘bangsa’ pada borang dan dokumen rasmi perlu dilaksanakan segera sebagai menyahut dasar 1Malaysia yang dilaung-laungkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Sim berkata, cadangan Kerajaan Negeri itu adalah satu perkara yang memberangsangkan.

Menurutnya, beliau menyokong cadangan berkenaan memandangkan ia mungkin satu permulaan perjalanan sebuah bangsa Malaysia, walaupun dilihat sebagai satu langkah kecil.

“Kami berharap agar Kabinet mengkaji perkara itu dan akan lebih serius dalam melaksanakan cadangan berkenaan.

“Jika kerajaan benar-benar berhasrat merealisasikan slogan 1Malaysia, seharusnya cadangan berkenaan dikuatkuasakan serta merta,” katanya dalam satu kenyataan media.

Teresa berkata, DAP sebelum ini berkali-kali menyuarakan perkara itu kerana percaya kepada persamaan dan peluang yang sama rata di kalangan semua rakyat Malaysia.

“Pada masa yang sama, kami juga membantah diskriminasi berdasarkan bangsa, agama dan jantina. Inilah keyakinan kami menerusi Dasar 1Malaysia.

“Bahkan kami turut menyokong kenyataan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam akhbar tempatan sebagai berkata, ‘terdapat keperluan untuk kita melihat rakyat Malaysia bukan daripada perspektif bangsa’. Kami berharap agar mengotakan apa yang diperkatakan dengan menyegerakan pelaksanaan cadangan itu,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pemimpin kera jaan juga perlu menghentikan politik perkau man memandangkan selama setengah dekad rakyat menderita disebabkan politik perkauman.

“DAP mahu Muhyiddin dan pemimpin UMNO yang lain berhenti daripada membangkitkan isu perkauman. Bahkan, mereka juga perlu mengawal media daripada membangkitkan isu perkauman menerusi artikel dan pandangan yang mempunyai unsur hasutan.

“Apa ertinya 1Malaysia jika bukan untuk memastikan semua rakyat Malaysia hidup bersama dalam suasana harmoni, tanpa ada prasangka dan rasa benci?,” katanya.

sumber - sinar harian


1 ulasan:

Unknown berkata...

Rakyat mmg bersatu. Gua kawan dengan cina, india, org kaum2 dari sabah serawak semua pun kawan.

Cuma cina DAP mcm terisap kok aje yg bencikan Malaysia dibawah kepimpinan org lain kerana mereka nak berkuasa. Nak rancang itulah nak rancang inilah.

selagi sendiri tak bule mentadbir dan salah guna kuasa.. terisap kok kau tak payah la nak rancang itu ini. pasal kau rancang ape pun kau sendiri tak reti buat.

Nak tutup azan masjid.
nak padam tulisan jawi pegi bahasa cina. ini semua cina DAP punya perancangan lah nih