MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Ogo 2009

Pergolakan PAS Selangor masih belum selesai ?

Menyedihkan jika benar wujud konspirasi menyingkirkan wakil rakyat PAS pro-Pakatan Rakyat di Selangor, kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

"Kalau betul, saya sedih. Kita harus ada (semangat) silaturrahim dengan mengetepikan perbezaan," katanya.

Beliau diminta mengulas usaha terancang bagi memastikan beberapa wakil rakyat PAS – termasuk dirinya – supaya tidak dicalonkan semula dalam pilihan raya umum akan datang kerana dianggap tidak sehaluan dengan Datuk Dr Hasan Ali, pesuruhjaya PAS negeri.

Menurut blog blog Malaysia Waves, ADUN dan ahli parlimen yang bakal disingkirkan termasuklah Saari Sungib (Hulu Kelang), Dr Halimah Ali (Selat Kelang) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Khalid dan Saari dipecat masing-masing dipecat daripada timbalan pesuruhjaya II dan ketua penerangan PAS negeri hujung tahun lalu akibat berbeza pandangan dengan Dr Hasan, juga exco hal-ehwal Islam Selangor.

Dihubungi Malaysiakini baru-baru ini, Khalid berkata, walaupun dakwaan penulis blog berkenaan 'Tulang Besi' itu mungkin ada kebenarannya, beliau yakin pakatan seumpama itu tidak akan menimbulkan masalah kepadanya.

"Ia (halang bertanding) mungkin juga apa yang mereka harapkan. Tetapi bagi saya, ini bukan masalah besar. Pada akhirnya, (pemilihan calon) kena rujuk dengan (PAS) kawasan Shah Alam.

"Macam saya, setakat ini tiada masalah, macam yang lain juga," kata bekas ahli jawatankuasa pusat PAS itu.

Khalid juga berkata, pada kelazimannya, nama yang dicadangkan oleh akar umbi parti di peringkat kawasan untuk calon pilihan raya tidak boleh ditolak sesuka hati.

Sementara itu, Saari pula berkata, setelah menyemak sendiri daripada seorang pemimpin kanan parti yang dikaitkan dengan konspirasi tersebut, ADUN itu yakin tidak wujud sebarang usaha mencantas mereka.

"Saya buat panggilan kepada seorang yang disebutkan namanya dalam (tulisan) itu, (setiausaha PAS Selangor) Khairuddin (Othman). Beliau kata 'tidak ada' (konspirasi).

"Saya pegang (penjelasannya) yang itulah. Kalau ikut kaedah Islam, apabila datang sesuatu berita itu, hendaklah kita semak dahulu. Yang boleh kita semak, kita semaklah," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan lebih berjaga-jaga selepas ini, Saari hanya berkata:

"Parti ini bukan (bergantung) atas individu (tertentu)."

sumber - Malaysiakini


Tiada ulasan: