MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Ogo 2009

"Dakwaan Anwar terhadap Radzhi tidak benar"

PADANG SERAI - "Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak benar sama sekali. Radzhi keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak setuju dengan pentadbiran dijalankan, bukan kerana masalah peribadi atau kewangan yang dihadapinya."

Demikian penjelasan wakil peribadi Mohd Radzhi Salleh mengenai kenyataan Penasihat PKR itu semalam yang mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas itu mempunyai banyak masalah disiplin melibatkan parti dan peribadi yang berkaitan dengan isteri keempatnya.

Beliau yang enggan identiti didedahkan berkata, Radzhi dikaitkan masalah disiplin kerana sering tidak bersetuju dengan PKR dalam banyak perkara.

"Ini jelas menunjukkan beliau mempunyai pegangan dan tidak mahu mengikut telunjuk PKR," katanya.

Dakwaan Anwar bahawa Radzhi mempunyai masalah kewangan kerana tuntutan berlebihan juga tidak benar kerana beliau disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan memberikan kerjasama sepanjang siasatan.

sumber - sinar


Tiada ulasan: