MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Ogo 2009

Hairan : Anwar Tidak Pernah Belasah Ezam!



Oleh Amir Hamzah

ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh telah keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas. Sama ada dia keluar atas kehendak dirinya sendiri atau kerana 'dibeli' oleh UMNO bukan perkara penting. Rakyat bukan hirau sangat macam mana dia keluar tetapi rakyat hendak tahu sebab apa dia keluar. Peristiwa keluar masuk parti ni bukan cerita aneh waktu ini. Sekejap heboh orang UMNO, MCA atau MIC masuk PKR, tidak lama keluar berita orang PKR keluar parti pulak. Rakyat tidak hairan pun. Paling lama orang bercerita cuma sehari.


Alkisah ceritanya kenapa ADUN Lunas ini keluar PKR telah pun diceritakan oleh pembantunya, bukan tuan badannya sendiri. Kononnya,masalah kekurangan dana dan masalah berpuak-puak dalam parti.Beliau sudah lama tidak puas hati terhadap kepimpinan PKR peringkat pusat dan negeri.

Kalau minta kerajaan Kedah logik juga tidak berduit tetapi PKR pusat tidak mungkin tidak mempunyai duit yang cukup. Rasa-rasanya DUN ini pun maklum benar PKR pusat memang berduit sebab itu dia merajuk. Disebabkan beliau ini bukan kroni rapat Anwar sudah tentu layanan tidak sama dengan layanan Anwar dengan Azmin Ali misalnya. Mungkin DUN Lunas ni tidak sedar diri agaknya. DUN Lunas ini tidak tahu kah masalah kronisme dan nepotisme sudah disuburkan oleh Anwar ketika dia dalam UMNO lagi?

Dakwaan kekurangan dana dan masalah berpuak-puak di dalam parti ini diulas atau tidak oleh Anwar semasa beliau memberi komen kepada DUN Lunas yang keluar PKR. Ikuti ulasan Anwar di bawah ini yang dipetik daripada anwaribrahimblog.com:

Mengkhianati Amanah Rakyat Hanya Menggamit Jalan Buntu

'Hari ini saya difahamkan Adun Lunas Sdr Radzhi Salleh telahpun mengisytiharkan keluar dari parti. Pimpinan parti sememangnya memandang serius prestasi beliau yang terbukti lemah sepanjang menjawat jawatan dalam kerajaan negeri. Turut mengecewakan pimpinan ialah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah dan masalah perkahwinannya di Thailand. Amaran keras telahpun diberikan agar segera meningkatkan prestasi kerja dan memperkukuh khidmatnya di kawasan. Nampaknya nasihat dan amaran kami tidak beliau endahkan, lalu mengambil tindakan mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Apapun alasan yang diberikan oleh beliau, saya berharap Sdr Radzhi sedar bahawa jangan sesekali bertindak mengkhianati amanah rakyat. Kerana “sesiapa yang menyemai angin, dia pastinya menuai badai.”

Seperti yang dijangkakan, mendekati tarikh mengundi Selasa ini, pastinya ada serangan bertujuan mengalih pandangan bersertakan cita-cita menggugat kerjasama kempen Pakatan Rakyat di Permatang Pasir. Adakah episod ini membabitkan tawaran sogokan jutaan ringgit? Saya tidak yakin SPRM yang dicurigai kewibawaannya mampu menjalankan siasatan tanpa ditunjuki serta berupaya memberi sebarang penjelasan memuaskan'

Jika kita lihat komen Anwar ini tidak pula dia menjawab berkenaan dengan masalah kekurangan dana dan perpecahan dalaman PKR termasuklah isu berpuak-puak dalam PKR. Sebaliknya mengatakan ADUN ini telah 'dibeli' berjuta ringgit. Setidak-tidaknya jawab lah dakwaan ADUN tersebut. Kalau tidak jawab, orang akan bersangkakan benar. Jadi kesimpulannya, kalau semasa baik, ADUN ini akan disanjung tetapi apabila sudah tidak tidur sebantal habis madu sepah dibuang. Keluarlah prestasi kerja yang lemah, tuntutan perbelanjaan melampau dan kahwin lain di Thailand. Kasihan......

Paling muskhil di hati saya, kalau ada DUN PKR keluar daripada parti mereka, tunggulah komen dan ulasan Anwar. Tetapi sudah hampir setahun Ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor keluar PKR dan masuk UMNO belum terdengar lagi Anwar 'membelasah' Ezam kecuali pencacai-pencacainya saja.

Adakah kerana Ezam banyak menyimpan rahsia-rahsia Anwar? Tidak teringin ke Anwar membelasah Ezam sedangkan Ezam sudah pun 'menelanjangi' Anwar beberapa kali terutamanya semasa PRK Permatang Pauh dahulu. Sabar menanti........

Amir Hamzah
Batu Pahat

sumber - amirhamzah

Tiada ulasan: